Catatan

Rafizi Seru Sayang Pembangkang

Imej
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyeru seluruh pimpinan Pakatan Harapan untuk terus berlaku adil terhadap rakyat.

Apakah Telefon Yang Terselit Di Poket YDPA Sultan Muhammad V ?

Imej
Khamis lalu, Tun Dr Mahathir sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Majlis mengangkat sumpah di Istana Negara itu berjalan dengan lancar. Selain keterujaan rakyat di atas perlantikan perdana menteri baharu itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ,Sultan Muhammad V turut menjadi perhatian ramai.

Menyampahnya Lipas Banyak Sungguh Dalam Kereta

Imej
Lipas (bukan dua lipa yang popular itu) merupakan musuh utama bagi pemilik kenderaan yang amat mementingkan kebersihan dan kecantikan dalaman kereta mereka. Tambah menyakitkan jiwa sekiranya lipas tadi sudah pun berumah tangga di dalam kereta kita dan beranak pinak membentuk pasukan bola sepak kebangsaan. Dilaporkan pada awal tahun lalu, seorang pemandu wanita terbabas disebabkan terkejut dengan gangguan lipas ketika sedang memandu. Jadi bagaimanakah caranya untuk mengelakkan lipas daripada menghuni kereta anda tanpa kebenaran ?

Makan Makanan Western Kat Yaakob Western Cafe Kota Bharu Sedap Gilerr

Imej
Makan Makanan Western Kat Yaakob Western Cafe Kota Bharu Sedap Gilerr Kalau bab makanan western kat Kota Bharu nih banyak kedai yang offer. Tapi sedap ke ? Itu yang menjadi persoalan. Tambahan pulak dengan sikap ambo yang cukup cerewet bab makan, nak jumpa kedai makan yang betul-betul jual western food yang sedap agak sukar. Berbeza dengan 1 tempat ini. Terletak bertentangan dengan pejabata FAMA Kelantan, Yaakob Western Cafe yang hanya awal tahun 2018 dibukak tidak pernah mengecewakan saya. Dimiliki dan dikendalikan oleh Encik Yaakob yang dulunya seorang pekerja bank, beliau menyajikan hanya makanan barat kepada para pelanggannya. Dengan gaya dalaman kedai yang ala-ala hipster ditambah pulak dengan wifi percuma, sesiapa sahaja boleh tertarik untuk makan kat sini. Saya nih seorang yang tak suka crowded kalau gi makan kat mana-mana sekalipun. So saya akan pilih masa dimana orang tak berapa ramai kat kedai. Kalau kat Yaakob Western Cafe ini, saya memilih un...

Pemandu Bas Jepun Tunjuk Perasaan Dengan Beri Tambang PERCUMA Kepada Penumpang

Imej
Jepun sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang tinggi ditunjukkan ketika berada di atas jalan raya. Namun begitu, cara protes yang ditunjukkan oleh sekumpulan pemandu bas syarikat Ryobi di Okayama ini sememangnya agak berbudi bahasa. Cerita di sebalik protes ini bermula pada 27 April apabila sebuah syarikat bas baru bernama Megurin telah mula beroperasi.

Hina Sangat Ke Kerja Kilang Nih ??

Imej
Hina Sangat Ke Kerja Kilang Nih ?? Dalam dunia penuh persaingan sekarang, ramai di kalangan graduan yang menganggur kerana tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan. Boleh dikatakan graduan sekarang impikan pekerjaan dengan gaji lumayan atau sepadan dengan kelulusan mereka. Namun berbeza dengan pemuda, Raimi Ahmad yang berkongsikan pengalamannya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang, tidak menyangka pekerjaan itu juga mampu mendapatkan pendapatan lumayan, sekaligus mengubah persepsi orang ramai tentang pekerjaa tersebut. Hina sangat ke kerja KILANG ?? gambar sekadar hiasan (Yang mana dok perlekeh meh baca) “Kalau hang tak da keja..p keja kilang” Dalam mentaliti orang melayu khususnya kalau keje kilang ni adalah satu pekerjaan yang “lekeh” & keje yg “tu” adalah keje yang mulia & menjamin masa depan..its okay. Banyak yg tanya aku sekarang aku keje apa disebabkan kan aku ni selalu tukar keje..hehe..jangan kata kawan2..sedara2 sendiri pun ta...

12 Perkara Yang Anda Tak Sepatutnya Kongsi Di Facebook Atau Laman Social Lain

Imej
BAGI pengguna tegar Facebook, 12 maklumat peribadi ini tidak sepatutnya ada di profil Facebook anda. Ini susulan kes kebocoran data sehingga memberi kesan buruk kepada pengguna Facebook seperti yang diakui sendiri oleh Ketua Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg. Jadi, sekiranya anda ada 12 maklumat ini, sila padamkan segera !! 1. Tarikh lahir Tarikh lahir termasuk nama penuh dan alamat merupakan informasi penting yang perlu anda padam di Facebook. Ini kerana dengan maklumat seperti ini, individu tidak bertanggungjawab akan mendapat akses untuk tahu akaun bank dan informasi peribadi anda. 2. Nombor telefon Jangan sesekali dedahkan nombor telefon anda jika tidak mahu diganggu oleh individu yang tidak dikenali. 3. ‘Unfriend’ rakan anda Menurut pakar psikologi dari Oxford Universiti, Profesor Robin Dunbar, manusia hanya boleh kekalkan 150 hubungan yang kukuh bersama rakan-rakan. Justeru, ‘unfriend’ rakan anda yang tidak diperlukan untuk kekalkan hubungan baik menerus...

Like FB Maafsebut