Seorang Bapa Sanggup Jual Tudung Dengan Gantung Kat Handle Motor Namun Tak Ada Orang Beli


Dengan duduk di tembok sebuah stesen minyak di utara tanah air, seorang bapa terpaksa mencari rezeki menjual tudung di sebalik motosikal yang ditongkatnya.

Tindakannya menggantung tudung jualan pada penyidai kecil yang disangkut pada pemegang motosikalnya meraih perhatian, terutama apabila kadbod di tempat duduk memaklumkan jualan tersebut untuk membeli susu dan lampin anaknya.



Walaupun identitinya menjadi tanda tanya kerana tidak kelihatan di dalam foto yang tersebar di media sosial, tetapi ia mengundang simpati dan belas ihsan masyarakat.

Segalanya bermula sejak dia pulang ke kampungnya di Sungai Dua, Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada awal Mac lalu, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada 18 Mac lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai ‘Abang Tudung’, pemuda berusia 29 tahun itu berkata, dia sekeluarga menziarahi bapanya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan uzur.

Mengikut perancangan awal, beliau bersama isteri dan dua anak mahu kembali ke Kuala Lumpur tapi tak menjangkakan pula ada PKP yang melarang perjalanan merentas negeri.



Kerana sudah terlalu lama di kampung dan tidak berniaga sepanjang PKP, beliau perlu memikirkan sesuatu untuk mencari duit kerana simpanan semakin kering dan tak mahu menyusahkan keluarga.

Beliau sebenarnya berniaga tudung secara kecil-kecilan sepanjang Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang dimulakan sejak tahun lalu.

Memandangkan masih ada stock tudung didalam kereta, beliau mengambil keputusan menjual tudung dengan menggantunkan kat handle motor kat stesen minyak. Bagaimanapun, beliau hanya sempat berniaga selama sejam dekat stesen minyak berkenaan kerana perasaan malu yang menebal dalam dirinya.

Menurut beliau, takde orang yang datang nak beli kerana ingatkan beliau meminta sedekah. Ada yang datang ke motor tapi bukan nak beli, sebaliknya nak bagi sumbangan.

Beliau melahirkan terharu dan sebak sebab tak sangka kisah saya jadi viral dan di atas keprihatinan dan sokongan masyarakat.


Dia hanya keluar rumah dua hari kemudian selepas dihubungi Mutiara Food Bank yang merupakan program kebajikan dengan kerjasama Kerajaan Pulau Pinang untuk meringankan beban masyarakat dan membantu golongan sasar yang kurang berkemampuan.

Menurut Abang Tudung, dia menerima sumbangan berupa susu dan lampin bayi untuk anaknya serta barangan keperluan asas daripada Mutiara Food Bank yang mahu membantunya susulan kisahnya tular di media sosial.



Dia yang merancang untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas mendapat pelepasan untuk pemeriksaan kesihatan anak sulungnya terpaksa melupakan hasrat untuk berniaga di kedai makan mahupun menjual tudung di bazar Ramadan di Jalan TAR.

Untuk mencari nafkah sepanjang PKP ini beliau bercadang menjual tudung dan kuih secara online kerana tak mahu menerima sumbangan orang ramai memandangkan menurut beliau masih ada ramai lagi yang kurang bernasib baik berbanding dengan beliau.

Sumber mstar online

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan