Billionaire Asal Kelantan Terbang Dengan Jet Peribadi Ke Kelantan Semata-Mata Untuk Beli Akok


Pernah tengok tak ada orang balik Kelantan semata-mata nak beli kuih akok naik private jet? Beliau merupakan seorang silent billionaire. Tak suka dikenali orang dan tak suka bercakap kosong.

Saya tak mahu bercerita lebih tentang siapa beliau. Akan tetapi saya nak ceritakan tentang 11 nasihat emas yang saya dapat sepanjang 30 minit penerbangan dari Kota Bharu ke Subang Airport Ahad lepas dengan menaiki jet peribadi milik beliau. Berikut merupakan 11 nasihat yang saya terima daripada usahawan hebat ini.




1. When you do business, don’t put all eggs in one basket
Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah. Dalam erti kata lain, asing satu bisnes untuk satu syarikat. Jangan campur adukkan semua bisnes yang dijalankan di bawah satu syarikat sahaja.

2. Jangan anggap cabaran ekonomi semasa sebagai penghalang untuk menjalankan perniagaan
Sebagai contoh, semasa musim COVID-19 sedang berlangsung ketika ini, sememangnya ada bisnes yang tidak boleh dijalankan. Walau bagaimanapun terdapat banyak lagi peluang bisnes yang kita boleh lakukan dan boleh sukses. Explore dan terus take action. Kalau kita hanya terperap saja kat rumah mengenang nasib, memang rugi lah!

3. Jangan pernah berhenti memberi sedekah
Sedekah dan lupakan. Lagi banyak sedekah, lagi banyak rezeki datang mencurah-curah. Utamakan sedekah kepada adik beradik dan saudara mara dahulu. Walaupun ada saudara mara yang pernah mengguris hati, sedekahkan juga tanpa berkira.

4. Buat bisnes yang tidak melibatkan loan bank.
Sebab loan bank inilah sebenarnya yang menyebabkan aliran keluar tunai syarikat semakin jatuh. Elakkan budaya terus buat pinjaman sebaik sahaja terima keuntungan.

5. Banyakkan networking dengan orang-orang penting.
Waktu mula-mula-mula networking, mungkin tidak rasa apa-apa yang perlu. Akan tetapi, pasti akan ada benda yang kita saling perlukan pertolongan antara satu sama lain pada masa akan datang.

6. Pekakkan telinga dengan kata-kata negatif orang ramai
Sebab setiap apa yang kita buat, hanya kita sahaja yang tahu. Orang lain tahu mengata sahaja. Maka cara yang terbaik adalah fokus dengan apa yang kita nak buat dan apa yang kita nak capai.

7. Susun kehidupan sebaiknya
Dalam erti kata lain, susun kehidupan mengikut peringkat umur dengan apa target yang ingin dicapai baik dari segi kerjaya, kehidupan, rumah, kereta anak dan lain-lain. Jangan kita hanya hidup mengikut arus semata-mata.

8. Perlu bijak mengambil peluang.
Kadang-kadang peluang tu orang tak nampak. Hanya kita sahaja nampak cuma kita tak berani. Sebetulnya, bila dah nampak peluang tu, grab cepat-cepat sebelum orang lain grab dulu.

9. Bila berinteraksi dengan orang kenamaan, jangan tunjuk yang kita lemah.
Kena tunjuk yang kita ni kuat dan ada kelebihan. Jangan hanya tunduk, diam dan setuju semata-mata dengan apa yang tengah dibincangkan bersama mereka. Lontarkan idea-idea bernas untuk mereka. Barulah mereka pandang tinggi dan berani bagi projek kepada kita.

10. Elakkan ceburi bidang politik secara serius
Sekiranya kita mahu menjalankan perniagaan dalam tempoh yang panjang, elakkan dari melibatkan diri secara serius dalam politik. Sebab ianya sangat bahaya. Fokus kepada bisnes dan bukannya politik.

11. Jangan terlalu nak beremosi dalam bisnes
Kalau kita buat satu-satu bisnes dan bisnes tu asyik rugi dan tak ada masa depan, tutup saja bisnes tu dan tak perlu nak meratap sayu. Bina bisnes baharu yang lebih menguntungkan syarikat dan diri sendiri.

Begitulah 11 pesanan emas dari beliau. Apa yang beliau pesan, memang kena sangat dengan bisnes yang saya lakukan ini. Anda boleh turut kongsikan pesanan emas ini sekiranya anda merasakan ianya bermanfaat buat anda.

Sumber Facebook Hafizi Zain

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?