Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Ikan Bekok Tumpat Pikat Selera Pelancong London

Imej
Tarikan Pantai Geting sebagai tapak Pesta Wau Antarabangsa sahaja, rasanya tidak cukup. Mana tidaknya, di kawasan ini juga ada perkampungan nelayan yang menjadikan hasil lautnya punca rezeki mereka. Selain pusat pengeluaran ikan kering, ikan bekok mula meniti di bibir penggemarnya. Bila ditanya apa beza ikan kering dengan ikan bekok, hanya penduduk pesisir pantai dapat membezakannya.Namun sejak ikan bekok mula dikomersialkan oleh penduduk Kampung Pantai Geting, makanan ini iaitu ikan yang direndam air garam dan dijemur mula diterima tekak orang bandar. Dengan suasana Kampung Pantai Geting itu tidak salah kampung ini menerima jolokan kampung ikan bekok kerana di sini satu-satunya tempat pengusahaan ikan bekok secara komersial. Kedai makan Kak Pah jadi tumpuan penggemar ikan bekok Sejak tular setahun lalu, kedai makan Kak Pah Ikan Bekok di Kampung Pantai Geting jadi tumpuan. Aroma ikan bekok yang digoreng panas-panas menusuk hidung sesiapa sahaja sehingga membangkit...

Selalu Dikecam Kat Media Social Menjadikan Saya Seorang Yang Tabah

Imej
Nih saya nak bagitau. Saya setiap hari dikecam,dikutuk dan dicarut kat media social. Itu terjadi adalah kerana saya adalah seorang admin kepada page facebook yang popular di pantai timur. Apa saja saya buat seolah-olah semua tak kena dikalangan netizen yang mengomen kat page Maafsebut. Semua benda hendak dikecam, dikutuk dan ada yang melampau pernah saya hadapi adalah dipanggil murtad. So macam mana saya hadapi semua itu ? Kecewa & sedih Time awal-awal page Maafsebut mulai popular dan makin ramai yang memberi komen, saya rasa kecewa dan sedih apabila ada yang mengecam terutamanya apabila apa yang saya post macam takde mengena lansung dengan apa yang hendak dikecam. Boleh dikatakan time ini, setiap hari saya nak berhenti terus dari dunia social media. Saya merasakan dah malas nak update apa-apa di Page Maafsebut kerana saya rasa seperti tak dihargai. Korang paham-pahamlah sendiri saya tak pernah mencarut tetiba ada yang mencarut kaw-kaw yang ditujukan kepada saya, c...

Syarikat Anak Terengganu Mahu Mengeluarkan Kereta Elektrik

Imej
Gambar sekadar hiasan sahaja Saknih saya baca dalam The Edge Malaysia sebuah syarikat yang berpengkalan di Terengganu dan diterajui oleh anak Terengganu mahu mengeluarkan kereta elektrik secara pengeluaran besar-besaran untuk pasaran Eropah dan China. Menurut apa lagi yang say baca dalam suratkhabar bisnes keluaran mingguan ini, syarikat ini memang dah bersedia kerana dari segi modal sebanyak RM5 billion pun dah ada pihak mahu membiayainya dan syarikat ini sudah pun mempunyai Advanced Modular Platform (AMP) yang boleh digunakan sebagai platform untuk pelbagai design jenis kereta, contohnya untuk SUV hinggalah ke kereta biasa. AMP ini penting untuk mengurangkan kos pembangunan dan manufacturing. Yang menariknya lagi, syarikat yang diterajui oleh anak Terengganu ini telah disenarai pendek oleh kerajaan persekutuan sebagai kereta nasional ketiga. Jika berjaya, mereka bercadang mahu mempamerkan prototype di Geneva International Motor Show yang dijangka bulan March tahun depa...

