Catatan

Terbaru

Projek ECRL jajaran semula Kota Bharu - Dungun diluluskan

Imej
Kerajaan Persekutuan memberi kelulusan bagi Skim Keretapi untuk Seksyen A projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Langkah itu memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di penjajaran semula sepanjang 210.4 kilometer (km) dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu yang akan bermula tidak lama lagi. Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik projek dan aset ECRL, berkata pihaknya telah menerima surat daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bertarikh 14 Mei, 2020, yang menyatakan cadangan penjajaran semula terhadap Skim Keretapi untuk Seksyen A projek ECRL telah diluluskan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong baru-baru ini. Kelulusan itu termasuklah, antaranya, laluan penjajaran akhir, lokasi stesen penumpang/kargo, dan jumlah lot di bawah pengambilalihan tanah untuk laluan Kota Bharu-Dungun, katanya. Selain itu, jajaran sisihan sepanjang 14.4 km dijangka menghubungkan laluan utama ECRL di Kelantan dengan pelabuhan Tok Bali. Pengerusi M

Sorry Aidilfitri Tahun Ini Tiada Sejuta Kenderaan Balik Beraya Ke Kelantan

Imej
Maaf yea belaka kerana tahun ini buat pertama kali dalam sejarah tiada kesesakan perantau nak balik Kelantan. Maka buat pertama kali jugak time raya nanti jalan-jalan di kelantan tak jem. Ini kerana kita semua tahun ini beraya dalam suasana negara dilanda wabak Covid-19. Untuk mengekang virus itu dari merebak, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dah masuk fasa ke 5. Walaupun kelonggaran telah diberi oleh kerajaan, namun pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan. Ini bermakna anak-anak Kelantan yang berada di perantauan tidak dapat pulang ke Kelantan untuk beraya seperti tahun sebelumnya. Maka terpaksalah suka atau tidak tahun ini terpaksalah beraya di rumah masing-masing. Tadi time press conference harian pun kerajaan ada bagitau Polis dan askar akan memantau rumah di kampung dan taman perumahan untuk memastikan orang ramai patuh akan perintah PKPB seperti yang berada di rumah ketika perayaan tidak lebih dari 20 orang & tiada yang engkar

Penduduk Kat Kg Jembal Kota Bharu Sanggup Tak Mandi Untuk Jimat Air

Imej
Ketiadaan air menyebabkan 300 penduduk Kampung Jembal, Kota Bharu mencatu bekalan hingga ada yang tidak mandi, semata-mata mahu menjimatkan bekalan asas itu bagi keperluan penting. Situasi terbabit dialami penduduk sepanjang Ramadan ini yang menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan dengan baik. Penduduk mendakwa masalah bekalan air sudah berlarutan sejak lima tahun lalu, namun keadaan meruncing pada awal Ramadan apabila air kerap terputus hampir sepanjang masa. Penduduk, Abu Jannah Ismail, 63, berkata, dia sekeluarga sangat terkesan dengan ketiadaan bekalan asas itu memandangkan kediamannya didiami 15 beranak termasuk 11 cucu. "Bayangkan rumah saya ada 15 orang dan sudah tentu memerlukan air yang banyak. Ada kalanya saya meminta cucu mandi di tali air walaupun air di situ kurang bersih. "Pada masa sama, saya terpaksa memunggah air di rumah saudara sejauh 18 kilometer iaitu di Kampung Dewan Beta, dua ke tiga kali sehari. "Keadaan ini

Income Bulanan Youtuber Sugu Pavithra Yang Viral Boleh Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Imej
Sugu Pavithra kini menjadi antara barisan ‘YouTubers’ yang digemari oleh rakyat Malaysia. ‘Fenomena’ pasangan suami isteri itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan hadiah sebagai pembakar semangat buat mereka. Video masakan Sugu Pavithra sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Selain tutur katanya yang lembut, penggunaan Bahasa Melayu Pavithra yang jelas juga dipuji oleh orang ramai. Lebih menarik, video masakan Pavithra juga pernah menjadi rujukan kepada YouTuber dari Jepun, iChang dan atlet bina badan negara, Sazali Samad untuk memasak kari ayam. Sambutan hangat daripada setiap video yang dibuat membuatkan ramai diantara kita tertanya-tanya berapakah pendapatan yang diperoleh Sugu Pavithra. Baru-baru ini, YouTuber Juzairi Share mendedahkan anggaran bulanan yang diperolehi oleh pasangan itu dari video-video yang dimuatnaik oleh mereka di Youtube. Berkongsikan perkara itu di saluran Youtub

Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik Tidak Menentu Titah YDP Agong

Imej
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berpesan supaya semua Ahli Parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik ketika rakyat berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19. Baginda bertitah, wakil rakyat perlu sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik termasuk menjiwai masalah dan membela nasib rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa selain kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. "Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat masih berdepan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat pandemik COVID-19." "Sesungguhnya perpaduan dan keharmonian bermula dalam dewan yang mulia ini dan beta yakin rakyat akan terus erat bersatu padu dan sepakat dalam membangunkan negara jika rakyat tidak disogok dengan api permusuhan dan perpecahan," titah baginda. Al-Sultan Abdullah bertitah dem

Jumlah Penduduk Malaysia Kini 33 Juta, Lelaki Melebihi Perempuan

Imej
Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.73 juta orang pada suku tahun pertama 2020, iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding suku tahun pertama 2019, menurut laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun pertama 2020. Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah itu merangkumi 29.62 juta orang atau 90.5 peratus warganegara, dan 3.12 juta orang atau 9.5 peratus bukan warganegara. Beliau berkata penduduk lelaki meningkat daripada 16.81 juta orang pada suku tahun pertama 2019 kepada 16.90 juta orang sementara penduduk perempuan pula meningkat daripada 15.72 juta orang kepada 15.84 juta orang bagi tempoh yang sama. Nisbah jantina kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Sumber Bernama

Bilakah Agaknya Projek Pembesaran Airport Kota Bharu Akan Bermula ?

Imej
Lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan adalah airport tersibuk di pantai timur semenanjung Malaysia dengan kapasitinya melebihi dari 1.4 juta per annum. Mengikut perancangan, sepatutnya projek pembesaran airport kat Kelantan ini bermula Julai 2018 dengan menelan kos melebihi RM400 juta dan kapasiti melebihi 4 juta penumpang per annum. Namun perubahan kerajaan selepas PRU14 menyaksikan pembinaan tertangguh kerana kerajaan pada waktu ini dibebani dengan hutang yang terlalu tinggi. Bukan sahaja projek pembesaran airport yang tertangguh, projek HSR dan projek ECRL turut ditangguhkan pada waktu itu. Tak silap saya tender untuk design projek pembesaran airport LTSIP ini keluar tahun lepas dan sepatutnya tahun inilah projek akan start. Namun kerajaan sekali lagi berubah dengan kerajaan PH tumbang digantikan dengan kerajaan PN dan ditambah pulak dengan wabak covid-19 yang melanda negara tak tahu bila lah projek pembesaran airport kat Kelantan ini akan bermula. Komponen

Like FB Maafsebut