Ustaz Ebit Lew Menangis Lagi, Kini Di Kelantan


Siapa tak kenal Ustaz Ebit Lew ? Boleh dikatakan semua orang kat Malaysia kenal siapa beliau. Seorang pendakwah bebas berbangsa Cina yang kerap muncul di TV dan tak penat membantu semua golongan yang memerlukan, ambik dari budak-budak yang berpeleseran hinggalah ke golongan miskin yang tidak berkemampuan.

Beliau menjelajah ke seluruh negara membantu mereka yang tidak berkemampuan sekadar mana yang boleh dibantu walaupun kehadiran beliau kadang kala tidak berapa disukai. Namun beliau teruskan jugak kerana kerja amal yang dibuat bukan kerana populariti tetapi kerana Allah semata-mata.

Terkini, Ustaz Ebit Lew meneruskan jelajah membantu orang susah ke Kelantan.

Kelmarin dulu, beliau telah melawat 1 keluarga yang dah berpuluh tahun menetap di kawasan pelupusan sampah kat Pasir Mas. Menangis beliau tengok keadaan rumah yang serba dhaif ditambah pulak kat kawasan pelupusan sampah. Yelah, sape sanggup nak tinggal kat kawasan pelupusan sampah.




Kunjungan beliau itu bukan setakat viral tapi mencetuskan kecam mengecam dikalangan warga netizen di Kelantan. Ada yang tak senang tengok dan ada yang memuji usaha terpuji Ustaz Ebit Lew itu. Tapi yang lebih penting sebenarnya apa yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew wajar dijadikan tauladan. Imagine kalau kita semua pikir macam UEL. Saya rasa kat kawasan kampung atau taman perumahan yang kita menetap lansung zero orang susah. Tapi tu lah sikap orang kita bercakap jea lebih bertindak tin kosong.

Yang terbaru, Ustaz Ebit Lew pegi pulak melawat keluarga 9 anak kat Tumpat. Si suami sakit jantung maka takleh nak buat kerja berat. Hanya menumpang di tanah orang sambil menjaga kubur. Mereka jugak mencari besi buruk untuk dijual. Mereka jugak ada menerima bantuan RM200 setiap bulan dari JKM.




Untuk keluarga kat kawasan pelupusan sampah di Pasir Mas tu, Ustaz Ebit Lew sudah pun berjaya carikan rumah sewa untuk mereka. Ustaz Ebit Lew turut membeli kelengkapan asas rumah seperti mesin basuh dan peti sejuk.



Untuk keluarga kat Tumpat tu pulak Ustaz Ebit Lew tengah usahakan untuk mencari rumah sewa yang selesa bagi menggantikan rumah yang sekarang diduduki yang terlalu uzur dan dhaif.

Ayuh kita semua ambik contoh Ustaz Ebit Lew dengan lebih cakna dengan jiran-jiran kita. Mungkin kadang-kadang jiran kita tak bagitau yang mereka susah kerana segan dan taknak menyusahkan orang lain. Jadi kitalah sebagai jiran perlu ambik tahu dan tolong sekadar mana yang termampu untuk mengurangkan beban mereka. Inshaallah kita boleh !!

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?