#KelantanKindness Kini Trending Kat Twitter

Imej
Seorang rakyat Malaysia yang menggunakan nama Ad-Dien telah mencetuskan fenomena #KelantanKindness di twitter sehingga ianya menjadi trending bertujuan untuk menepis dakwaan kononnya semua rakyat Kelantan berperangai tak molek. Beliau telah mengajak pengguna twitter lain berkongsi kebaikan rakyat Kelantan dengan hastag #KelantanKindness. Perkongsian beliau di twitter ini telah mendapat 6690 retweet dan 7353 likes setakat ini. Selalu tengok orang sebarkan kebencian seluruh negeri Kelantan kalau ada kes jenayah or isu viral. Tak baik & tak adil lah pukul rata macam tu. Saya percaya ramai kawan-kawan kelantan yang baik. Reply tweet ni dan kongsikan pengalaman baik mereka #KelantanKindness 🥰💛 — Ad-Dien (@AdDien90) July 22, 2019 Berikut adalah pengalaman non kelantanese sendiri berkawan dengan orang kelantan dan terbukti ramai orang kelantan yang baik Hashtag #KelantanKindness turut mendapat perhatian UNICEF Malaysia yang mengatakan menyebarka...

Kanak-Kanak Perempuan Berusia 6 Tahun Ini meraih RM12 Juta Sebulan Sebagai Youtuber !!

Imej
Laman Youtube merupakan salah satu platform yang diguna pakai untuk menyampaikan pelbagai jenis maklumat dalam bentuk video. Selain platform untuk mendapatkan maklumat, Youtube juga dijadikan medium bagi sesetengah individu untuk mengaut keuntungan malah turut ada yang menjadikannya sebagai kerjaya. Perkara ini berikutan terdapat ramai “Youtuber” yang memperolehi pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan dengan hanya menghasilkan video berkualiti untuk dimuat naik ke dalam laman Youtube. Begitulah yang dinikmati oleh seorang bintang cilik Youtube yang dikenali sebagai Boram apabila pendapatan bulanannya mencecah sehingga jutaan ringgit. Kanak-kanak yang berusia enam tahun ini telah mempunyai 30 juta pengikut bagi dua saluran Youtube miliknya iaitu Boram Tube Vlog dengan 17.5 juta pengikut dan Boram Tube ToyReview dengan 13.6 juta pengikut. Beberapa video yang dimuat naik telah menarik lebih daripada 300 juta penonton. Oleh itu, tidak hairanlah pendapatan ka...

Ujian Besar Allah Buat Kelantan, Ujar MB Kelantan

Imej
“INI cabaran ketika kita memimpin atas nama Islam, tempat (negeri) kuat Islam, maka syaitan pun besar. Kalau negeri yang tidak kuat (Islam) memang tidak dibangkitkan perkara ini,” kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Beliau mengulas mengenai perbuatan remaja perempuan memijak kitab menyerupai al-Quran yang video mengenainya tular di media sosial sejak kelmarin. Ahmad menyifatkan insiden itu sebahagian cabaran dan ujian besar Allah SWT kepada kerajaan Kelantan. Katanya, walaupun itu kes terpencil, ia tidak sepatutnya berlaku di negeri berkenaan dan kerajaan negeri berusaha untuk melahirkan anak muda yang bermaruah dan berakhlak. “Apabila kita berusaha kuat untuk melahirkan orang-orang yang baik dan berakhlak, maka kita berdepan cabaran seperti ini. “Pelbagai program yang dianjurkan menerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk anak muda di negeri ini, tetapi tidak semua orang dapat kita didik dan asuh,” katanya ketika dit...

Kenapa Time Couple Semua Indah Belaka TAPI Bila Dah Kahwin Lain Pulak Ceritanya ??

Imej
Semua manusia telah diciptakan berpasang-pasang supaya dapat hidup dalam suasana kekeluargaan yang sangat indah. Setiap pasangan pastinya akan mengharungi pelbagai ujian dan cabaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesefahaman yang tidak baik. Namun begitu, tahukah anda bahawa kebanyakan pasangan kekasih yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah tanpa masalah dan ujian yang banyak. Tambah lagi, pasangan kekasih tersebut akan menikmati pelbagai keindahan sebagai pasangan kekasih. Perkara ini bertentangan dengan pasangan yang telah berkahwin, di mana pasangan ini sering mengalami masalah sehingga boleh menyebabkan keretakan rumah tangga. Oleh itu, timbul persoalan ramai orang termasuklah seorang pemilik akaun Twitter Iffatsalleh yang melihat pasangan yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah dan sebaliknya bagi pasangan yang telah berkahwin. Kenapa bila kapel, semuanya indah tapi lepas kahwin, semuanya berbeza? Yang belum kahwin atau bakal be...

