Bajet Kelantan 2019 Ambil Kira Royalti Minyak
Belanjawan Kelantan 2019 akan ditambah sekiranya kerajaan pusat menunaikan janji untuk membayar royalti minyak dan gas kepada negeri tersebut. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri menaruh keyakinan tinggi agar komitmen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed itu direalisasikan. Menurut beliau, bayaran hasil royalti Kelantan yang dimasukkan dalam Belanjawan Kelantan 2019 itu akan dibuat dalam bentuk token terlebih dahulu. “Apabila masuk wang royalti minyak itu, kita akan masuk dalam bajet negeri semula, itu bergantung kepada banyak mana yang dapat diberikan kepada kita. “Kita masukkan dalam bentuk token royalti tetapi tidak angka sebanyak yang sepatutnya supaya ada bekas untuk kita letak, kalau tiada token tiada bekas,” katanya selepas membentangkan Belanjawan Kelantan 2019 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kota Darulnaim di sini pagi tadi. Belanjawan 2019 Kelantan yang bertema Kemakmuran Negeri Kesejahteraan Rakyat...