Sebahagian Besar Kegiatan Ekonomi & Sosial Dibenarkan Beroperasi Mulai 4 Mei


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin dalam siaran lansung sebentar tadi sempena Hari Pekerja telah mengumumkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial di negara ini akan dibenarkan untuk beroperasi semula bermula 4 Mei ini.

Tetapi aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan risiko kepada golongan tertentu termasuk warga emas terhadap penularan COVID-19.

Selain itu, kata beliau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut akan dikuatkuasakan membabitkan kawasan zon merah.


Semua sekolah, kolej dan universiti masih belum boleh dibuka, selain semua aktiviti keagamaan membabitkan perhimpunan ramai.

Walaupun dibenarkan beroperasi, Perdana Menteri menyarankan kepada majikan supaya melaksanakan jadual bekerja anjal dan jugak memastikan peraturan social distancing dilaksanakan contohnya di kedai makan.

Perdana Menteri jugak menasihatkan supaya kita semua memakai face mask dan sentiasa basuh tangan untuk mengelakkan jangkitan.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan