Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

3 negara Arab Memberi amaran kepada Israel Mengenai Pengaruh Turki Di Baitulmuqaddis

Imej
sumber sabah daily Arab Saudi, Jordan dan Palestin secara berasingan telah memberi amaran kepada Israel pada  mengenai pengaruh Turki yang semakin mengukuh di Baitulmuqaddis Timur, menurut laporan akhbar Israel Haaretz. Laporan itu menyatakan bahawa pegawai kanan dari tiga negara Arab itu memberitahu Israel bahawa Turki "memperluas pengaruhnya di kawasan kejiranan Arab Yerusalem" yang mereka katakan adalah "sebahagian daripada percubaan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan untuk" menuntut pemilikan atas isu Baitulmuqaddis. " Sumber-sumber Israel mendakwa telah menyedari pengaruh Turki yang berkembang dan mengatakan bahawa mereka telah mengawasi usaha Ankara selama lebih dari satu tahun. Menurut laporan itu, pegawai dari Jordan dikatakan kecewa dengan tindak balas lambat Israel yang mereka nyatakan sebagai "tidur di roda", terutama sejak menandatangani perjanjian perdamaian 2016 dengan Israel. Pegawai dari Pihak Berkuasa ...

Kerajaan Nak Keluarkan Wang Ringgit Yang Baru ?

Imej
Mula menjadi topik hangat sejak kerajaan baru mula mengambil alih, pihak kerajaan kini sedang dalam cadanngan untuk menggantikan Wang Ringgit sedia ada kepada yang baru dalam usaha untuk membanteras isu melibatkan korupsi. Mengulas lanjut mengenai cadangan yang dibuat, Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia mengatakan langkah ini mampu dilakukan namun ianya bakal melalui proses yang sukar lebih-lebih lagi melibatkan jumlah yang besar. Selain itu, Malaysia juga perlu bersedia untuk mengeluarkan sejumlah besar wang kertas yang sekaligus bakal memberi kesan kepada ekonomi negara. Sebelum ini pihak Kerajaan India pernah melakukan perkara yang sama dalam menggantikan wang 500 dan 1,000 rupee kepada 500 dan 2,000 rupee yang baru. Pada pendapat anda, adakah wajar untuk menggantikan Wang Ringgit sedia ada kepada baru atau kekalkan sahaja seperti sedia kala ? Sumber The Star

Restoran Di China Lingkup Sebab Pelanggan Makan Banyak Sangat

Imej
Sebuah restoran yang baru saja dua minggu dibuka dan menawarkan promosi ‘makan sampai puas’ terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian besar. Restoran yang terletak di Chengdum, Wilayah Sichaun, China itu ditutup selepas pelanggan tidak berhenti datang untuk menikmati makanan yang dihidangkan. Promosi gila-gila itu mendapat sambutan luar biasa dan restoran itu menerima lebih 500 pelanggan setiap hari. Ada yang sanggup datang untuk beratur ketika kedai belum dibuka lagi. Promosi buffet ‘makan sampai puas’ itu dikatakan sangat murah dengan yuran bulanan berharga $19 (RM76) dan pelanggan boleh makan apa saja makanan yang dihidangkan tanpa had. Menurut pimilik restoran tersebut, tujuan asalnya adalah untuk menarik perhatian pelanggan dan pastikan lebih ramai pelanggan setia melalui strategi pemasaran seperti ini. Mereka juga sudah menjangkakan bahawa mereka akan mengalami kerugian besar. Kata mereka lagi, punca utama restoran itu ditutup adalah kerana kega...

