Bilakah Agaknya Projek Pembesaran Airport Kota Bharu Akan Bermula ?


Lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan adalah airport tersibuk di pantai timur semenanjung Malaysia dengan kapasitinya melebihi dari 1.4 juta per annum.

Mengikut perancangan, sepatutnya projek pembesaran airport kat Kelantan ini bermula Julai 2018 dengan menelan kos melebihi RM400 juta dan kapasiti melebihi 4 juta penumpang per annum. Namun perubahan kerajaan selepas PRU14 menyaksikan pembinaan tertangguh kerana kerajaan pada waktu ini dibebani dengan hutang yang terlalu tinggi. Bukan sahaja projek pembesaran airport yang tertangguh, projek HSR dan projek ECRL turut ditangguhkan pada waktu itu.

Tak silap saya tender untuk design projek pembesaran airport LTSIP ini keluar tahun lepas dan sepatutnya tahun inilah projek akan start. Namun kerajaan sekali lagi berubah dengan kerajaan PH tumbang digantikan dengan kerajaan PN dan ditambah pulak dengan wabak covid-19 yang melanda negara tak tahu bila lah projek pembesaran airport kat Kelantan ini akan bermula.



Komponen dalam projek pembesaran LTSIP







Saya berharap projek pembesaran LTSIP disegerakan kerana ianya penting untuk pembangunan ekonomi negeri Kelantan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?