Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Viral Kat Indonesia Pakej Jual Kereta Bersama Dengan Pemilik

Imej
Seorang gadis di Indonesia mula dapat perhatian di Indonesia itu apabila mengiklankan menjual kereta dan juga tuannya sekali melalui Facebook miliknya. Gadis yang dikenali sebagai Chaecha membuat iklan pada 26 Mei lalu untuk menjual kereta miliknya dengan satu tawaran luar biasa. Menerusi entri Facebook gadis cantik berusia 25 tahun itu, dia menawarkan kepada sesiapa yang membeli kereta itu dengan dirinya sekali. “Jualan kereta bersama pemiliknya. Minat boleh 'inbox' 0821.1452.4443,” katanya dalam iklan berkenaan. Namun iklan itu pula tidak pula meletakkan sebarang harga. Chaecha turut meletakkan syarat pembeli tidak boleh memilih dan perlu membeli kereta serta dirinya. Pembeli juga perlulah lelaki bujang berusia 30 hingga 35 tahun dan sedang mencari teman hidup. Iklan berkenaan menjadi tular di media sosial di Indonesia dan turut mendapat liputan meluas media negara itu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Chaecha sudah men...

Perantau Kelantan Balik Kampung Dengan Helikopter Untuk Elak Jem

Imej
Hari ini viral dikalangan warga Kelantan bila keluar berita warga perantau Kelantan pulang ke kampung dengan helikopter oleh Sinar Harian dan Astro Berita. Rata-rata warga Kelantan melahirkan rasa bangga dengan kekayaan warga perantau Kelantan sehingga mampu menyewa helikopter dengan caj RM30000 untuk pulang ke kampung. Yang kaya tu warga kelantan dirantauan. Kekayaan mereka banyak menyumbang kepada negeri dimana mereka merantau. Bagi saya itulah satu kerugian. Negeri Kelantan melahirkan ramai golongan cerdik pandai tapi malangnya kat negeri sendiri takde menyediakan peluang untuk mereka ini. Kerana itu mereka terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari peluang. Bila mereka berjaya ditempat orang, maka hasil kejayaan mereka itu turut dirasai ditempat mereka merantau. Kelantan pulak dapat apa ? Sekadar dapat berbangga mereka yang berjaya itu pulang dengan helikopter dari rantauan.

Gi Taste Mee Celup Atas Pasar Siti Khadijah Lah Pulok

Imej
Hari tu teringin nak makan mi celup. Kebetulan hari tu shopping nak kahwin kat atas Pasar Siti Khadijah, so aku dan yang followed aku naik ke tingkat satu. Ramai kenalan kata mi celup kat sini sedap. Sedap betul ke ?? Kalau nak tahu kena try dulu baru boleh bagi comment.   Central Pasar Siti Khadijah. Paling banyak keluar as photo dalam magazine dan etc Meriah sungguh. Beli kuih nak buat bekal balik KL kot Kat tempat makan pun ramai orang. Makanan Kelantan kan famous  Tak menang tangan tokey gerai Kebetulan minggu nie adalah school holiday, memang ramai takleh blah orang luar bercuti kat Kelantan. Dekat dalam Pasar Siti Khadijah pun turut sesak dengan orang ramai. Penat jugak orang ramai nie. Naik kat tingkat satu, aku terus ke gerai sebelah kiri seperti diberitahu oleh orang yang suggest suruh makan kat sini. Sedap kot sebab lama jugak kami tercegat kena tunggu turn. Dapat tempat duduk pun kena berhimpit. Takpe berhimpit kalau mi celup se...

Muka Bertukar Kacak Selepas Berhenti Merokok

Imej
Photo Goodtimes Pastinya umum sudah tahu tentang kesan negatif rokok kepada kesihatan. Namun, masih ramai lagi yang tetap menghisapnya meskipun ia merupakan punca penyakit seperti strok, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser paru-paru. Menurut statistik terbaru ynag dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 10,000 rakyat di negara ini meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok. Tetapi walaupun dalam kealpaan, ramai juga yang tersedar tentang hakikat buruk tabiat ini dan nekad untuk berhenti. Salah seorang daripadanya adalah lelaki yang berasal dari Taiwan ini. Sebelum ini beliau pernah memuat naik gambar transformasi wajahnya ketika menjadi seorang perokok dan apabila sudah berhenti. Perubahan tersebut kelihatab sungguh ketara kerana sewaktu beliau merokok, wajahnya nampak kusam, berkedut malah lebih kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya. Setelah berhenti merokok, wajahnya terliha...

