Catatan

4 Ramen Perisa Terbaru Dari Samyang

Imej
Kalau sebut jea pasal ramen pedas giler, mesti semua akan terus teringat akan ramen jenama Samyang dari Korea Selatan yang cukup popular kat negara kita kan ? Baru-baru ini jenama tersebut memperkenalkan empat lagi perisa baru yang pasti akan membuatkan korang tak sabar-sabar nak cuba. Apa yang menarik, dua perisa yang diperkenalkan itu adalah jenis sup iaitu perisa Kimchi dan Topokki. Manakala lagi dua adalah jenis kering iaitu perisa Bulgogi dan Jjajang. 1. Kimchi 2. Topokki 3. Bulgogi 4. Jjajang Honestly to say, saya sendiri tak pernah try ramen Samyang ini kerana saya tak berapa suka sangat pedas-pedas. Tambahan pulak kalau terlalu pedas lagilah saya tak berani nak cuba. Mungkin kali ini saya akan cuba ramen 4 jenis yang baru ini kerana kelihatannya tak berapa pedas. Kat mana nak beli ? Boleh dapatkan di pasaraya Village Grocer dan The Store berhampiran anda.

Berita Baik Warga Kelantan !! 13 Keretapi Jenis DMU Akan Tiba Hujung Tahun Ini & Stesen Keretapi Tumpat Dinaiktaraf Untuk Menempatkan Keretapi DMU Yang Baru Ini

Imej
Depoh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dibina di Tumpat dengan keluasan 4.7 hektar untuk menempatkan tren Diesel Multiple Units (DMU). Stesen & Depoh Tumpat Stesen kereta api Tumpat juga akan dinaik taraf dan kedua projek tersebut menelan kos RM24 juta. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, stesen tersebut dinaik taraf bagi menampung kapasiti penumpang yang dianggarkan 1,500 orang setiap hari. "Pembinaan depoh itu pula digunakan untuk menempatkan semua 13 unit tren DMU. Illustrasi Pelukis DMU Yang Baru   "Tren DMU akan digunakan untuk perjalanan Pantai Timur iaitu Tumpat ke Gemas dan Gemas ke Johor Bharu," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Depoh dan Naik Taraf Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, di bandar Tumpat, semalam. Sementara itu, Pengurus Besar Perolehan KTMB, Mohd Hider Yusof berkata, sebanyak 13 unit tren Diesel Multiple Units ...

Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Hanya Bermula Pada Tahun 2020

Imej
Projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, LTSIP, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dijangka bermula pada tahun 2020 dengan melibatkan kos lebih RM500 juta. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan  untuk projek pembesaran LTSIP dan proses pengeluaran tendernya akan dibuat tidak lama lagi. "Pada masa ini penumpang yang menggunakan LTSIP amat padat dengan jumlah penumpang tahun ini dijangka melebihi dua juta orang dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat sehingga empat juta orang beberapa tahun akan datang," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan depo dan stesen kereta api KTMB Tumpat di sini, hari ini. Katanya lagi, projek pembesaran dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Kompleks baru LTSIP itu akan dibina bertingkat bagi mengasingkan ruang pelepasan dan ketibaan dan pada masa sama bagi menampung penambahan penumpang. “Kerajaan Persekutuan bagi pengiktirafan kepada negeri Kela...

Syarikat Kerajaan Terengganu EPIC Mendapat Kontrak Dari ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc.

Imej
Anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd, telah memperolehi kontrak bagi kerja-kerja Penyelenggaraan, Pembinaan dan Modifikasi (MCM) untuk tahun 2018 sehingga 2023 daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. Majlis menandatangani Kontrak Perniagaan telah diadakan secara tertutup pada Khamis, 16 Ogos 2018 lepas disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Kontrak ini menjangkakan antara 500 - 600 peluang kerja kepada anak-anak Terengganu. Tahniah EPIC !!

Kerana Politik, Agamaku Dipermainkan

Imej
Sedih sekali bila tengok komen-komen di social media. Nak marahkan parti politik yang tak disokong tapi dengan agama islamku tercinta juga turut menjadi mangsa. Perkataan ulama, tok lebai sehinggalah pemakaian sunnah nabi muhammad saw turut disindir-sindir. Yang paling menyedihkan bila yang mengaku muslim tu galak sungguh mengomen mengecam di social media sehinggakan non muslim rasa tak bersalah turut sama join mengecam & menyindir bagai menggunakan istilah ulama dan tok lebai.  Disini perlu saya jelaskan bukan semua ulama dan tok lebai itu join politik. Kalau nak marah dan sindir politician yang korang tak gemar tu kenapa guna istilah ulama & tok lebai ? Semua ulama & tok lebai tu join parti politik yang korang tak gemari tu ke ? Ade ke korang tengok non muslim bila diorang marah kepada politician diorg guna istilah sami atau paderi ? Takde kan ? So kenapa korang tidak berlaku adil kepada ulama & tok lebai. Disebabkan penggunaan meluas istilah ulama ...

Kenapa Pilih Kelantan

Imej
Kenapa pilih Kelantan ?? Soalan itu selalu ditanya kepada non kelantanese kenapa mereka prefer untuk menetap terus di Kelantan. Dengan pelbagai persepsi negative yang dilemparkan kepada Kelantan, ianya membuatkan orang luar seperti alergik sedikit dengan negeri Kelantan negeri serambi mekah.  Sebut sahaja pengotor, jahat, terlalu tebal sikap kenegerian, gengstar & macam-macam lagi dilemparkan tanpa sangsi kepada kelantan kita yang tercinta ini.  Tapi persepsi itu berubah 360 darjah bila sesiapa sahaja yang tidak pernah hadir ke bumi kelantan ini menetap di Kelantan. Perasaan yang awalnya rasa terseksa dan stress kerana terpaksa menetap di Kelantan akhirnya beransur-ansur berubah kepada perasan bersyukur dan cinta kerana dapat berada di negeri che siti wan kembang ini.  Rupa-rupanya segala persepsi buruk yang mereka dengar selama ini hanyalah mitos semata-mata. Kelantan sama sahaja seperti negeri-negeri lain. Pengotor ? Tempat lain jugak pengot...

Thailand Mahu Halalkan Ganja

Imej
Ramai yang masih tidak tahu, kanabis atau ganja merupakan sejenis dadah yang sering digunakan dalam perubatan kerana dikatakan boleh melegakan pelbagai jenis penyakit. Walaupun mempunyai manfaat dari segi perubatan, penggunaan kanabis diharamkan di kebanyakan negara di dunia terutamanya di Asia kerana penyalahgunaannya boleh menjadi punca kepada ketagihan. Walaubagaimanapun, semuanya bakal berubah tidak lama lagi apabila Thailand akan menjadi negara pertama di Asia yang akan membenarkan kanabis dalam perubatan. Langkah untuk membenarkan penggunaan kanabis ini bakal dilaksanakan pada tahun hadapan adalah disebabkan atas faktor-faktor ekonomi. Sekitar tahun 1980an, Thailand merupakan pengeluar kanabis utama di dunia. Kanabis juga turut popular di kalangan pekerja ladang untuk tujuan relaks dan sekitar tahun 1970an ketika Perang Vietnam, tentera Amerika Syarikat menggunakan kanabis bagi memulihkan tenaga. Kalau digunakan untuk berubat takpe, itu tak salah. Yan...

Like FB Maafsebut