Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

UNITEN and Putrajaya

Imej
Some pictures taken at UNITEN and Putrajaya  Sunset at Uniten. Taken from 4th floor, Apartment Amanah Students walking towards Admin Building Uniten Admin Building   My friend  A nice and quiet place to sleep..Opps study A new COIT building

Seketika Di Pasar Kg Cina

Imej
Jarang-jarang sekali aku berkunjung ke sini. Itupun kalau teringin nak membeli makanan laut yang fresh. Tapi berbanding dengan pasar lain di Kota Bharu, harga disini sedikit mahal tapi macam dalam ikan tv 'berbaloi-baloi'.  

Ceritera Smart Phone

Imej
Sebut saja iphone 4, Galaxy S, Blackberry, LG dan entah apa lagi jenis smart phone di alam maya ni, boleh kata semua nak satu, dapat yang cikai pun tak apa, asalkan namanya dipanggil smartphone. Boleh kata kebanyakkan kawan aku ada sebijik smartphone. Biasalah follow trend terkini. Orang lain ada, kita kena ada, kalau tak tak uptodate la kita. Aku ? Aku dengan setianya memakai handphone Nokia lama yang tak secanggih smart phone baru. Ramai juga kawan yang tanya bila nak tukar phone, bukannya aku taknak tukar tapi memang takde hati nak tukar. Pertamanya telefon yang aku pakai sekarang masih elok walaupun connection untuk earphone dah lama takleh pakai. Keduanya, aku bukannya bisnes men yang memerlukan aku 24 jam kena ada internet untuk check email kontrak masuk juta-juta. Ketiga, aku pakai phone untuk call dan sms semata-mata. Yang paling last, harga smartphone tu sendiri, mahalnya mengalahkan sebijik laptop dan salvage value bukannya naik tapi berkurang dengan masa. Kalau alasan nak g...

Maafsebut Kini diFacebook

Imej
Selepas berfikir panjang saya mengambil keputusan untuk membawa MAAFSEBUT ke facebook supaya dapat berinteraksi dengan lebih ramai diluar sana. Jangan lupa untuk tekan pada gambar dibawah untuk terus ke Page Maafsebut.Jangan lupa Like saya

Terima Kasih Pak Cik

Peristiwa ni berlaku sudah banyak tahun iaitu semasa aku menghadiri satu interview di Rawang. Nasib aku tidak baik dan mungkin rezeki aku bukan disitu. Walaupun bagaimanapun, aku redha dan yakin jika tiada rezeki disini mungkin ada ditempat lain. Bila fikir macam itu, aku berasa lega dan langkah aku gagahi kembali yang tadi longlai semasa keluar dari bilik interview. Selepas menghantar pesanan ringkas sms kepada sahabat yang aku berada di ruang galeri di bangunan utama, aku mencari tempat untuk duduk. Aku melihat ada sekumpulan pakcik dan makcik sedang berbual disuatu sudut dan aku mengambil keputusan untuk menyertai mereka. Manalah tahu dapat joint juga apa yang dibincangkan, dapatlah juga menghilangkan rasa bosan. Baru saja aku membetulkan seluar untuk duduk, makcik didepan sudah bertanya "Datang interview ke?". Aku angguk dan sempat tanya tengah tunggu siapa. Rupanya semua makcik dan pakcik yang aku jumpa sedang tunggu anak mereka sedang menghadiri interview seperti aku. S...

Key Points of 10th Malaysia Plan

Following are the key points of the 10th Malaysia Plan (2011-2015) released: THRUST Charting development for a high income nation 6 pct growth target Per capita income to increase to RM38,845 (US$12,139) by 2015 Creating private sector-led economy Supporting innovation-led growth Full employment Restructuring of subsidies   ALLOCATION RM230 billion: 60 pct physical development; 40 pct non-physical development Sector allocation: economic 55 pct, social 30 pct, security 10 pct, general administration 5 pct 10 big ideas:      - Internally driven, externally aware      - Leveraging on diversity internationally      - Transforming to high-income through specialisation      - Unleashing productivity-led growth and innovation      - Nurturing, attracting and retaining top talent      - Ensuring quality of opportuni...