Macam Mana Nak Belanjakan Duit Royalti Minyak Kelantan

Imej
Macam Mana Nak Belanjakan Duit Royalti Minyak Kelantan Alhamdulillah !! Akhirnya Kelantan dapat jugak duit royalti minyak setelah sekian lama diperjuangkan. Nilaian berapa jumlah royalti itu pada pendapat saya kalau tidak mencecah angka billion mesti bernilai ratusan juta ringgit. Itu adalah satu jumlah yang amat banyak & melebihi pendapatan kerajaan kelantan tahun sebelumnya.  Kini kita semua tidak pasti lagi macammanakah duit royalti itu akan digunakan oleh pihak Kelantan nanti. Namun, saya sebagai rakyat kelantan yang menetap di Kelantan ada beberapa cadangan bagaimana duit royalti itu boleh digunakan. Tak salahkan kalau saya bagi cadangan ? 1. Siapkan Lebuhraya Rakyat Salah satu yang perlu disegerakan adalah menyiapkan Lebuhraya Rakyat. Asalnya Lebuhraya Rakyat ini dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Namun disebabkan kerajaan kelantan pada waktu itu kekurangan dana, maka sebahagian besar diserahkan kepada kerajaan pusat untuk disiapkan. Manakala k...

Hebat !! Jual Dadih Dapat RM30000 Sebulan

Imej
Sekarang ni banyak kita dengar cerita ramai yang sanggup melepaskan kerja tetap untuk mengusahakan perniagaan sendiri. Kisah seorang wanita ini boleh dijadikan contoh buat mereka yang mahu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Siapa sangka, keputusannya untuk melepaskan jawatannya sebagai penyelia di sebuah kilang untuk membantu suaminya, Azhar Kasim mengusahakan peniagaan membuat serbuk dadih ternyata berbaloi apabila berjaya meraih pendapatan bulanan antara RM30,000 hingga RM30,000. Menurut Haliza Yahaya, keputusan untuk berhenti kerja dibuat selepas tidak mampu lagi untuk memberi komitmen sepenuhnya kerana kerap mengambil cuti untuk menyiapkan tempahan dadih yang mendapat permintaan tinggi. Katanya lagi, dia tidak menyesal dengan keputusannya untuk berhenti kerja, tetapi lebih kesal kerana lewat meninggalkan kerjaya lamanya apabila mendapati dengan menjual dadih mampu memberikan pendapatan lebih lumayan dengan modal permulaan sebanyak RM50,000. Kini serbuk dad...

Pegawai Di Jepun Dihukum Disebabkan Keluar Makan Awal 3 Minit

Imej
Hanya kerana kerap meninggalkan pejabat tiga minit lebih awal untuk makan tengah hari daripada masa yang ditetapkan, seorang pegawai bandaraya di Jepun telah didenda dan dipotong gaji. Menurut jurucakap bandaraya Kobe, pegawai berkenaan yand bertugas di biro Jabatan Air di Barat Kobe, melakukan kesalahan itu sebanyak 26 kali dalam tempoh tujuh bulan. Masa rehat yang ditetapkan adalah dari tengah hari hingga 1 petang. Namun pegawai tersebut didakwa kerap keluar lebih awal. Disebabkan kesalahan tersebut, gaji pegawai berusia 64 tahun itu dipotong setengah hari sebagai denda dan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan media. Isu tersebut tenyata mencetuskan perdebatan dikalangan netizen kerana sebelum ini syarikat itu telah menggantung seorang pegawai lain pada Februari lalu selama sebulan selepas dia membeli makanan semasa waktu kerja dan didapati melakukan kesalahan tersebut selama enam bulan. Komen Itu kat Jepun. Kalau kat Malaysia rilex jea...

Jumlah Kenderaan Tidak Terkawal Punca Kesesakan Di Kelantan - TMB Kelantan

Imej
Jumlah kenderaan yang tidak terkawal menjadi antara faktor kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Menurutnya, walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan kesesakan itu, namun ia belum tentu dapat menyelesaikan masalah tersebut. “Kita tengok di Lebuhraya Utara Selatan pun sesak, Johor ke Kedah, semuanya lebih enam jam. Disebabkan pertambahan kenderaan. “Usaha kita adalah besarkan jalan, tapi kalau jumlah kenderaan tidak dikawal, maka jangka masa panjang pun kita tidak boleh selesaikan juga masalah ini,” katanya kepada media di sini. Komen Saya berpendapat kalau kita terus menerus membina jalan baru atau melebarkan jalan sedia ada, ianya tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan di Kelantan kerana jumlah kenderaan akan terus bertambah dari tahun ke tahun. Saya rasa lebih baik kalau sistem pengangkutan awam diperbaiki dan dipertingka...

