Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Kelantan tanggung GST dikenakan PBT

Berita baik untuk oghe kelantan. Kerajaan Kelantan akan menanggung GST yang dikenakan oleh PBT. Keratan dari Sinar Harian KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Kerajaan Kelantan menanggung kos Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya ditanggung oleh pengguna ketika mendapatkan perkhidmatan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.   Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, berikutan itu, kira-kira RM2.4 juta ditanggung kerajaan negeri dalam tempoh setahun dan kemungkinan ia akan bertambah, bergantung kepada peningkatan kos perkhidmatan.   Menurutnya, tanggungan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia bermakna kerajaan tidak mengenakan cas GST terhadap beberapa perkara yang dikaitkan dengan perkhidmatan disediakan PBT.   “Cas GST yang dikenakan PBT menjadi isu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, dengan mengambil kira semua perkara dan bagi meringankan bebanan kepada orang ramai, kerajaan bersetuju menyer...

Selfie Kelantan

Imej
Gambar ini saya snap time kat kedai gambar. Saya sangat tertarik kerana ianya secara tidak lansung menceritakan kehidupan seharian warga Kelantan.

Hari-Hari Tipikal Di Kelantan

Imej
Jom saya nak share sikit pasal ape yang tipikal di Kelantan. Ini Kak Pah. Kak Pah nih menjual char kuew dan roti goreng kat Berek 12. Saya selalu singgah beli kat gerai Kak Pah sebab roti goreng dia rangup dan sedap.   Kenal tak apa ni ? Ni bukan etak tapi dikenali sebagai lokey. Shape nampak sama macam etak tapi size dia lagi besar dan sudah tentu isinya lagi banyak. Saya sendiri tak tahu kalau orang lain masak macam mana tapi bagi saya sendiri saya prefer just bakar macam tu jea tanpa menambah perasa. Lepas tu cicah dengan air lada. Yummmm Dalam banyak buah, buah apa bijinya di luar ? Saya dah anda semua mesti dah tahu jawapannya kan ? Sudah tentu ianya ketereh. Daun dan buahnya sedap dimakan sebagai ulam. Bijinya pulak dibakar dibuat snek.    Buah tanjung, tahi itik dan jala mas. Bulan puasa mesti kena ada kuih nih.    Buah keredas. Bau dia lagi busuk dari jering dan petai. Kalau masuk toilet alamatnya taruklah 1 botol penc...

Adakah Ini Apartment Kowamas Di Panji

Imej
Gambar atas saya ambik time keluar dari pintu pagar airport pagi tadi.Kan Kowamas ada nak buat apartment kat Panji, kat belakang rumah kedai yang dibuat Kowamas sebelum nih. Mungkin apartment tu lebih kurang macam dalam gambar seperti kat atas tu kot.

Rancangan Malaysia Ke 11 Apa Yang Kelantan Dapat

Imej
Saya sendiri sebenarnya tak berkesempatan untuk mengikuti perbentangan RMK 11 oleh PM kita last week sebab busy sungguh. Dek kerana itu saya cuba usha kat mr google kot2 adalah isi kandungan RMK 11 yang boleh saya baca. Hampa betul, takde lansung. Yang ada pun ringkasan. Tak syoklah nak baca ringkasan sebab terlalu ringkas. Kalau dapat full text kan best. Bukan apa pun, saje jea nak tengok apa yang Kelantan dapat dalam RMK 11 nih.  Yang saya tau, Kelantan dapat highway, rancangan tembatan banjir dan jugak pembesaran lapangan terbang sultan ismail petra. Tu pun sebab baca suratkhabar semalam. Yang saya tertanya2 kenapa tak ade mention pun pasal projek hospital bachok ? Sebab kan tapak untuk hospital bachok dah lama ada. Penting kot untuk penduduk bachok ada hospital. Nak selalu datang KB untuk mendapatkan rawatan bukannya senang. Tambahan pulak hospital utama kat KB iaitu HRPZ2 dan HUSM selalu sesak dengan pesakit.  Nextnya pasal jaringan keretapi untuk pan...

Airport Sultan Ismail Petra Akan Dinaiktaraf : Bila Nak Start Bina

Imej
Sebelum nih dalam post yang lepas saya ada share yang MAHB akan naiktaraf airport kat Kota Bharu yang dah exceeding capacity kepada airport yang mampu menampung kapasiti sehingga 4 juta penumpang per annum. Maklumat ini didapati melalui MAHB Annual Report 2014.  Malaysia Airports is also planning for the expansion of other local airports such as the Sultan Ismail Petra Airport in Kelantan, which has already exceeded its 1.5 million capacity. The building will be expanded to cater to four million passengers with a new multi-storey car park and additional aircraft stands to cope with the expected increase in traffic in the coming decade.   Pada pandangan saya kat mana tambahan akan dibina Yang menjadi persoalan, bila agaknya kerja2 pembinaan kat airport tu akan bermula ?? Yang tu lah saya excited nak kongsi nih. Apa yang yang saya dengarlah tapi perlu ingat, apa yang saya dengar nih tak CONFIRM betul atau tidak, ianya mungkin sekadar khabar angin....

