Catatan

Kelantan tanggung GST dikenakan PBT

Berita baik untuk oghe kelantan. Kerajaan Kelantan akan menanggung GST yang dikenakan oleh PBT. Keratan dari Sinar Harian KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Kerajaan Kelantan menanggung kos Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya ditanggung oleh pengguna ketika mendapatkan perkhidmatan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.   Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, berikutan itu, kira-kira RM2.4 juta ditanggung kerajaan negeri dalam tempoh setahun dan kemungkinan ia akan bertambah, bergantung kepada peningkatan kos perkhidmatan.   Menurutnya, tanggungan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia bermakna kerajaan tidak mengenakan cas GST terhadap beberapa perkara yang dikaitkan dengan perkhidmatan disediakan PBT.   “Cas GST yang dikenakan PBT menjadi isu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, dengan mengambil kira semua perkara dan bagi meringankan bebanan kepada orang ramai, kerajaan bersetuju menyer...

Selfie Kelantan

Imej
Gambar ini saya snap time kat kedai gambar. Saya sangat tertarik kerana ianya secara tidak lansung menceritakan kehidupan seharian warga Kelantan.

Hari-Hari Tipikal Di Kelantan

Imej
Jom saya nak share sikit pasal ape yang tipikal di Kelantan. Ini Kak Pah. Kak Pah nih menjual char kuew dan roti goreng kat Berek 12. Saya selalu singgah beli kat gerai Kak Pah sebab roti goreng dia rangup dan sedap.   Kenal tak apa ni ? Ni bukan etak tapi dikenali sebagai lokey. Shape nampak sama macam etak tapi size dia lagi besar dan sudah tentu isinya lagi banyak. Saya sendiri tak tahu kalau orang lain masak macam mana tapi bagi saya sendiri saya prefer just bakar macam tu jea tanpa menambah perasa. Lepas tu cicah dengan air lada. Yummmm Dalam banyak buah, buah apa bijinya di luar ? Saya dah anda semua mesti dah tahu jawapannya kan ? Sudah tentu ianya ketereh. Daun dan buahnya sedap dimakan sebagai ulam. Bijinya pulak dibakar dibuat snek.    Buah tanjung, tahi itik dan jala mas. Bulan puasa mesti kena ada kuih nih.    Buah keredas. Bau dia lagi busuk dari jering dan petai. Kalau masuk toilet alamatnya taruklah 1 botol penc...

Adakah Ini Apartment Kowamas Di Panji

Imej
Gambar atas saya ambik time keluar dari pintu pagar airport pagi tadi.Kan Kowamas ada nak buat apartment kat Panji, kat belakang rumah kedai yang dibuat Kowamas sebelum nih. Mungkin apartment tu lebih kurang macam dalam gambar seperti kat atas tu kot.

Rancangan Malaysia Ke 11 Apa Yang Kelantan Dapat

Imej
Saya sendiri sebenarnya tak berkesempatan untuk mengikuti perbentangan RMK 11 oleh PM kita last week sebab busy sungguh. Dek kerana itu saya cuba usha kat mr google kot2 adalah isi kandungan RMK 11 yang boleh saya baca. Hampa betul, takde lansung. Yang ada pun ringkasan. Tak syoklah nak baca ringkasan sebab terlalu ringkas. Kalau dapat full text kan best. Bukan apa pun, saje jea nak tengok apa yang Kelantan dapat dalam RMK 11 nih.  Yang saya tau, Kelantan dapat highway, rancangan tembatan banjir dan jugak pembesaran lapangan terbang sultan ismail petra. Tu pun sebab baca suratkhabar semalam. Yang saya tertanya2 kenapa tak ade mention pun pasal projek hospital bachok ? Sebab kan tapak untuk hospital bachok dah lama ada. Penting kot untuk penduduk bachok ada hospital. Nak selalu datang KB untuk mendapatkan rawatan bukannya senang. Tambahan pulak hospital utama kat KB iaitu HRPZ2 dan HUSM selalu sesak dengan pesakit.  Nextnya pasal jaringan keretapi untuk pan...

Airport Sultan Ismail Petra Akan Dinaiktaraf : Bila Nak Start Bina

Imej
Sebelum nih dalam post yang lepas saya ada share yang MAHB akan naiktaraf airport kat Kota Bharu yang dah exceeding capacity kepada airport yang mampu menampung kapasiti sehingga 4 juta penumpang per annum. Maklumat ini didapati melalui MAHB Annual Report 2014.  Malaysia Airports is also planning for the expansion of other local airports such as the Sultan Ismail Petra Airport in Kelantan, which has already exceeded its 1.5 million capacity. The building will be expanded to cater to four million passengers with a new multi-storey car park and additional aircraft stands to cope with the expected increase in traffic in the coming decade.   Pada pandangan saya kat mana tambahan akan dibina Yang menjadi persoalan, bila agaknya kerja2 pembinaan kat airport tu akan bermula ?? Yang tu lah saya excited nak kongsi nih. Apa yang yang saya dengarlah tapi perlu ingat, apa yang saya dengar nih tak CONFIRM betul atau tidak, ianya mungkin sekadar khabar angin....

SPNB Bina Apartment Di Tunjong

Imej
Sape pernah berkunjung ke KB Mall ketika MAPEX pasti tertarik dengan tawaran oleh pihak pemaju time tu kan. Kenal SPNB ? Iaitu syarikat milikan kerajaan atas tujuan membina kediaman pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Time pameran hari tu apa yang menarik perhatian saya adalah projek apartment di Tunjong sana. Menggunakan brand Aspirasi, apartment ini akan dibina berdekatan RTC, klinik, masjid dan bank diatas pegangan pajakan selama 99 tahun. Kalau dilihat pada website SPNB, harga unit bermula pada rm 170000.00 dan pada hemat saya sudah dikira berpatutan. Yang masih saya tak tahu luas sebenar unit tersebut dan jugak jumlah bilik yang ada pada unit tersebut. Inshaallah minggu depan saya akan ke SPNB cawangan kelantan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dan sudah tentu nanti akan saya kongsikan bersama anda semua. Owh yaa !! Lupa pulak saya. Sesiapa yang berminat bolehlah ke website SPNB untuk register yea.

Like FB Maafsebut