10 Recommended Perfume Untuk Perempuan Diluar Sana

Imej
Ada sesuatu yang sangat ajaib tentang minyak wangi. Ia adalah gambaran keperibadian anda, tetapi ia tidak hanya berakhir di sana. Baunya cukup powerful dan unforgetable. Ada yang mengatakan ia adalah bentuk memori yang complicated, dan yang tidak dapat dilupakan pada masa itu. Jika anda sedang tercari-cari wangian baru yang sesuai dengan gaya anda dan bertahan lama, senarai 10 minyak wangi terbaik untuk wanita adalah untuk anda. 1. Marc Jacobs Fragrances Daisy Eau So Fresh Salah satu perfume dibawah Jenama Marc Jacobs untuk wanita, Daisy menjadi pilihan ramai wanita bersebab. Baunya segar dan membawa rasa muda kepada diri anda dan akan membuat anda berbau seperti padang rumput di musim luruh penuh mekar. Kalau korang baru memilih perfume untuk pertama kali, Daisy adalah sesuai untuk korang wanita anggun. 2. Chanel Coco Mademoiselle Eau De Parfum Setiap wanita mahukan Chanel didalam hidup mereka. Dan tiada yang lagi bagus dari bauan dari Chane...

Peguam Sultan Kelantan Mengesahkan Rihana Oksana Dicerai Talak Tiga

Imej
Teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab, hari ini. Menerusi kenyataan terkini, peguam Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu. Menurut Tien Hua, firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura itu sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Oksana. "Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002,” katanya, hari ini. Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga. ...

Tak Jadi Bertunang Sebab Si Lelaki Adalah Orang Kelantan

Imej
Apa salahnya jadi orang Kelantan ? Hina sangat ke jadi orang Kelantan ? Kelantan nih bukan dari negara Malaysia ke ? Namun itulah nasib yang menimpa kepada seorang jejaka Kelantan, Muhammad Khairunnaim, dimana pertunangan cancel hanya semata-mata dia seorang anak Kelantan. Kisahnya viral di Twitter kerana dia mahu memberi cincin pertunangan secara percuma kepada bekas kekasihnya itu. Hasratnya untuk bertunang pada Oktober ini selepas hubungan cinta terjalin selama enam tahun terputus di tengah jalan berikutan campur tangan keluarga bekas kekasihnya. Selain didakwa tidak menghormati dirinya dan keluarga terutama ibu bapanya, punca keretakan hubungan mereka juga disebabkan bekas kekasihnya itu tidak sukakan orang Kelantan. Mengakui kecewa hubungan cinta selama enam tahun dibina selama enam tahun berakhir begitu saja, namum dia akur dengan apa yang berlaku. Apa pun diharap Khairunnaim akan bertemu jodoh yang lebih baik di masa akan datang. Kita hanya mampu mera...

Gempar !! Istana Kelantan Murka Penyebaran Pengakuan Palsu Di Instagram Rihana

Imej
Pengumumam terbaru Istana Kelantan agar rakyat tidak mudah mempercayai maklumat daripada media sosial difahamkan merujuk kepada penyebaran pelbagai kisah melibatkan Sultan Muhammad V menerusi Instagram sejak kebelakangan ini. Menurut sumber terdekat dengan Sinar Harian, pihak Istana murka dengan perbuatan seorang individu yang membuka akaun Instagram dengan nama Rihana Petra dan menyebarkan pelbagai dakwaan kisah peribadi sejak Jun lalu. Individu berkenaan turut membuat pengumuman anak yang didakwa dilahirkannya ialah bakal Putera Mahkota Kelantan. Menerusi akaun tersebut, individu berkenaan turut memuat naik pelbagai foto yang turut melibatkan Sultan Muhammad V. Pagi tadi, Istana Kelantan akhirnya memecah kebisuan selama hampir lapan bulan apabila menegaskan tiada sesiapa yang boleh digelar Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman Istana. Kenyataan rasmi itu juga memaklumkan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan manaka...

Heineken Tanpa Alkohol Bukan Untuk Orang Islam

Imej
Umum mengetahui, Syarikat Heineken Malaysia Bhd baru saja memperkenalkan minuman terbaru mereka tanpa alkohol. Difahamkan, minuman malta yang diberi nama Heineken 0.0 itu sejajar dengan trend pengguna yang semakin meningkat dan berminat dengan kesihatan. Terbaru, iklan bir tanpa alkohol, Heineken 0.0 itu mencetuskan kontroversi susulan slogan mereka ‘Now You Can’ (sekarang anda boleh). Bagaimanapun, Heineken Malaysia Berhad dalam kenyataannya menjelaskan, sebelum ini pihaknya sudah memaklumkan dalam sidang media bahawa produk itu tidak halal dan bukan untuk orang Islam. Katanya, produk itu diperkenalkan bagi memberi pilihan kepada pengguna bukan Islam menikmati bir tanpa kesan alkohol. “Produk itu hanya disasarkan kepada pengguna bukan beragama Islam dan berusia 21 tahun ke atas sahaja. “Semua produk itu diletakkan di bahagian tidak halal di pasar raya atau kedai runcit dengan papan tanda jelas memaklumkan ia bukan untuk orang Islam dan hanya dijual kepada mer...

Peniaga Kelantan Lelong Durian Penuh Plastik Hanya RM10

Imej
Sebut saja buah durian, ramai yang gilakan raja buah ini. Rasa buahnya yang lemak manis, tiada siapa boleh tolak keenakan buah durian. Pasti ramai tahu musim durian hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Susulan itu, ramai peniaga menjual durian mereka dengan harga yang murah. Tetapi peniaga di Kelantan ini menjual durian dengan harga yang tak masuk akal. Gerai Kumpulan Pemburu Buah di Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan membuat lelongan buah durian dengan harga RM10 satu beg plastik besar. Pemiliknya, Shahmi Azani Mohd. Tanazi, 26, berkata, bagi mengelakkan orang ramai berebut-rebut, pihaknya membuat jualan sistem kupon dan kuantiti kupon disediakan berdasarkan bekalan buah durian. Menurutnya, satu plastik boleh memuatkan lima hingga lapan biji buah durian dan sangat berbaloi hanya perlu membayar RM10 kerana mempunyai isinya yang baik. Dalam pada itu, Shahmi yang sudah 11 tahun bekerja sebagai penjual durian berkata dia akan mengutamakan golongan warga emas, wanita ...

Rihana Oksana Dicerai Talak Tiga ??

Imej
Terkejut bila saya baca berita di Astro Awani hari ini !! Rihana Oksana telah diceraikan !! Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga. Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura. Sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan penceraian itu sudah mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada Jun 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail. Portal sama juga melaporkan bahawa wanita itu melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Mei 2019. Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan bapa Rihana, Andrey Gorbatenko. Sumber Astro Awani

Remaja Terengganu Ponteng Solat Jumaat Sebab Nak Makan Durian

Imej
Garu kepala saya bila baca berita kat Harian Metro nih. Ada ke patut sebab nak makan durian remaja belia kat Pulau Kekabu, Marang sanggup ponteng solat jumaat. Macamlah solat jumaat tu panjang sangat sampai takleh tunggu sebab nak makan durian. Mereka semua itu telah ditangkap dalam operasi membanteras mereka yang ponteng solat jumaat oleh Jabatan Agama Islam Terengganu. Yang takleh belahnya ada yang sampai sanggup terjun ke dalam air semata-mata mengelak daripada dicekup. Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Marang untuk tindakan lanjut.

Brader Usahawan MARA Kat Machang Ini Mampu Jual Sate RM150K Sebulan !!

Imej
Kalau disebut Kedai Sate Kak Mah 3 kat Machang sape yang tak kenal ? Sate yang menggunakan resepi turun temurun ini cukup glamer di Kelantan. Kalau korang datang sini apabila kedai dibukak pada waktu petang, confirm akan sentiasa ramai sehinggalah kedai ditutup. Apa rahsia orang ramai nih ? Apa sebab Sate Kak Mah 3 nih sedap ? Menurut Yoe iaitu pemuda pemilik kedai sate sohor ini, sate yang dijual disini menjadi tumpuan kerana bahan perapan untuk sate itu adalah resepi dari datok neneknya sendiri. Sebab tu sate dan kuah kacang yang dijual kat kedai Yoe nih lain macam kesedapannya. Boleh ketagih dibuatnya. Kalau dulu datok neneknya hanya jual sate kat gerai kecik, kemudiannya disambung oleh ibu ayah kepada Yoe, dibawah Yoe, Yoe mahukan perbezaan. Yoe memberanikan diri mengambil risiko membuka kedai sate. Dan risiko yang diambil oleh Yoe paid off apabila kedai sate beliau mendapat sambutan. Cita-cita Yoe Yoe ini seorang yang bercita-cita tinggi. Beliau taknak sate...

Firdaus Wong Failkan Saman RM2 Juta Ke Atas Siti Kassim

Imej
Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung, hari ini telah menfailkan saman fitnah sebanyak RM2 juta terhadap peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim. Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook, Firdaus berkata, saman ini difailkan atas nasihat peguam susulan dakwaan kenyataan berbaur fitnah Siti Kassim ke atasnya sebelum ini. ”Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya di Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat & kemudian… ”Ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. InshaAllah ini bukan yang terakhir. Minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman,’‘ katanya. Malah menurut Firdaus, tindakan undang-undang ini harus diambil kerana selama ini beliau sudah berdiam diri walaupun diserang secara bertubi-tubi. Semoga ada kebaika...

Kelantan Mohon Notis Pemberhentian Saman Royalti Minyak Disegerakan

Imej
Kerajaan Negeri berharap Pejabat Peguam Negara dapat menyegerakan pemberian notis pemberhentian agar bayaran royalti minyak yang dituntut sebelum ini dapat dinikmati sebelum akhir tahun ini. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini Mahkamah Tinggi telah memutuskan kes saman antara Kelantan, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Kerajaan Persekutuan telah selesai. Jumaat lepas Mahkamah Tinggi memutuskan pertikaian berhubung isu tuntutan royalti minyak membabitkan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan selesai apabila Kerajaan Negeri menarik balik tuntutan saman yang difailkan sembilan tahun lepas melalui notis pemberhentian. Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache membatalkan saman berkenaan tanpa sebarang perintah berhubung kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula. Sumber Bernama

5 Jenis Kawan Yang Boleh Diajak Travel Bersama !!

Imej
Pergi melancong ke mana-mana bersama member 1 kepala memang best. Tapi ianya jadi tak best kalau member korang tu membawa masalah kepada korang. Yang jenis janji nak gi melancong tapi bila sampai masa tak jadi tu pun kena jauhkan jugak. So untuk memastikan pelancongan korang tu menjadi memori indah bersama, pilihlah kawan yang jenis berikut: Food Hunter : Pasti ada antara rakan korang yang food hunter. Ajaklah mereka kerana perjalanan korang akan menjadi lebih mudah kerana mereka sudah pasti ada beribu list makanan untuk makanan viral dan sedap di setiap lokasi yang korang tuju. Pasta di Jepun? Sushi di Morocco? Nasi lemak di Lake Baikal? You name it, you will get it. Everything just in my pockets *flips shawl* Instagram Photographer : Rakan yang pakar dalam fotografi juga memudahkan korang dan pastinya korang tak perlu memikirkan angle mana yang nampak cantik atau nampak kurus kerana rakan korang boleh menyelesaikan masalah korang dengan skil mereka mengedit gambar. Jad...

Spiderman Jual Burger Di Besut Mampu Dapat RM400 Sehari

Imej
Meskipun perasaan malu pada mulanya menyelubungi seorang remaja, Fakhrul Fahmie Ishak, 18, yang memakai kostum watak komik adiwira ‘Spiderman’ ketika membantu di gerai burger milik abangnya, Ahmad Ridhuan Ishak, 22, namun beliau kini semakin teruja apabila strategi itu berjaya meningkatkan jualan harian mereka. Setiap hari, gerai itu yang diusahakan bersama rakan mereka, Muhammad Syukri Hakim Yacoob, 21, di Kampung Raja di sini tidak putus-putus dikunjungi pelanggan terutama yang menggunakan laluan Kampung Raja-Kuala Besut sejak di dibuka 31 Dis lepas. Menurut anak bongsu dari lapan beradik itu, beliau membantu abangnya berniaga sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengumpul sedikit simpanan untuk menyambung pelajaran pada masa hadapan. “Pada awalnya saya rasa malu memakai kostum Spiderman sebab menjadi tumpuan orang ramai yang lalu-lalang dekat sini, namun perasaan itu bertukar teruja apabila perniagaan yang diusahakan abang saya dan Syukri...

Like FB Maafsebut