Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Paya Bunga Square : Shopping Mall Pertama Kuala Terengganu

Imej
Ini dia gambar PB Square yang masih lagi dalam pembinaan. Gambar ini saya ambik ketika berkunjung ke Kuala Terengganu minggu lepas. Boleh kata banyak yang dah siap dan pada pengamatan saya mungkin tahun depan atau hujung tahun ini PB Square akan dibukak. Pasal kedai apa yang nak dibukak kat dalam PB Square saya pun tak pasti. Ada yang kata Metrojaya nak bukak tapi ini hanya sekadar khabar angin. Selalunya pihak pengurusan kompleks beli belah akan mengwarkan kedai-kedai apa yang akan dibukak nanti tapi PB Square unik sikit sebab kita pun tak tahu apa yang akan dibukak kat sana nanti. So kalau nak tahu kena tunggu PB Square siap lah.

Aidilfitri Datang Lagi

Imej
Pejam celik pejam celik, bangun tido bangun, sekejap jea rasanya kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Tinggal kurang dari 10 hari lagi bulan yang penuh berkat ini akan meninggalkan kita dan akan menjelangnya Syawal. Walaupun Syawal lambat lagi tapi dah terasa bahangnya. Kalau bukak facebook semua cakap pasal nak balik raya, biskut raya, baju raya, semualah pasal raya. Rakan-rakan yang jauh pulak mula pening pasal tiket abih, mula buat plan nak pegi beraya kat rumah sapa. Kalau kat tempat saya nie pulak, iaitu Kota Bharu, bandar dah start penuh dengan manusia yang nak shopping. Keluar sabtu lepas rasa menyesal pulak sebab jalan raya jem, orang berpadat-padat atas satu tujuan : shopping raya.  Walaupun kita nie semua tengah kalut nak raya janganlah pulak terlupa yang dalam 10 ramadhan terakhir nie adanya malam Lailatur Qadar. Jangan la pulak busy sangat buat persiapan raya sampai kita terlepas malam yang dimana seperti beribadat 1000 bulan. Kalau dibahagikan lebih kurang...

Singgah Solat Di Masjid Kristal

Imej
Pernah ziarah Masjid Kristal kat Taman Tamadun Islam tak ? Saya nie pun baru pertama kali datang singgah sini walaupun datang ke Kuala Terengganu dah banyak kali.  Asalnya saya singgah sekejap kat Giant Kuala Terengganu sebab nak beli Rotiboy. Rotiboy nie memang favourite saya tapi kat Kota Bharu take la pulak outlet Rotiboy, jadi kalau singgah Kuala Terengganu lah baru dapat merasa Rotiboy.  Ingat nak terus aje balik ke Kota Bharu tapi masa melintasi jambatan, sepupu saya terkelih Masjid Kristal dari jauh, dia pun bagitau saya suruh singgah kejap sebab dia tak pernah lagi kesana. OK jugak idea tu sebab saya pun tak pernah singgah ke Masjid Kristal, sambil itu boleh terus solat zuhur nanti. 

Jom Makan Ikan Bakar Ana Petai

Imej
Kalau pegi Kuantan nie apa yang saya memang takleh nak miss adalah ikan bakar. Sini memang banyak restoran yang specialize dalam hidangan bakar membakar nie tapi nak cari yang sedap tu yang susah.  Kalau nak cari ikan bakar kena pegi Tanjung Lumpur, sini memang banyak kedai makan bakar membakar nie. Dalam banyak-banyak tu saya paling suka adalah kat Ikan Bakar Ana Petai. Tau tak kenapa dia taruk perkataaan petai tu ? Sebab kalau hidangan ikan bakar tu kat atas dia ada sambal petai. Memang sedap...Tak tipu.  Kalau nak makan kat sini, diorang ada 3 cawangan, boleh pilih mana yang rasa berkenan, kena datang awal sebab orang memang ramai. Bersesak manusia nak makan kat situ.  Kebetulan ini adalah bulan puasa, saya pegi tempah awal-awal sebelum masuk bukak puasa. Senang buat macam nie. Datang nanti bukak puasa, semua makanan dah terhidang macam kat dalam gambar kat bawah nie

Kuala Terengganu City Scape

Imej
Aku dah lama sangat nak ambik gambar bandaraya Kuala Terengganu tapi tak pernah sempat pun. Pegi dah banyak kali tapi takde chance lansung nak ambik gambar. Alhamdulillah kali nie sempat. Nak cari tempat nak biar the whole town masuk dalam kamera susah la pulak. Takkan nak berhenti atas jambatan kot walaupun itu adalah best spot untuk ambik gambar. Alih-alih dah puas cari, aku pegi ke Masjid Kristal. Yes !! Itu adalah tempat yang suitable untuk ambik gambar bandaraya Kuala Terengganu. Dan inilah hasilnya. Maaf lah kalau ada yang rasa kurang berpuas hati dengan apa yang aku ambik nie. Lagi pun aku nak cepat nak balik ke Kota Bharu. So takleh nak rilek mana sangat. Kalau sebelum nie aku kalau upload gambar, aku pilih-pilih, tak letak semua tapi kali nie aku letak semua sekali.

