Menahan Dalam Berpuasa
Sedar tak sedar rupanya dah 15 hari kita semua berpuasa.Alhamdulilah, setakat ni aku masih mampu untuk tidak meninggalkan walau sehari pun puasa. Tiada apa yang menghalang dari aku meninggalkan puasa dibulan ramadhan ini.Dugaan memang banyak dan yang paling aku tak tahan adalah soal bab makanan. Kalau setakat rokok tu, aku tak hisap rokok sebab rokok tu haram, kalau tak percaya cuba baca fatwa merokok negeri Selangor. Terang-terang fatwa kata rokok tu haram tapi ramai juga buat enteng jea, kalau kita tak sabar nak berbuka dengan makanan, ada juga hamba Allah yang tak sabar nak cucuh api rokok. Siapa yang tak telan air liur bila tengok anak kecil disebelah syok sekali menjilat ais krim.Rasa macam nak tumpang sekaki jea. Tapi kena sabar, ni semua dugaan, apa la sangat dugaan kecil macam tu. Ganjaran pahala puasa lebih besar dari ais krim. Macam tulah aku tenangkan diri aku. Tapi aku juga agak kesal dengan sikap aku sebelum nie yang tamak tak bertempat. Biasalah kalau pergi bazaar ram...