Syukur Sangat !! Malaysia Kini Dalam Fasa Pemulihan Wabak Covid-19


Malaysia kini dalam fasa penyembuhan berdasarkan jumlah kes baharu Covid-19 yang kini hanya dua angka sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menunjukkan Malaysia sudah melepasi fasa kemuncak jangkitan yang dijangka minggu lalu.

Menurutnya, berdasarkan jangkaan awal, kes baharu di Malaysia dijangka mencapai sehingga 6,300 kes pada 14 April, namun itu tidak berlaku.




Dr Noor Hisham berkata, dengan pelan tindakan yang dilaksanakan KKM dan berdasarkan momentum terkini, jumlah kes diharap semakin berkurangan dari semasa ke semasa menerusi PKP fasa tiga.

Namun, katanya, tidak boleh dinafikan jumlah itu boleh meningkat dan disebabkan itu kita perlu meneruskan usaha untuk mengurangkan kes jangkitan baharu.

Sumber Harian Metro

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan