Kota Bharu Ku Kotor
Sekali tengok sedih. 2 kali tengok naik sakit hati. Ape lah nak jadi dengan Kota Bharu nih. Nama jea bandaraya islam tapi kotor. Bukankah kebersihan tu salah satu dalam agama islam ?? Cuba kita perhati, kiri kanan depan dan belakang, mesti ada sampah. Tong sampah memang ada tapi tak tahu lah sikap orang kita nih, selfish, semua nak mudah, buang macam tu jea. Kalau kat pantai, sungai, tali air, dalam longkang, hmm...takyah cakap lah, penuh sampah. Lepas tu pulak kalau kat pasar malam takpun ada event apa-apa ke, cuba try tunduk ke bawah, memang takleh lari dengan kehadiran plastik, bungkusan, bekas minuman dan pelbagai jenis sampah lagi. Pernah pegi berkelah kat pantai ? Ni aku nak share sikit. Kenal tak pantai Kandis ? Kalau tak kenal tak apa lah. Dulu-dulu, pantai kandis ni jarang orang tahu, so memang seronok lah berkelas kat sini. Tapi lama-lama orang tahu jugak kan. So kalau belah petang hujung minggu, sini memang ramai orang datang berkelah. Nak berkelah tu tak salah...