Najib Jelaskan Isu 1MDB

Imej
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalahkan di atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau menjelaskan tidak mengetahui wang berbilion dolar dalam akaun peribadinya. Namun, beliau mempunyai penjelasan mengenai sejumlah wang tunai, beg tangan mewah dan barang kemas yang baru dirampas dari rumahnya oleh pihak berkuasa. Bercakap kepada Reuters dalam temubual pertama beliau sejak kekalahan mengejut pada 9 Mei lalu, Najib berkata, penasihatnya dan pihak pengurusan dan lembaga 1MDB, secara tidak sengaja menyimpan rahsia dakwaan menggelapkan dana tersebut daripadanya. Perdana Menteri baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Reuters pada Selasa bahawa pihak berkuasa mempunyai "kes yang hampir sempurna" terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB. Najib dalam beberapa komen terdahulunya mengenai skandal 1MDB berkata, beliau tidak tahu sekiranya...

Perdana Menteri Setuju Buka Semula Kes Pembunuhan Altantuya

Imej
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar siasatan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dibuka semula, kata peguam Ramkarpal Singh. Namun, Ramkarpal berkata semua prosedur untuk siasatan semula untuk kes pembunuhan itu perlu mematuhi undang-undang. Katanya, Perdana Menteri telah mengarahkan agar semua bukti kukuh dibentangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut "Kami telah terangkan kepada Dr Mahathir mengenai kes tersebut dan beliau bersetuju bahawa kes ini perlu dibuka semula dan ia perlu mengikut undang-undang," katanya selepas mengiringi bapa Altantuya, Setev Shaariibuu bertemu Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Setev tiba di Putrajaya kira-kira pukul 4.20 petang dan keluar dari Pejabat Perdana Menteri sekitar jam 6.00 petang. Mengulas lanjut, ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata,  pihaknya percaya ada pihak lain yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya terutamanya orang yang mengarahkann...

Rakyat Kelantan Mahu Kerajaan Pakatan Harapan Teruskan Naiktaraf Jalan Kuala Krai Ke Gua Musang

Imej
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta supaya meneruskan cadangan kerajaan terdahulu untuk menaik taraf Jalan Gua Musang - Kuala Krai bagi mengatasi masalah kesesakan setiap kali musim perayaan. Saban tahun, ratusan ribu perantau yang berada di luar Kelantan akan pulang melalui jalan itu untuk menyambut perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri di kampung. Seorang perantau tinggal di Kuala Lumpur, Mohd. Adam Abdullah, 32, berkata, jalan sedia ada tidak mampu menampung kenderaan yang bertambah setiap tahun. Katanya, setiap kali perayaan akan berlaku kesesakan sehingga mengambil masa lebih 12 jam untuk sampai ke kampung berbanding hari biasa yang hanya enam jam. Nur Aini Ghazali, 40, pula berkata, laluan Jalan Gua Musang-Kuala Krai itu merupakan perhubungan penting pengguna bukan sahaja pada musim perayaan tetapi juga hari-hari biasa. Katanya, kerajaan PH perlu menaikan taraf jalan itu kepada empat lorong seperti yang dicadangkan kerajaan dahulu untuk keselesaan p...

65 Penerbangan KL - KB Sehari, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Airport Domestik Tersibuk Malaysia

Imej
Sejumlah 65 penerbangan sehari dari Kuala Lumpur ke Kelantan sejak dua minggu ini bagi membawa pulang anak perantau pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Jika pada hari biasa, selalunya penerbangan KL - KB dalam 45 penerbangan sahaja sehari. Pertambahan mendadak ini kerana permintaan tinggi dari mereka yang mahu pulang beraya di Kelantan. Sejumlah 5,000 penumpang dicatatkan dalam tempoh dua minggu ini berbanding sekitar 3,500 penumpang sehari yang menggunakan pelbagai penerbangan. Waktu kemuncak penerbangan di LTSIP ialah dari jam 7 hingga 9 pagi; 12 tengah hari hingga 2.30 petang dan 6 petang hingga 8.30 malam. Selain destinasi ke KL, LTSIP juga menyediakan penerbangan ke Pulau Pinang, Sabah & Sarawak. Untuk pengetahuan anda semua, penerbangan domestik di LTSIP, Kota Bharu juga adalah yang tertinggi di Malaysia.