1 Juta Kenderaan Kat Kelantan Aidifiltri Nanti !!

Imej
Sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun depan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kemasukan kenderaan ke negeri ini berlaku secara berperingkat ekoran musim cuti sekolah sudah bermula. "Jadi kita jangkakan akan berlaku pertambahan namun ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan tidak sekali gus seperti sebelum ini. "Apa pun kita harap pemandu supaya berhati-hati ketika memandu dan tidak berlumba di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Ops Selamat peringkat negeri Kelantan di perkarangan bandar Taman Kota Harmoni di sini, hari ini. Hasanuddin berkata, sehubungan itu mereka yang pulang beraya nanti diingatkan tidak mengambil sikap terlalu teruja untuk pulang ke kampung  sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika di jalan raya. "Ramai di antara pemandu kebanyakannya tidak cu...

450 Ribu Kenderaan Dijangka Membanjiri Jalan Terengganu Aidilfitri Ini !!

Imej
Dijangka 450,000 kenderaan berada di atas jalan raya di negeri ini setiap hari sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini. Sehubungan itu polis negeri akan meningkatkan pemantauan dan rondaan secara berkala bagi memastikan aliran trafik sepanjang lancar. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, bagi melancarkan operasi lalu lintas, seramai 800 anggota dan pegawai akan bekerja sepanjang musim perayaan ini. “Hanya 10 peratus daripada pegawai dan anggota polis kontinjen Terengganu bercuti pada hari raya tahun ini,” katanya selepas Program Singgah Sahur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini. Program bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allaudeen Abd Majid; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos; Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abd Rahim Md Din dan Ketua Polis Marang, Deputi Superiintendan Mohd Suhaimi Ali. Lebih 200 pek...

Cucu lelaki Lee Kuan Yew Melansungkan Perkahwinan Sejenis Di Afrika Selatan

Imej
Cucu mendiang Lee Kuan Yew, Li Huanwu melangsungkan perkahwinan dengan pasangan sejenis di Afrika Selatan, menurut pasangannya, Heng Yirui yang mengumumkannya Instagram, semalam. “Hari ini saya berkahwin dengan teman hidup. Saya teruja untuk saat-saat indah sebegini dengan Huanwu,” kata Heng. Pasangan itu turut menghantar gambar majlis perkahwinan mereka kepada pergerakan anti diskriminasi lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT), Pink Dot Singapore. Li adalah anak lelaki kedua Lee Hsein Yang iaitu adik kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Afrika Selatan adalah salah satu negara yang membenarkan perkahwinan sejenis. Sumber Berita Harian

Polis Tahan Lelaki Serang Dua Wanita Di Kota Bharu

Imej
Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam serangan ke atas dua wanita yang berada dalam sebuah kereta di Pasar Malam Parit Dalam di sini sehingga menyebabkan video kejadian itu tular dalam laman sosial hari ini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya juga sedang mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan merusuh; Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat untuk merosakan harta benda dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana ugutan jenayah. “Hasil siasatan mendapati semasa kejadian berlaku di jalan hadapan Bazar Buluh Kubu. Pengadu yang merupakan seorang wanita berusia 40 tahun mengesyaki orang ramai marah kerana melalui jalan yang sempit dan pengadu tidak sedar kemungkinan telah tergesel dengan orang atau gerai jualan di kawasan itu. “Semasa kejadian ...

Lelaki Tak Suka Kekasih Dah Kurus, Lagi Suka Waktu Dia ‘Comel’

Imej
Pasti ramai di antara anda berazam untuk kurus sehingga bermacam-macam cara dah cuba tetapi tiada yang berhasil. Tidak kurang juga ada yang sanggup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan berat badan idaman. Baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki mengenai transformasi berat badan teman wanita wanitanya menjadi perhatian ramai. Menurut Hariz Haiyyan, dia mengenali Nik Siti Nur Hidayah empat tahun lalu. Teman wanitanya itu baru sahaja memulakan proses diet sejak sembilan bulan lalu. Hariz memberitahu dia tidak pernah meminta teman wanitanya itu menurunkan berat badan dan lebih sukakan teman wanitanya yang dahulu. Bagaimapaun, dia tetap menyokong teman wanitanya itu untuk mencapai impiannya yang mahukan tubuh badan yang sihat dan cantik. “Dia ada cakap nak sihat dan cantik. Kalau ikutkan saya tak bagi dia diet. Kalau dia kurus confirm lawa. “Saya lebih suka dia macam dulu. Kalau macam dulu selamanya pun tak apa. Sekarang saya suruh...

