Payoh Wehh Nak Boleh Kijo Di Kelate


Lepas ambo abih ngaji dulu-dulu, ambo dah pasang niat untuk bekerja di Kelantan. Ini kerana ambo plan untuk bekerja sebentar jah mungkin dalam 3 ke 4 tahun jah untuk mengumpul duit dan pengalaman kerana ambo niat toksey kijo dengan ore selama-lamanya tapi nak try berniaga sendiri.

Time ambo cari kijo di Kelantan dulu-dulu, ambo rely kepada 4 sumber iaitu jobstreet.com, jobsmalaysia, suratkhabar dan graduan. Mostly banyak kat jobstreet.com dan jobsmalaysia. Hok beza dua nih jobstreet banyak untuk diploma, degree keatas, manakala jobsmalaysia banyak hok untuk ngaji tak tinggi contohnya sekat SPM jah.

Kijo pertama ambo dapat melalui jobstreet. Tu pun lepas banyak bulan duk dumoh. Ado hok alik luar panggil untuk interview tapi ambo toksey sebab niat doh nak kijo kelate. Tapi main nga lama duk dumoh jadi tak sedak jugok kito. Alih-alih gi lah jugok interview alik luar. Time tu kiro ambo redha doh. Kalu takleh kijo alik kelate takpo lah janji ado kijo jah. Maso tu buleh interview alik luar banyak. Alik kelate jah krik krik nyo.



Ore tuo dey rezeki tok ke mano. Ambo akhirnya dapatlah jugak interview kat Kelantan walaupun kijo hok ambo mitok tu takdok kaitan lansung dengan gapo hok ambo ngaji.

Tak sampai 2 minggu oghe mari suruh kijo. Ambo apo lagi, setuju jah lah. Time tu nak oyak gembira takleh nak cerito walaupun gaji tu sekodar sahaja. Kalu nak banding dengan alik luar, banyak lagi alik luar tapi niat ambo buke nak kijo selamanya, sekadar nak kumpul modal dan pengalaman untuk berniaga sendiri di Kelantan.



Ambo dea kijo makan gaji dalam 6 tahun. Time tu tahu berapa kali tukar kijo. Demo paham-pahamlah kat kelate nih kijo lagu mano sangat. Gaji pun ciput. Kijo pun kadang-kadang parok pado gaji. Keno aniaya pun ado. Sebab tu ambo duk main tukar kijo banyak kali.

Lonih kijo sendiri nih lega sero. Lagi seronok pado duk kijo dengan oghe. Masa pun boleh atur sendiri takdok terikat dengan oghe lain. Nak cuti ambo cuti. Nak kijo ambo kijo. Tapi gak kijo tu takdok waktu bekerja 8 ke 5 lah. Memang boleh kato supo kijo hari-hari sampai malam. Napok macam penat tapi ambo enjoy kijo sendiri. Tok pening palo oghe kato.



Dari pengalaman ambo sendiri ini ambo pehe bakpo ramai oghe kelate kito hok ngaji tinggi payoh nak buleh kijo di Kelate. Tengok ambo lah. Nok sangat kijo di Kelate alih-alih kijo bukea dalam bidang ambo. Tapi time tu ambo tak kesah alah mano sebab ambo memang plan nak kijo smeta lepas tu nak berniaga sendiri. Kalu puok demo nak kijo dalam bidang hok demo ngaji, ambo nasihat lagi molek kalau demo gi cari kijo alah luar. Rugi wehh demo ngaji bertahun-tahun lepas tu kijo bidang lain sebab nak jugok kijo kelate. Kalu gaji besar tak apo, nih gaji ciput, doh lah kadang-kadang kijoan tu tak padan lansung dengan gaji yang diperoleh.

Ambo tak tahulah bakpo gaji di Kelantan murah. Mungkin sebab di Kelate nih banyak syarikat hok kecik-kecik jah jadinyo tak mampu bayar gaji mahal. Berbeza dengan alik luar kebanyakan syarikat besar yang bukan sahaja milikan tunggal bahkan yang disenaraikan kat Bursa Saham KL, makanya diorang ini mampu bayar gaji yang lebih mahal.


Lepas tu bakpo bidang pekerjaan kat Kelantan tak diversify alah mano kerana bidang ekonomi kat Kelate sendiri ini tak diversify alah mano. Kebanyakannya lebih kepada bidang service dan hanya memerlukan pekerja yang tidak berkelayakan tinggi. Sebab tu lonih pun bila ambo search kat website kerja kosong kalau kat Kelantan gak banyak hok kelayakan SPM jah. Hok untuk kelayakan pendidikan hok lagi tinggi tu jarang-jarang. Kalau dapat tu kiro bernasib baik sungguh.



Sebab tu lah memandangkan kerajaan Kelantan lonih bukan lagi dibawah pembangkang, ambo harap sangatlah koho banyak dapat dilakukan untuk mengurangkan brain drain kat kelate kito. Rugi wehh kito berbangga oghe kelate ramai hok cerdik pandai tapi end up meyumbang bakti kat tempat ore. Nak menyumbang bakti kat negeri sendiri peluang tu takdok.

Kalau sebelum nih pakat duk oyak kelate payoh nak maju sebab kena sekat sano sini tapi kali nih boleh guna tempoh hok sebagai negeri hok sealiran dengan federal untuk membawa masuk banyak pelaburan hok berkualiti supaya banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Kelantan dan sekaligus mengurangkan brain drain kat Kelate kito.

Ambo harap gitu lah.....

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?