SPNB Bina Apartment Di Tunjong

Imej
Sape pernah berkunjung ke KB Mall ketika MAPEX pasti tertarik dengan tawaran oleh pihak pemaju time tu kan. Kenal SPNB ? Iaitu syarikat milikan kerajaan atas tujuan membina kediaman pada harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Time pameran hari tu apa yang menarik perhatian saya adalah projek apartment di Tunjong sana. Menggunakan brand Aspirasi, apartment ini akan dibina berdekatan RTC, klinik, masjid dan bank diatas pegangan pajakan selama 99 tahun. Kalau dilihat pada website SPNB, harga unit bermula pada rm 170000.00 dan pada hemat saya sudah dikira berpatutan. Yang masih saya tak tahu luas sebenar unit tersebut dan jugak jumlah bilik yang ada pada unit tersebut. Inshaallah minggu depan saya akan ke SPNB cawangan kelantan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dan sudah tentu nanti akan saya kongsikan bersama anda semua. Owh yaa !! Lupa pulak saya. Sesiapa yang berminat bolehlah ke website SPNB untuk register yea.

Kedai Nasi Ayam Kak Ta Pasir Puteh

Imej
Kalau sebut pasal nasik ayam nih, memang mudah nak dapat. Kalau kat Kota Bharu saja berlambak kedai nasik ayam. Kat medan usahawan yang kat stadium tu pun dah ada berapa kedai yang menjual nasik ayam. Tapi satu saja yang lack, mencari kedai yang menjual nasik ayam yang kena dengan selera ambo payah sekali. Selalunya mesti ambo rasa tak kena dengan rasa ayam takpun nasik yang terlalu lembik atau rasa yang hambar sepertinya kekurangan sesuatu yang ambo pun tak tahu. Nak dijadikan cerita dan memang pun tuhan dah tetapkan rezeki ambo, last 2 days ambo follow kawan ambo pergi ke Pasir Puteh. Sebab time pegi tu pun dah nak masuk lunch, kawan ambo suggest untuk berhenti makan lunch dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Pasir Puteh.  Kedai makan yang kami singgah adalah Kedai Nasik Ayam Kak Ta. Selain nasik ayam, kat sini jugak ada jual asam laksa. Kawan ambo bagitau dia selalu singgah makan kat sini sebab nasik ayam yang dijual memang sedap. Ambo duk pikir sedap setaro mana s...

Musang Kah Ini

Imej
Time ambo kecik dulu, kalau ada bunyi bising atas siling rumah, mak selalu cakap tulah musang. Binatang tu suka main kejar-kejar bila malam menjelang sebab musang tu spesies tido siang berjaga malam.  Tapi... Ambo tak pernah tengok musang tu bentuk dia macam mana. Bujur ke melintang ke ataupun macam kucing. Teringin nak kenal tapi tak tahu nak pegi cari kat mana.  Nasib ambo baik... Last week, cousin ambo yang menetap di KL balik bercuti. Dia pernah bagitau yang dia bela anak musang yang dijumpai kat Gerik time memandu balik ke Kelantan. Kali ni dia balik, dia bawak bersama musang belaan dia. Ambo yang tak pernah tengok musang tu lagumano mugo rasa amat teruja nak kelih.  So... Abe adik kakak pakcik makcik yang tak pernah tengok musang, nilah rupa binatang tu... Comel tak....?

Myvi Ke Sape Yang Salah

Malang tak berbau. 3 sekeluarga maut dalam satu kemalangan ngeri di DUKE melibatkan kereta Pajero dan Myvi yang dikatakan berlumba time tu. Manakala 2 anak mereka iaitu yang menaiki pajero sepatut ambil dikampung pulak menjadi yatim piatu. Rata-rata apa yang ambo perhatikan di facebook terutamanya mengecam dan geram keatas geng Myvi yang berlumba pada masa itu yang mengakibatkan kematian pada pihak lain. Kesemuanya mahu yang bersalah pada malam itu dibawa kemuka pengadilan untuk mendapat hukuman yang sewajarnya. Ada jugak yang mungkin terlalu marah dan emotional kalau boleh mahu menghukum dengan tangan sendiri.    Kalau marah kalau geram yang tu ambo paham. Tapi yang ambo tak paham kenapa semua pemilik Myvi menjadi mangsa ? Kenapa kereta Myvi yang disalahkan ? Nak lepas geram pun tak wajar menggelar pemilik Myvi sebagai babi dan memanggil kereta Myvi sebagai kereta murahan untuk yang tak berduit. Tak baik lah macam tu. Takkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. ...

Tijani Raja Dewa : Satu Kunjungan Rasmi

Imej
Tijani Raja Dewa : Satu Kunjungan Rasmi Ambo takde rezeki nak pegi ke majlis perasmian Tijani Raja Dewa last month dek kerana urusan kerja di luar negara(luar kelantan jea. Saja nak buat gempak.haha). So bila minggu lepas cuti panjang sikit sempena labour day dan cuti wesak, ambo ambil peluang untuk pegi kelih dengan mata sendiri luxury tahap mana projek nih seperti yang didakwa dalam iklan. Bila masuk dalam showroom dia tu nampak macam biasa jea, feel sama kalau pegi ke showroom lain. Nak tahu luxury ke tak kenalah intai show unit dia.  Apa yang ambo dipahamkan oleh sales executive kat sini, show unit yang ada adalah dari type C iaitu unit paling besar bagi apartment. Show unit bagi villa tak ditunjukkan. Bila pintu show unit tu dibukak, WOWW memang lawa. Cantik sangat Pandangan ruang tamu yang luas dan retro Ambo minat dengan kerusi kat ruang tamu nih. Lawa sangat tapi simple but yet still elegant Master bedroom. Teng...

Like FB Maafsebut