Cermin Diri

Pernah tak kita dalam kesibukan dengan pelbagai aktiviti mencari ruang untuk cermin ataupun memuhasabah diri sendiri ? Mungkin sebahagian besar termasuk saya hanya mampu menggelengkan kepala. Bukannya kita tak mampu namun kita merasakan diri kita sudah cukup bagus, jadi buat apa nak screening lagi. Sebenarnya itulah silap besar kita. Dengan merasakan diri kita sudah cukup sempurna, secara automatik, tiada kecenderungan untuk memperbaiki diri. Ayuh, kita masih belum terlambat untuk memperbetulkan diri kita. Jadi bila kita boleh mulakan? Bergantung kepada diri anda bila waktu yang paling sesuai tapi pada pandangan saya, waktu yang paling sesuai bila anda lapang dari sebarang aktiviti dan keadaan sekeliling yang senyap. Ini membolehkan kita betul-betul fokus dari gangguan luar. Dan kerana kita sebagai individu yang kadang kala tidak nampak kelemahan diri, mempunyai teman yang boleh dipercayai amatlah berguna. Mungkin seorang sahabat bukan kawan ataupun isteri/suami kepada pasangan. Wala...

Cerita Subsidi

Sungguh rancak sekali sekumpulan peniaga sedang berborak masa saya menemani ibu membeli belah di atas arked MPKB. Mereka tengah kalut bercakap pasal isu kenaikan tarif elektrik baru-baru ini. Menurut mereka, kenaikan tarif elektrik akan membebankan mereka dan sudah tentu peniaga-peniaga barangan harian mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Bukan setakat disini kenaikan tarif elektrik diperkatakan, malah disemua tempat, kedai kopi, surat khabar, para suri rumah, economists dan sebagainya. Perjanjian IPP Kerana tarif elektrik naik, ada yang mempersoalkan kenapa kerajaan tidak mengkaji balik perjanjian dengan IPP yang menurut mereka membebankan dan hanya menguntungkan pengusaha IPP. Terdapat 5 IPP di Malaysia iaitu YTL Power Generation Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd dan Port Dickson Power. Gabungan 5 IPP ini membekalkan 4115 MW kepada negara. Kerajaan tidak boleh dengan semudah petik jari untuk membatalkan ataupun perjanjian dengan IPP wa...

Tangguh Tangguh Dan Tangguh

"Kejap lagilah.Mase banyak lagi" "Exam lambat lagi.Wak ape nak belaja awal-awal" "Nantilah dulu" Pasti anda semua biasa dengan dialog diatas. Menangguhkan dulu sesuatu perkara dan yang lebih merbahaya, kita pandai saja mencari alasan untuk menyedapkan hati dengan berkata masa banyak lagi. Tangguh itu dan ini lama kelamaan boleh menjadi tabiat. Ya, tabiat yang tak elok lagi negatif. Kalau tidak diatasi lebih awal akan menyebabkan kita menyesal tak sudah di masa depan dan mungkin turut menyusahkan orang lain dengan tabiat suka tangguh kita. Kalau kita bekerja di syarikat, hasil kerja kita mungkin tak seberapa kerana bila asyik tangguh dari satu masa ke masa yang lain, bila dah sampai dateline mulalah tak senang duduk dan target bukan lagi menghasilkan kerja yang perfect tetapi setakat menyiapkan kerja. Kalau macam nilah, alamatnya tak naik pangkat atau gajilah. Pegawai atasan juga mungkin memandang kita dari persepsi negatif. Begitu juga dengan pelajar...

Ikan Bakar Cara Kampung

Imej
Entah kenapa rasa nak makan ikan bakar, bukan yang jual di restoran ataupun medan ikan tapi yang dibakar sendiri. Mula-mula sekali kena hidupkan api biarkan sampai jadi bara. Tempat nak bakar ikan tak jadi hal. Cuma kena kreatif sikit. Bata tanah liat kan banyak. Bata tanah liat tadi diletak keliling bara api tapi jangan terlalu lebar, susah pula nak letak ikan nanti. Sambil tunggu api jadi bara, ikan yang disiang tanpa diperasa dengan garam atau gula dikepit dalam kepingan buluh. Orang kelantan panggil pengingak. Bila api dah jadi bara, bolehlah ikan tadi dibakar. Kena sentiasa balik-balikkan ikan, kalau tidak hanya bahagian luar yang hitam hangit, bahagian dalam masih mentah. Satu tip yang saya belajar dari rancangan masakan, untuk mengelakkan ikan hangus masa dibakar, ikan perlu dilumur dengan minyak sedikit. Tapi disebabkan saya nak makan ikan bakar tawar, minyak tak boleh digunakan tapi apa yang saya buat, kena sentiasa pastikan api tak sempat menyala kalau tak boleh hangus ikan...