Menipu Di Bazar Ramadhan

Imej
Aduhai...Ape la nak jadi ?? Saya tahu dan mengerti ramai yang mengambil kesempatan di dalam bulan ramadhan yang mulia ini dengan berniaga. Bukan lagi rahsia berniaga di bulan puasa nie untung luar biasa, lebih dari bulan-bulan biasa. Betapa hebatnya bulan Ramadhan.

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Imej
Ingat lagi tak masa kita kecik dulu ? Selalukan mesti ada program dengan pihak bank yang suruh kita simpan duit kat bank diorang. Kalau tak silap saya masa tu BSN, AMBank dan Bank of Commerce (sekarang CIMB) akan datang ke sekolah dan mendidik peri

Mencari Damai Yang Hilang

Puas sudah ku mencari, mencari satu kedamaian yang tak pasti. Macam-macam cara sudah ku cuba didalam pencarian ku untuk menemui kedamaian. Tapi segalanya sementara. Bukan kedamaian yang aku dapat tapi keserabutan yang datang. Tapi akhirnya.... Ku temui islam. Ya islam. Hanya dengan beribadat kepadaNya Ku temui kedamaian dan ketenangan yang selama ini kucari Hari ini jiwa ku tenang walau ujian datang menduga Kerana kutemui sudah kedamaian yang pasti

Sedapnye MakanTiram Mentah Kat Pantai Sri Tujuh !!

Imej
Sedapnye MakanTiram Mentah Kat Pantai Sri Tujuh !! Sudah jadi kebiasaan untuk saya kalau nak makan tiram mesti kena pegi beli di Pantai Sri Tujuh. Selain Pantai Sri Tujuh, saya dah cari merata tempat di Kota Bharu tapi takde pula yang menjualnya. Even kat pasaraya pun takde. Waktu yang paling sesuai untuk pegi beli tiram adalah lepas Zuhur. Kalau korang pegi sebelum waktu Zuhur memang takde sapa pun yang jual. Sebab selalunya waktu pagi nie, mereka akan pegi mencari dulu hasil laut seperti tijoh, ketam nipah dan sudah tentunya tiram. Saya tak pasti pulak kalau berdekatan area Pantai Sri Tujuh tu ada gerai yang menjual tiram tapi yang pasti dimana tempat yang selalu saya beli, kena masuk Pantai Sri Tujuh tu dulu, lepas tu bila membelok ke kiri akan terdapat sebaris gerai yang menjual ikan masin. Dan gerai yang paling depan tu lah yang menjual tiram. Kalau singgah kat gerai yang saya sebut kat atas, tiram yang ada dijual mengikut size. Kalau lagi besar s...

Ramadhan Datang Lagi

Imej
Alhamdulillah.... Dengan izinNya yang Maha Esa, kita sekali lagi diizinkan untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan dimana kita akan mula berpuasa tepat lagi rabu ini dimana kita bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Tak dilupakan jugak tidak melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Sape yang nak puasa yang cacar merba. Sudah tentu kita semua berhendakkan puasa yang sempurna. 

Saya Sayang Awak

Imej
Saya sayang awak.... Kalau ianya dilafazkan oleh yang kita sayangi, mesti berbunga-bunga habis hati kita kan ? Iye lah, lafaz sayang nie bukannya senang nak keluar dari mulut. Kalau boleh nak direkod supaya boleh didengar berulang kali supaya hati nie senantiasa berbunga mekar. Satu soalan saya nak tanya...Selalunya siapa agaknya yang akan lafazkan seperti kat atas sana ? Sudah tentu pasangan kita, takpun mak ayah kita, takpun adik beradik kita, takpun sape lagi ?  Tapi pernah tak kita ucapkan lafaz yang sama kepada sahabat kita sendiri ? Mungkin kalau kekawan perempuan tu kalau diucap sesama mereka rasa dah biasa la kot. Macam mana pulak kalau kalau kita yang lelaki nie ucapkan lafaz macam kat atas kat kawan kita ? Takde la cakap saya sayang awak ...mestilah cakap mungkin macam nie lah kau tau tak yang aku sayang kat kau ....Agaknya apa reaksi sahabat kita. Buang tabiat kot mamat nie ...mungkin macam tulah difikiran sahabat kita. Pesan Nabi  Apabila se...