Sedekah Makanan Untuk Berbuka Tapi Alih2 Membazir Jah

Imej
Bulan Ramadan sememangnya dinanti oleh semua umat Islam. Pada bulan inilah segala amalan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda. Antara amalan paling mudah dilakukan di bulan puasa ini adalah dengan bersedekah. Memberi makanan kepada jiran pun di anggap bersedekah. Seperti yang anda tahu setiap kali bukan Ramadan, ramai yang akan memberi makanan berbuka puasa kepada golongan gelandangan di kawasan ibu kota. Tindakan itu sememanngya perkara yang baik, namun timbul isu pembaziran apabila makanan yang diberikan terlalu banyak sehingga bersepah di kaki lima jalan. Perkara itu mendapat perhatian seorang aktivis sosial, Syed Azmi yang mengkritik perbuatan segelintir sukarelawan yang terlalu pemurah sehingga mengundang kepada lambakan lebihan makanan. Sementara itu, Pengerusi Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL), Ezzwandi Ngadi berkata, isu pembaziran lambakan makanan daripada sukarelawan ini bukanlah perkara baharu dan semakin para...

Abang Bangla Mengamuk Nak Bakar Stesen Minyak Di Chukai

Imej
Pengguna di sebuah stesen minyak di bandar ini gempar apabila seorang warga Bangladesh yang dipercayai mabuk bertindak cuba membakar stesen minyak pada malam Rabu. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, warga asing yang berusia lingkungan 30-an itu dikatakan berang selepas ditegur oleh orang ramai kerana hendak menyalakan sebatang rokok di stesen minyak berkenaan. Suspek kemudiannya bertindak menghayunkan pam minyak tersebut kepada orang ramai yang cuba untuk menangkapnya. Beberapa pengguna yang berada di lokasi kemudiannya bertindak melarikan diri selepas suspek mengeluarkan pemetik api dan mengugut untuk membakar stesen minyak itu. Bagaimanapun warga asing itu berjaya diberkas orang ramai selepas hampir setengah jam mengamuk. Suspek kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah kemaman untuk tindakan lanjut.

Juadah Wajib Cuba Time Bulan Ramadan Di Kelantan !!

Imej
Time bulan ramadan ginih sudah menjadi kemestian untuk membeli pelbagai jenis kueh & juadah yang tiada pada bulan-bulan lain. 1. Kerabu Sare Photo hmetro Kerabu sare nih adalah rumpai laut yang dikeringkan. Ianya dicampur dengan sambal tumis nasik kerabu sebelum boleh dimakan sesedap rasa dengan nasik panas-panas. 2. Asam Gumpal Photo cariinfonet Asam gumpal nih memang payah nak cari kalau bulan biasa especially kalau yang ada inti kacang. Sedap nih sebab kueh nih antara kueh berkuah. 3. Ketupat Sotong Photo rileklah.com Bagi orang belah luar, sotong yang dimasak manis adalah pelik. Ketupat sotong ini amatlah popular time bulan ramadan. 4. Ayam Percik Kuah Putih Photo Rasa Kalau ayam percik yang kuah merah tu ramai orang jual tapi yang kuah kaler putih nih jarang sangat orang jual. Bagi saya ayam percik kuah putih atau lebih dikenali sebagai ayam percik kampung lebih sedap dan berlemak. 5. Akok Akok nih adalah hidangan w...

Jambatan Angkat Terengganu Akan Dibuka 2 Jun Ini !!

Imej
Photo fb maafsebut Baru-baru ini tular di media sosial orang ramai berbuka puasa berlatarbelakangkan Jambatan angkat di Terengganu. Memang cantik mercu baru Terengganu itu, terasa seperti di luar negara. Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus itu akan dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun hingga 17 Jun ini sebagai percubaan kepada prestasi sistem operasinya. Selepas itu, jambatan angkat pertama di Asia Tenggara itu akan ditutup semula bagi melihat dan menambah baik kelancaran operasinya dan dijangka dibuka sepenuhnya pada akhir Jun. Difahamkan, jambatan itu sudah siap 99 peratus dan satu peratus itu adalah kerja-kerja finishing seperti pemasangan papan tanda jalan. Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu merupakan jambatan keempat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berbanding tiga ketika ini iaitu Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati. Jambatan yang mula dibin...

Sahur Di Pantai Batu Burok Popular Di Terengganu

Imej
Photo fb amazing terengganu 'Car Food Sahur' (CFS) di Batu Burok kini  menjadi satu alternatif bagi masyarakat sekitar dan luar Terengganu untuk bersahur secara santai bertemankan deruan ombak pantai dan suasana malam yang lebih tenang. Urusetia CFS, Arif Aril Abdul Razak berkata idea ini bermula daripada mereka yang terlibat dengan komuniti yang kecil melalui Belia Kreatif Terengganu. "Pada awalnya kita cuba mencari idea apabila menjelangnya Ramadan untuk kami cari dan mencuba sesuatu insiatif yang baru. " Jadi kita cuba meniaga dengan melibatkan rakan-rakan didalam komuniti, Alhamdulillah ianya mendapat sambutan pada awal kita bermula pada tahun 2015 dan diteruskan pada tahun seterusnya sehingga kini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Tapak 'Car Food Sahur', di belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pantai Batu Burok baru-baru ini. Photo fb amazing terengganu ...