Projek Keretapi HSR Hanya Tangguh Bukan Batal : Tun Mahathir

Imej
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) hanya ditangguhkan kerana melibatkan kos yang tinggi. Memetik wawancara beliau dengan Nikkei Asian Review Jepun, Mahathir berkata, wujud keperluan bagi kereta api laju di negara ini pada masa hadapan.

Tengku Abdullah Menafikan Terima Duit Berjumlah RM1.3 Billion Dari Syarikat China

Imej
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial bahawa baginda menerima RM1.3 bilion, sebagai  satu suapan atas "naungan baginda" berhubung satu projek. Tengku Abdullah juga bertitah baginda tidak mempunyai kaitan dengan China Rainbow International Investment Co.Ltd (CRIIC), syarikat yang didakwa membuat pembayaran itu.

Malaysia minta pinjaman dari Jepun

Imej
Malaysia akan memohon pinjaman dari Jepun selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menerangkan situasi kewangan negara kepada rakan sejawatannya dari negeri itu, Shinzo Abe. Menurut Dr Mahathir, jika diluluskan, pinjaman itu akan dibuat dalam mata wang yen.

5 Khasiat Budu Yang Ramai Tak Tahu

Imej
Budu memang terkenal di pantai timur especially Kelantan & Terengganu sebagai bahan wajib time makan nasik. Kalau takde budu seolah-olah hidangan tidak lengkap. Berbeza dengan tanggapan umum budu ini adalah pes ikan yang diperam, sebenarnya budu adalah pes ikan yang dimasak. Sebab itulah rasa budu ini berlainan bagi pengeluar yang berbeza. Setiap pengeluar ada resepinya yang tersendiri. Selain enak dimakan sebagai pencicah bersama-sama ulam-ulaman, sebenarnya budu nih banyak khasiatnya.

Tun Mahathir Bercadang Untuk Melancarkan Sebuah Lagi Projek Kereta Nasional

Imej
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal memulakan sebuah lagi projek kereta nasional. Ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun pagi tadi, beliau berkata projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa negara di rantau ini.

Kelantan Dapat Royalti Minyak

Imej
Setelah sekian lama Kelantan dinafikan hak untuk mendapatkan duit dari hasil minyak di perairan kelantan, Kerajaan Persekutuan dibawah Pakatan Harapan akan membayar royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus kepada Kelantan tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Anthony Bourdain Bunuh Diri ?

Imej
Anthony Bourdain, tukang masak dan penyampai cerita berbakat yang membawa penonton TV di seluruh dunia untuk meneroka budaya, masakan dan keadaan manusia selama hampir dua dekad, telah meninggal dunia. Dia berusia 61 tahun. CNN mengesahkan kematian Bourdain pada hari Jumaat dan berkata punca kematian adalah bunuh diri.

Duit Royalti Minyak Dibayar Terus Kepada Kerajaan Negeri

Imej
Kerajaan negeri bakal mempunyai kawalan lebih baik terhadap royalti minyak yang dibayar kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan.

Orang Pasir Puteh Dihukum Penjara Kerana Ada 2 Bahan Letupan

Imej
Seorang bekas pelajar tingkatan enam dihukum penjara tujuh tahun dan enam sebatan kerana memiliki dua bahan letupan dipertingkat (IED) tahun lalu. Tertuduh di mahkamah tahun lalu bersama 2 yang lain

Instagram Bakal Membenarkan Pengguna Instgram Upload Video Sehingga 1 Jam

Imej
Ini berita baik kepada mereka yang suka memuat naik video di Instagram !! Instagram tengah mempertimbangkan supaya pengguna boleh memuat naik video lebih dari 1 minit seperti sekarang sehinggalah maximum 1 jam menurut apa yang dilaporkan didalam The Wall Street Journal. 

