Tukar Gambar Keluarga Dengan Lukisan Krayon Tanpa Disedari Keluarga


Pada zaman kini, manusia semakin leka dengan rutin harian dan diri sendiri sehingga mereka tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Kesibukkan harian membuatkan kita mengabaikan perkara-perkara kecil dalam kehidupan, dan tidak menghargai apa yang kita ada.



Seorang wanita membuktikan perkara ini apabila dia melakukan prank terhadap keluarganya di mana dia menukar gambar potrait yang menghiasi rumahnya dengan lukisan krayon.



Kristen Vogler mendapat idea tersebut dari kisah seorang individu yang mengubah gambar keluarganya dengan gambar Nicolas Cage.

Oleh kerana Kristen tidak mempunyai mesin pencetak untuk membuat prank yang sama, dia menggunakan sekotak krayon untuk melukis semula gambar keluarganya.



Berkongsikan projeknya itu di Facebook, Kristen berkata dia menjalankan projek itu selama 12 hari tanpa pengetahuan ibu bapanya. Setiap hari dia menukarkan satu gambar dari dinding yang penuh dengan memori bermakna keluarganya dengan lukisan krayon untuk melihat jika sesiapa akan menyedari perubahan itu.

Kristen juga berkata menukar gambar-gambar itu bukan satu tugas yang mudah di mana dia perlu menyorok di dalam bilik air dengan memegang bingkai gambar.



Daripada 12 gambar yang tergantung pada dinding, Kristen berjaya menukarkan 11 gambar sebelum ibu bapanya perasan perubahan pada gambar di dinding itu pada hari ke 12.


Namun dia tetap menyiapkan lukisan terakhir untuk melengkapkan dinding itu dengan lukisan krayon.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?