Berikanlah

Imej
Untuk merasai kebahagian, bukalah tanganmu wahai sahabatku, sebarkanlah kebahagian kepada orang lain nescaya erti kebahagian itu ada denganmu. Kerana ingatlah wahai sahabatku, bagaimana mungkin kamu membahagiakan jika ia tiada dengan kamu. Kerana ingatlah wahai sahabatku, kamu bisa menghulur kebahagiaan kerana kamu sudah memilikinya.

Mee Pok Se

Imej
Kalau berkesempatan berkunjung ke Wakaf Bharu, rasa tidak sah kalau tidak singgah ke kedai Mee Pok Se yang terletak di kiri jalan menuju ke bandar Wakaf Bharu. Mee sup yang dijual disini rasa cukup lain, seolah-olah segala rempah,perisa dan ramuan lain sebati dengan cukup sempurna sekali. Dan ditambah pula mee sup dihidang dalam mangkuk zaman berzaman.Terasa diri pun antik juga. Jangan terlupa pula untuk makan bersambal sos MH Muhammad untuk menyempurnakannya lagi. Mee sup yang datang ke meja panas-panas memang membangkitkan perut yang tengah kelaparan.Slurrpp...Terus dibubuh ke mulut.Berpeluh habis muka menahan wap panas sup.Tapi takpe, sedap punya hal.  Seingat aku lah, dari zaman aku kecil lagi, kedai Mee Pok Se dah memang dah ada disini dan hanya itulah yang dijual iaitu mee.Benda lain takde. Menurut ayah aku pula, masa zaman dia muda dulu, memang Pok Se dah jual mi dah masa itu pun dia dah agak berusia.Kiranya perniagaan mee yang sedap ni lebih tua dari penulis!! Walaupun se...

Hotel Perdana Kota Bharu

Imej
Setelah diambil alih PNB beberapa tahun lalu, Hotel Perdana mengalami perubahan bilamana menara hotel baru sedang naik diatas tapak asal.      KFC baru disebelah stadium Muhammad 4

Dari Jambatan Sultan Yahya Petra ke Kota Bharu

Imej
 Memandangkan hari ini kebetulan perlu ke Wakaf Bharu, sempatlah juga mengambil gambar terbaru perkembangan pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra.    

Minum Air Boleh Mabuk

Tahukah anda, minum air secara berlebihan boleh menyebabkan anda mabuk.Tak Percaya? Air yang berlebihan didalam badan menganggu keseimbangan cecair dan tindakbalas elektrik. Melalui proses osmosis, garam mineral didalam sel terlarut dan Sodium tidak dapat menjalankan fungsi yang sepatutnya. Turut terganggu proses pengeluaran ADH (Anti Diuretic Hormone), iaitu neutrotransmitter untuk penapisan air dalam buah pinggan. Mabuk air ataupun keracunan air dalam kes extreme boleh menyebabkan koma dan kematian. Meminum air suling lebih cepat menyebabkan mabuk jika berlebihan daripada air mineral kerana didalamnya tiada lansung electrolytes, jadi keseimbangan badan lebih cepat terganggu. Tapi janganlah selepas ini anda kurang minum air pula. Yang saya kongsi disini adalah bagi peminum tahap extreme sahaja. Kalau peminum normal macam kita semua, tak payah risau.

Bir Halal Tapi Tak Halal

Imej
Malaysia memang tak lekang dari isu-isu sensasi pastinya yang terkini. Sehari dua ni kecoh pasal bir halal yang diragui kehalalan seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Melayu arus perdana dan tabloid. Hal ini mula menjadi bualan umat Islam di sini yang memang prihatin tentang kehalalan dan keharaman makanan yang ingin disuap ke mulut. Masalah timbul bila mana pihak berkuasa Islam meragui status halal sejenis bir yang dikatakan mengandungi alcohol melebihi dari paras yang dibenarkan. Peraturan menetapkan bir dikira halal sekiranya kandungan alcohol tidak melebihi 0.01 %.  Penulis terkejut juga bila membaca perihal bir tak berapa nak halal ni di akhbar. Kerananya apa yang penulis lihat di kedai-kedai makan, terpapar iklan bir bebas dari alcohol. Kalau dah ada alcohol, macam mana boleh kata alcohol free. Pengedar bir halal menafikan kandungan alcohol dalam bir halal melebihi 0.01 %. Pegawai perhubungan awam syarikat terbabit menjelaskan bir halal yang ...

Like FB Maafsebut