Catatan

Janji 100 Hari Pakatan Harapan Tangguh ?

Imej
Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif Janji 100 harinya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Budak Perempuan Kelantan Ini Matang Sebelum Usia & Memerlukan Sumbangan Dari Warga Kelantan Prihatin

Imej
USIA baru 12 tahun tapi sudah pun menggalas tanggungjawab besar apabila terpaksa memasak, membasuh dan mengemaskan rumah setiap hari. Nor Atikah Maisarah memikul amanah itu bagi menggantikan tanggungjawab seorang ibu dengan melakukan tugas berkenaan untuk bapa, Mohd Saidi Mohd Nor, 51 dan adik perempuannya, Nor Atikah Waheeda, 10. Dia yang ditinggalkan ibu kandung sejak berusia enam tahun, sudah biasa dengan kerja rumah seawal usia lapan tahun lagi, malah tanggungjawabnya semakin bertambah selepas bapanya terbabit kemalangan jalan raya pada Februari lalu.

Pemuda PPBM gesa pemimpin PH Kelantan dilantik menteri, timbalan menteri

Imej
Pergerakan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan menggesa kerajaan persekutuan memberi jawatan menteri atau timbalan menteri dari negeri itu menerusi kuota sebagai senator. Ketuanya, Asran Alias berkata pihaknya mencadangkan beberapa nama iaitu Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa, Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PPBM Kelantan, Datuk Sazmi Miah untuk dilantik sebagai senator.

Tak Perlu Kritik Mereka Yang Mahu Menderma Kepada Tabung Harapan Negara

Imej
Kalau tak suka pasal penubuhan Tabung Harapan Negara, itu tak jadi masalah tapi jangan mengkritik mereka yang mahu menderma kepada Tabung Harapan Negara.

Saya mungkin kenal Mira - Syafiq Klye

Imej
Demi menghormati Ramadan dan meneruskan hidup, Syafiq Kyle mahu menamatkan kontroversi video tular yang dikaitkan dengan dirinya biarpun isu panas itu dilihat 'tergantung' tanpa penyelesaian. Syafiq yang memegang watak Ustaz Adam dalam drama popular Nur memberitahu, dia selesa membiarkan apa juga kesimpulan bertebaran selepas kenyataan dibuat.

Tunjuk bukti jika rugi batal HSR - Tun Mahathir

Imej
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pihak yang mendakwa kerajaan akan mengalami kerugian jika membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka. Beliau berkata tindakan mengeluarkan kenyataan dan dakwaan tanpa bukti tidak membawa apa-apa makna.

Samsung Galaxy Note 9 Bakal Menjadi Telefon Pintar Android Terpantas

Imej
Berbaki tiga bulan sahaja lagi sebelum Samsung melancarkan smartphone flagship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note 9. Pada kali ini, Samsung nampaknya bersedia untuk menawarkan spesifikasi yang terbaik khusus buat para pengguna. Berdasarkan ura-ura, Samsung dijangkakan bakal menyertakan processor Exynos 9810 bersama 8 GB RAM.

Like FB Maafsebut