Adakah PKP Akan Berakhir 12 Mei Ini ?


Adakah PKP akan berakhir 12 Mei ini ?

Saya rasa tidak. Kenapa saya kata begitu ? Ada sape tengok siaran lansung ucapan Perdana Menteri semalam sempena Hari Pekerja ? Perasan tak PM ada sebut perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri tidak dibenarkan. Kalau PKP berakhir 12 Mei ini, confirm nak balik ke kampung tidak menjadi masalah. Bagi saya sebab tak dibenarkan kerana kemungkinan PKP akan diteruskan mungkin sehingga bulan Jun.



Lagi pun kerajaan dah nasihat solat sunat raya dibuat kat rumah. Korang rasa logik tak kita solat sunat raya kat rumah kalau PKP takde ? Confirm berduyun-duyun pergi ke masjid kan. Tapi sebab PKP masih ada, sebab tu kena solat sunat hari raya di rumah.


Lepas tu KKM dah bagitau negara diramalkan mencatatkan jangkitan single digit pada pertengahan bulan Mei ini. So 12 Mei ini bukannya pertengahan Mei. Pertengahan Mei adalah 15 Mei. Jadi tak logik bagi saya PKP akan ditamatkan pada 12 Mei.

Bagi saya adalah molek PKP diteruskan. Kita tak boleh ambil risiko untuk Covid-19 kembali menular seperti mana di negara-negara lain.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Anak Kelantan Yang Berjaya Dalam Dunia Perniagaan

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Warga Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Adalah Yang Terlawa & Terhensem Di Malaysia