Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Tabung Haji Mendakwa Lebih RM22 Juta Dikeluarkan Untuk Tujuan Politik

Imej
Dua laporan polis dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) melibatkan bekas Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta beberapa pengurusan kanan lain berikutan penyelewengan dana milik TH. Turut sama terlibat adalah Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, TH berkata laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti politik. Yayasan Tabung Haji yang ditubuhkan pada 2016 menerima sumbangan sebanyak RM7 juta daripada TH di mana yayasan ini diberi tanggungjawab untuk memberi bantuan serta sumbangan kemanusiaan kepada golongan kurang berkemampuan. “Perkara ini bertentangan dengan Me...

Kelantan Mundur ? Ade Aku Kisah

Imej
Kalau diperkatakan tentang Kelantan, mesti akan dikaitkan dengan kemiskinan & kemunduran. Benarkah begitu ? Saya tak tahu kerana saya bukan orangnya untuk membincangkan miskin kaya maju mundur ini. Bagi saya ianya terlalu subjektif. Tak percaya ? Try tanya orang kelantan sudah semestinya anda akan mendapat jawapan yang pelbagai ragam. Saya tak kisah pun kalau ade pihak yang memanggil kelantan sebagai sebuah negeri miskin atau mundur. Saya suka menetap di kelantan bukan sebab maju ke apa. Saya suka menetap di kelantan kerana ini adalah tanah air saya. Disinilah saya dilahirkan dan dibesarkan. Disinilah saya mula mengenal dunia. Saya dulu pernah jugak mencuba seperti mana rakan-rakan seperjuangan yang lain berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang baru. Tak dapat dinafikan kalau kat KL macam-macam peluang yang boleh didapati. Berbeza sekali suasananya dengan Kelantan yang serba kurang itu ini. Kalau saya nak mengejar duit banyak, yea memang saya sudah dapat itu di KL...

Menyedihkan !! Ramai Rakyat Malaysia Yang Berpendapatan RM2000 Tidak Mampu menabung RM1,000 Untuk Kecemasan.

Imej
Tidak dapat dinafikan rata-rata rakyat Malaysia kini sedang bergelut untuk terus hidup dek kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bukan mudah untuk hidup di zaman kos sara hidup yang semakin meningkat dan harga barang yang melambung naik. Baru-baru ini, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan, dua daripada 10 dewasa bekerja di Malaysia tidak mampu untuk menyimpan walaupun satu sen sejak enam bulan lalu. Laporan itu juga turut memberitahu 20 peratus lagi pekerja di negara ini hanya mampu menabung kurang 5 peratus daripada pendapatan mereka. Lebih mengejutkan, haampir tiga daripada 10 orang, atau 28 peratus daripada 3,540 responden dalam tinjauan agensi tersebut, terpaksa berhutang untuk membeli keperluan asas. Kajian tersebut Financial Behaviour and State of Financial Wellbeing of Malaysian Working Adults yang dilakukan pada Mei hingga Ogos 2018 itu melibatkan mereka yang berusia 20 hingga 60 tahun. Menurut laporan lagi, lebih separuh daripada mereka,...

Ke Mana Dan Bagaimana Masa Depan Kelantan

Imej
NEGERI KELANTAN negeri yang agak unik. Mempunyai mistik dan auranya yang tersendiri. Berbangga dengan jolokan dan gelaran sebagai Serambi Makkah. Mungkin kerana orang Kelantan alim dan kuat dengan agama mereka!  Sama ada ini betul atau tidak wallah hu'aklam. Yang pastinya orang Kelantan terkenal sebagai masyarakat yang suka berpuak dan amat berbangga dengan asal-usul mereka. Pantang dicabar pantang diselar. Terus melenting sedia berperang. Dikatakan rakyat Kelantan apabila mereka menyanyangi seseorang, mereka sanggup menyembelih ayam yang bertelur dalam reban untuk dihidang sebagai lauk kepada orang yang mereka sayangi. Tetapi jika mereka mula membenci, bila diminta hampas budu yang mereka hendak buang sekalipun tak diberi mereka. Teringat semasa PRU 1990 semasa Pas bergabung dengan Semangat 46 di bawah gagasan APU melawan Umno dan BN. Medan politik dijadikan sebagai satu pertarungan di antara orang Kelantan melawan orang luar.Keputusannya APU menyapu bersih 13-0 kerusi P...

Kalau Boleh Bayar Kereta, Sepatutnya Boleh Bayar PTPTN

Imej
Dalam pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat lalu, kerajaan memperkenalkan kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji berjadual dengan ia hanya diguna pakai untuk peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan. Dalam pada itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mendedahkan, ramai yang memohon rayuan pengangguhan bayaran balik pinjaman dengan alasan mereka membeli kereta baharu. Ujarnya, alasan itu tidak munasabah kerana jika peminjam mampu membayar ansuran bulanan kereta, maka mereka juga mampu bayar untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN, dimana ada diantara mereka hanya perlu membayar serendah RM90 sebulan. Wan Saiful berkata lagi, melihat pada situasi tersebut ia menunjukkan satu budaya masyarakat yang mementingkan diri sendiri apabila mereka lebih mengutamakan kereta baharu daripada hutang PTPTN yang digunakan oleh mereka. “Rayuan ini banyak tapi kadang-kadang saya tengok, yerlah kalau rayuan itu (seperti) tak mampu bayar lagi sebab tak kerja, i...

Good News !! Bank Negara Memperkenalkan Dana RM2 Billion Untuk Membantu Rakyat Membeli Rumah Mampu Milik

Imej
Bermula 2 Januari 2019, anda boleh memohon Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) yang ditubuhkan khas bagi membiayai pembelian rumah pertama anda. Dana sebanyak RM1 bilion ini diumumkan selepas pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini. Di bawah Dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian. Dana ini valid selama 2 tahun bermula 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan. Berikut adalah ciri-ciri Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia: Layak dipohon oleh warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300 Harga harta tanah adalah sehingga RM150,000 Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank. Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai ja...

Like FB Maafsebut