Hanya Kerana Tertinggal Barang Di Pasar, Pasangan Dari Terengganu Bercerai

Imej
Setiap tahun kes perceraian di laporkan di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan. Kadang-kadang, punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan antara pasangan berkahwin. Salah satu punca perceraian yang dilaporkan di Terengganu adalah disebabkan tertinggal barang di pasar.

6 Benda Perlu Beli Ketika Tengah Cukai GST 0%

Imej
Semua rakyat Malaysia tahu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan sebelum ini adalah pada kadar enam peratus dikurangkan sehingga kadar sifar (0%) pada 1 Jun lalu. Cukai tersebut akan digantikan kembali kepada sistem konsumer versi lama iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijangka akan berkuat kuasa pada 1 September nanti.

Kelantan, Terengganu tak berhak tuntut royalti

Imej
“PAS tidak berhak untuk menuntut royalti,” Itu kata Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail. Jadi ramai tertanya-tanya apakah PAS memang tidak berhak. Jadi tulisan kali ini untuk memberikan pemahaman jelas mengenai hak royalti. Ketika perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 31 Januari 1948 di antara wakil-wakil pemerintah Negeri-Negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, telah dipersetujui bidang kuasa negeri ditetapkan dalam lingkungan tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri. Seksyen 4 Ordinan Darurat 1969 turut mendefinisikan kawasan jajahan negeri sebagai hanya tiga batu nautika dari pesisiran pantai, tertakluk kepada beberapa pengecualian termasuklah negeri-negeri baru Sabah dan Sarawak.

Tommy jadi Peguam Negara tak jejas Melayu, Islam - Pemuda Amanah

Imej
Pemuda Amanah menyokong cadangan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara sekali gus menafikan pendapat bahawa kedudukan Islam dan Melayu terjejas susulan lantikan bukan kalangan Muslim. Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, kedudukan istimewa Islam dan Melayu tidak akan terjejas kerana ia telah dijamin dipelihara oleh kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

Calon Peguam Negara Ditolak Oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Muhammad V

Imej
Cadangan nama yang diberikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan peguam kanan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara tidak mendapat restu Yang di-Pertuan Agong. Pada dasarnya, Dr Mahathir berkeras mahu menggantikan Tan Sri Apandi Ali dengan hanya mencadangkan nama Thomas kepada Sultan Muhammad V.

Royalti Perlu Dibayar Terus Kepada Kelantan & Terengganu - Husam Musa

Imej
PEMIMPIN kerajaan Kelantan dan Terengganu serta rakyat yang menyokong parti yang membawa kemenangan membentuk kerajaan di kedua negeri itu dalam pilihan raya lalu perlu berasa lega dengan pernyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa malam tadi mengenai pemberian wang royalti petroleum 5% untuk kedua-dua buah negeri itu. Malam tadi Husam memberi pandangan agar wang royalti 5% yang menjadi hak kedua-dua negeri itu disalurkan terus ke dalam perbendaharaan kedua-dua negeri itu tanpa melalui saluran lain bagi membolehkan wang itu dibelanja sendiri oleh kedua-dua kerajaan itu demi kepentingan rakyat.

Kuasa Viral Social Media, Kuih Kerbau Guling Laku Sampai Kena Ambil Nombor Giliran

Imej
Setiap kali bulan Ramadan, pasti akan ada menu baru yang menjadi bualan ramai dan viral. Tahun ini, Kuih Kerbau Guling menjadi rebutan ramai dan ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya di Rantau Panjang, Kelantan. Selain namanya yang unik, rata-rata pembeli memuji keenakan kuih tersebut. Lebih mengejutkan, disebabkan pembeli yang terlalu ramai, peniaga kuih kerbau guling tersebut terpaksa menggunakan sistem nombor giliran sejak Rabu lalu.

Like FB Maafsebut