Hospital Pengajar UniSZA Buka Peluang Pekerjaan Buat Anak Terengganu

Imej
Pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2020 nanti akan membuka peluang pekerjaan buat anak Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, anak tempatan akan diberikan keutamaan untuk mengisi kekosongan apabila kerja-kerja pembinaan hospital setinggi enam tingkat di tapak seluas 12 hektar itu siap. Katanya, para pekerja terutamanya doktor-doktor dan pegawai perubatan akan dinilai berdasarkan kepakaran mereka sebelum ditawarkan untuk berkhidmat di situ. “Mereka (yang akan berkhidmat di hospital) ini akan mengajar pelajar-pelajar daripada pelbagai jurusan, yang memerlukan kepakaran yang tinggi dan pelbagai. “Jadi sekiranya tiada tenaga pakar dari Terengganu, memang kita terpaksa ambil dari luar negeri ataupun negara untuk jaga mutu pendidikan itu, tetapi kita akan beri keutamaan kepada pakar (rakyat) yang berada di Terenggan...

Tak bergaya dan mewah, tetapi petani berstatus Ijazah ini mampu raih pendapatan mencecah RM80,000 semusim

Imej
Segelintir anak muda lepasan universiti kini memilih berbudi pada tanah dengan menggabungkan ilmu yang diperoleh untuk meraih pendapatan lumayan. Meskipun kelihatan tidak bergaya dan mewah, tiada siapa sangka di sebalik wajah kusam dan pakaian lusuh, pendapatan mereka mampu mencecah RM80,000 semusim iaitu antara tujuh hingga lapan bulan. Abdul Rahman Mohd Nor, 30, yang pernah menerima tawaran bekerja di pejabat kerajaan pada penghujung tahun lepas merupakan antara penanam cili besar atau nama saintifiknya Capsicum anuum, yang berjaya. Beliau berkata minat terhadap bidang itu melebihi keinginan bekerja di pejabat berhawa dingin. “Saya tahu apabila menceburi bidang pertanian risikonya amat besar berbanding bekerja di pejabat dengan gaji tetap setiap bulan, namun ia bukan alasan untuk saya mencapai impian bergelar petani moden yang berjaya. “Apabila saya tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya cub...

Huawei Tidak Lagi Boleh Menggunakan Perisian Android Dan Google !!

Imej
Photo Techcrush Sebuah berita yang mengejutkan dalam arena teknologi dan telefon pintar apabila Huawei diumumkan telah disekat daripada menggunakan perisian Android dan Google serta-merta. Difahamkan sekatan yang dikenakan ini berkait dengan perang dagangan diantara Amerika Syarikat dan China dimana Donald Trump selaku presiden Amerika Syarikat telah meletak Huawei sebagai syarikat senarai hitam untuk dagangan untuk negara mereka. Berikutan keputusan yang dibuat, Huawei tidak lagi menerima akses terbaru buat Android dan servis daripada Google. Lebih parah, aplikasi seperti Gmail yang sudah menjadi kewajipan bagi setiap pengguna telefon pintar juga turut disekat. Tidak hanya menyekat perisian Android dan Google, Huawei yang sebelum ini menawarkan pelbagai barangan telekomunikasi serta rangkaian 5G bakal turut dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat. Buat pengguna telefon pintar Huawei, pastinya berita ini merupakan berita sedih buat anda dimana harapan...

Walaupun Terpaksa Mengadap Jem Belas-Belas Jem Tetap Nak Balik Beraya Di Kelantan

Imej
Dekat sahaja kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, maka berbondong-bondonglah sang perantau mahu pulang ke kampung. Tak terlepas jugak bagi warga Kelantan yang bekerja di rantauan. Bagi yang bujang, kemudahan pengangkutan seperti bas ekspress dan kapal terbang menjadi keutamaan. Takpe tiket kapal terbang mahal, janji dapat balik beraya kat Kelantan. Ada jugak yang sanggup meredah ratusan kilometer dengan motor (selalunya kerana diorang malas nak beli tiket sebab tak tahu cuti dapat ke tak, so senang cite balik jea dengan motor). Bagi yang berkeluarga pulak, pulang dengan kereta menjadi pilihan kerana ianya option yang lebih murah berbanding mode transport lain. Imaginelah kalau satu family nak angkut balik dengan kapal terbang. Time musim perayaan nih jangan haraplah tiket murah, mahu riban-riban perlu berhabis. Kerana itu kebanyakan mereka yang berkeluarga lagi prefer pulang ke Kelantan dengan kereta walaupun mengetahui mereka terpaksa merempuh perja...

Like FB Maafsebut