Kawan Tunjuk Bakat

Imej
Minggu lepas kami semua kawan-kawan pegi berkelah di pantai Kandis kat Bachok. Lame dah plan tapi sebab semua busy dengan kerjaya, asyik tangguh dan tangguh. Kebetulan semua free weekend lepas, kami ape lagi berpakat mandi manda di pantai Kandis. Kawan saya sorang nie suka buat aksi macam-macam. Yang nie antara photo yang sempat saya ambik ketika dia tengah berpusing masuk dalam air. Bukan main happy lagi diorang. Melompat-lompat..kalah budak-budak. Aku langgar kau, kau langgar aku. Lepas tu dua-dua sakit kena rempuh.

Identiti Orang Bercinta

Saling menyayangi. Sentiasa menghulurkan bantuan dan memberi sokongan. Mengingatkan tentang kebenaran dan kesabaran dengan ikhlas. Amar makruf nahi mungkar. Membantu dalam kerja kebenaran. Memaafkan kesilapan. Tidak pernah bercakap buruk mengenai saudara yang mereka cintai. Dipetik dari Solusi isu 56

Kota Bharu Dijadikan Hub Oleh Firefly

Baca suratkhabar hari nie ??  Kalau tak baca memang rugi sebab hari nie saya ada baca dalam New Strait Times yang Firefly akan menjadikan Kota Bharu sebagai hubnya bagi penerbangan ke negara-negara seperti Thailand, Kemboja dan lain-lain. Petikan yang saya ambik dari NST hari ini... It is set to make Kota Baru and Johor Baru as its hubs and expand its network to Indochina, such as Vietnam and Cambodia, as early as next year following the introduction of the ATR72-600 turboprop aircraft into its fleet.Kota Baru will serve points in southern Thailand while Johor Baru will service Sumatra. Firefly will commence the Johor Baru-Pekan Baru service in August.

Cantiknya Awan

Imej
Waktu tu petang. Hujan mungkin akan turun bila-bila masa dengan keadaan awan yang cukup tebal dan gelap. Tapi satu ketika, saya gumpalan awan di langit cukup cantik. Warnanya kebiruan nak keunguan. Apa lagi saya terus bergegas masuk ke dalam rumah untuk mengambil kamera. Saya dongakkan kamera ke langit dan inilah hasilnya  Ape pandangan korang semua ? Cantik tak ?

Erti Tawakal

Imej
Semalam, lepas satu hari busy di waktu siang, saya ambik kesempatan untuk belek-belek majalah Solusi yang baru beli minggu lepas. Dah lama beli tapi tak sempat lagi nak baca, sibuk mengejar dunia. Belek punya belek, saya tertarik pada satu artikel nie membincangkan pasal Tawakal. Tajuk yang digunakan juga menarik ; Tawakal : Malulah Kepada Burung. Kenapa hendak dimalukan kepada burung ? Cuba baca hadith nie : Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung keluar dari sarang dalam keadaan lapar namun pada petangnya pulang dalam kekenyangan. ( Riwayat Al Tarmizi ) Cuba kita tengok burung takpun binatang-binatang lain macam kucing, ayam, harimau, itik dan banyak lagi spesies lain. Setiap hari mereka bangun dari tidur keluar cari makanan dengan serah diri kepada Allah. Selepas seharian, mereka akan pulang ke sarang dengan rezeki yang diraih. Rezeki ya...

Kota Bharu Skycrapers : Pencakar Langit Kota Bharu

Imej
Waktu tu petang. Awan tebal saya nampak menghala ke Kota Bharu, menandakan hujan lebat akan turun bila-bila masa.  Masa tu cantik sangat dengan terik matahari yang glowing yang dah mula sedikit demi sedikit terlindung dek awan tebal. Saya cepat-cepat snapped photo. Ini adalah gambar terbaik yang boleh diambil menggunakan telefon Nokia. Kelihatan bangunan-bangunan di bandar Kota Bharu tersusun selari dengan Hotel Perdana dan KTC mendominasi ruang angkasa Kota Bharu.

Like FB Maafsebut