"Aku Berjaya Kantoikan Awek Aku Yang Curang Tapi...."


Kisah brader ini harus dijadikan tauladan kepada kita semua supaya jangan gopoh, jika tidak menyesal seumur hidup.

Nama aku Din (bukan nama sebenar) & aku berusia dalam lingkungan 20an. Ramai orang kata aku hensem dan macho especially member-member aku yang kemudiannya aku belanje mereka makan kerana pujian iklas mereka itu.

Kerana aku hensem dan macho, aku sukar mendapat awek.... menurut member aku.

Aku dah try banyak kali mengorat online dan offline tapi semuanya tak berjaya. Tiap kali date untuk first time, mereka yang bakal menjadi awek tak jadi aku ini akan pandang aku atas bawah mungkin kerana kagum dengan kehenseman aku yang macho, kemudiannya itulah kali terakhir aku date dengan mereka. Siap kena block lagi no tel phone aku. Yang reply whatsapp aku ramai yang kata aku tak layak untuk mereka yang aku setuju sangat.



One day nak dijadikan cerita, time tu aku tengah tunggu order pizza kat Domino, ada seorang wanita cantik giler order pizza kat kaunter namun tak cukup duit nak bayar. Merata riti aku tengok dia selik sana selik sini, seluk sana seluk sini cari duit. Muka dia nampak resah dan cemas. Aku dengan machonya melangkah ke kauntar dan bertanya "berapa tak cukup saudari ?", dia membalas "seringgit". Aku dengan macho sekali ambik wallet aku dan menghulurkan seringgit kepada wanita cantik itu. Dia melompat kegembiraan terus menghulurkan seringgit itu kepada adik spek yang jaga kaunter. Lepas dia bayar tu, dia datang duduk kat meja yang aku duduk. Maka disitulah bermulanya bibik-bibik percintaaan antara aku dan dia.

Owhh yaa... lupa nak bagitau nama awek aku dan future wife aku ini Dina (bukan nama sebenar)...

Time aku bercinta dengan dia seolah-olah dunia ini ana yang punya. Segalanya tentang dia nampak indah dimataku. Kami juga ada hobby yang sama iaitu makan. Boleh kata setiap minggu kami akan meluangkan masa bersama pegi try dan teroka kedai makan sekitar Kuala Lumpur.



Namun melody cinta aku bersama dia tak lama bila member aku bagitau yang dia nampak awek aku itu dengan mamak lain. Mulanya aku tak percaya tapi bila member aku siap tunjuk gambar aku dah mula goyah.

Aku masih macam biasa dengan awek aku ini. Kami keluar bersama. Chat bersama. Makan bersama. Namun dalam diam-diam aku hati terasa remuk dengan perbuatan dia keluat dengan lelaki lain tanpa bagitau aku. Aku dah kurang percaya dia. Ditambah pulak member aku bagitau dia makin kerap nampak awek aku dengan jantan lain itu. Hati aku terluka dan aku menangis tanpa air mata.

Aku takleh terima semua ini rasa diperbodohkan oleh awek aku. Maka pada suatu malam aku nekad nak terjah sendiri awek aku dan jantan itu.

Aku pegi dengan member aku sebab dia yang tahu kat mana dia selalu terserempak awek aku dengan jantan durjana itu.



Malam pertama aku pegi tu aku nampak lansung bayangan awek aku. Lama aku tunggu tapi kelibat awek aku dan jantan durjana takde pulak kelihatan. Malam kedua pun sama. Hari ketiga aku try gi siang hari kerana hari itu tak kerja namun tak jugak nampak kelibat mereka. Aku dah mula sangsi betul ke member aku ni namun pada hari yang kesepuluh aku sendiri nampak dengan mata kepala aku nih awek aku tengah bermesra dengan jantan celaka itu. Geram dan panas hati aku perhatikan si jantan tak guna tu tolong potong steak dan suapkan awek aku. Yang awek aku pulak aku tengok gedik dan manja sungguh. Setan betul punya awek. Lepas tu awek aku selamba jea pegang tangan jantan syaitan itu time nak cari meja kat kedai makan yang aku gi intai dengan member aku.

Aku dah panas hati. Aku dah tak boleh tahan. Aku terus meluru deras ke arah jantan durjana itu yang membuatkan awek aku terkejut dan gedebuk sebijik aku bagi kat muka jantan celaka itu disusuli dengan jeritan awek aku "Acik !!!" yang membuatkan aku turut tergamam. Tersembur dari mulut aku "abang ipar ??".

Rupa-rupanya itu abang awek aku yang baru datang dari kampung sebab baru dapat kerja di KL & dia datang menumpang kat rumah awek aku yang duduk bersama-sama kakaknya.

Awek aku kemain marah ditambah pulak mulut abangnya itu berdarah dan tercabut sebatang gigi. Aku dah try mintak maaf namun awek aku takleh terima. Sejak itu hubungan aku dan awek aku officially putus. Aku dah try hubungi dia banyak kali namun tak berjaya.

Cisss...ini semua salah member aku !!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?