Catatan

Pelabuhan Dan Hub Petroleum Kedua Di Terengganu ?

Imej
Saya ada baca berita baru-baru ini yang melaporkan kerajaan negeri Terengganu mahu meneruskan projek pelabuhan dan hub petroleum kedua selepas Kerteh di Marang. Asalnya projek ini dicetus time era MB Terengganu Dato Razif yang pada ketika itu dikhabarkan ada pihak dari China mahu melabur melebihi RM10 billion. Yang terkini pulak yang saya baca kat suratkhabar melaporkan pihak kerajaan Terengganu telah mengadakan perbincangan dengan Petronas. Selain itu, beberapa syarikat besar dari luar negara juga telah menyatakan minat untuk melabur dalam projek tersebut tetapi masih belum dapat didedahkan kepada umum. Projek ini jika menjadi kenyataan akan dibangunkan ditanah seluas 2268 ekar di Pulau Kerengga yang terletak 26KM dari Kuala Terengganu. Selain itu pelabuhan yang dibangunkan itu jugak adalah yang terdalam didunia.

Kelantan Miskin ?

Imej
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Kelantan adalah antara negeri termiskin dan ramai rakyatnya bergantung kepada bantuan kerajaan.  Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kadar kemiskinan Kelantan adalah pada kadar 0.4 peratus menyamai purata nasional sekali gus meletakkannya sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia.  Beliau berkata, statistik dalam pengkalan data e-Kasih sehingga Jun lalu menunjukkan miskin tegar di Kelantan adalah seramai 6,218 orang manakala miskin seramai 31,217 orang.  "Itu data yang kita perolehi berdasarkan kajian malah bila kita turun ke bawah ada kumpulan tertentu yang masoh ketinggalan, kita tidak ingin salahkan sesiapa,  tetapi kita nak cari jalan bagaimana nak pastikan semua rakyat Kelantan nak rasai niat pembangunan.  "Kita nak tinggalkan apa-apa yang sudah lepas itu lepaslah, dari segi kerajaan Pakatan Harapan (PH) kita komited untuk membawa bersama wilay...

Bahaya Anxiety Disorder Yang Ramai Tak Tahu

Imej
Perasaan stress adalah hal yang biasa terjadi pada seseorang yang bekerja office. Hal tersebut dapat disebabkan oleh terlalu banyak pekerjaan, mempunyai masalah dengan pihak atasan atau dengan keluarga, hingga kepada masalah kewangan. Perasaan stress yang terus terjadi pada seseorang dapat menyebabkan rasa depression dan juga anxiety disorder. Anxiety disorder dan depression adalah dua hal yang berbeza, meskipun terlihat sangat sama. Pada seseorang yang mengidap depression, ia akan merasakan putus asa dan marah. Selain itu, semangat pada diri jugak lemah dan akan merasa kelelahan dengan pekerjaan yang harus dilakukan setiap hari. Namun, anxiety disorder lebih berbahaya dibandingkan depression. Sebab, orang tersebut akan merasakan perasaan takut, panik, dan cemas pada situasi yang pada kebanyakan orang tidak akan menyebabkan hal tersebut. Pengidap anxiety disorder dapat merasakan serangan panik atau cemas secara mendadak tanpa ada suatu hal yang dapat mencetuskannya dan hal...

Penerbangan Terus FlyScoot Dari Singapore Ke Kelantan Membuka Peluang Pelancongan

Imej
Last week saya pegi hantar member ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, kebetulan time tu FlyScoot dari Singapore baru sahaja mendarat. Saya perhatikan ramai sungguh para pengunjung dari Singapore ini (banyak foreigner dari negara barat). Timbul difikiran saya, kemana mereka semua ini mahu pergi ? Ada urusankah di Kelantan ? Persoalan saya terjawab bila saya ajukan soalan saya ini kepada seorang pakcik pemandu teksi kat airport. Menurut beliau, kebanyakan dari mereka ini on the way untuk ke pulau-pulau di Terengganu dan ke Siam. So kebanyakan dari mereka ini adalah pelanconglah. No wonder cara mereka berpakaian pun seolah-olah macam get ready nak terjun kedalam laut pun. Kenapakah mereka ini tak singgah sehari dua untuk tengok apa yang ada kat Kelantan ? Sayangnya diorang hanya setakat tiba di airport dan terus menyambung perjalanan ke destinasi pelancongan mereka diluar Kelantan. Kelantan nih takde tempat menarikkah sampai diorang taknak singgah sekejap ? Sedangka...

Kopi Tak Sedap Dimakan Dengan Western

Imej
Saya tak tahulah kenapa tetapi mungkin trend kot kalau kat Kelantan atau Terengganu, mana-mana kedai makan atau cafe yang saya pegi mesti pelanggan makan makanan western diminum bersama-sama kopi. Nak jea saya tanya tak muak ke ?? Korang paham-pahamlah sendiri kan kalau makanan western seperti spagetti carbonara, meat mall ke atau mashed potato yang krim atau susu based tu cepat muak kot. Lepas tu minum pulak kopi yang berkrim bagai tu lagilah muak. Bagi saya sendiri, makanan western nih lah lagi sedap kalau diminum bersama-sama drink yang boleh cut off rasa muak makanan tu seperti jus ke, cocktail ke, soda drink ke atau apa-apa minuman yang masam manis. Ini betul saya cakap. Kalau korang makan lepas tu rasa muak dah, minum jea drink yang masam manis nih confirm rasa muak tu terus hilang. Sebab tu kadang-kadang orang kita nih, makanan yang sedap pun jadi tak sedap kerana sebab muak tu lah. Air pun muak. Jadi nak menghilangkan rasa muak tu orderlah drink yang masam m...

Che Hassan Dari Pasir Mas Berniaga Telur Masin Mampu Mendapat RM12000 Sebulan

Imej
Dalam keratan suratkhabar yang dibaca oleh saya, Che Hassan nih dulunya seorang yang miskin. Pendapatan bulanannya hanya sekitar RM600 hasil melakukan pelbagai kerja kampung. photo harian metro Namun, nasib Che Hassan dari Pasir Mas ini berubah apabila dia menyertai program Azam Tani anjuran MARDI pada tahun 2013. Awalnya Che Hassan membela dalam 50 ekor itik, kemudian bertambah ke 100 ekor dan kemudiannya ke 2000 ekor. Setiap pagi Che Hassan akan melepaskan itik-itiknya untuk mengelakkan itik-itiknya berasa stress. Che Hassan bagitau bila itik tak stress, telur yang dihasilkan nanti lebih berkualiti. photo harian metro Setiap hari, Che Hassan akan mengutip sekitar 860 hingga 950 biji dan ia akan dikumpulkan di bengkel untuk penyediaan telur masin. Beliau jugak menggaji penduduk kampung untuk membantunya dalam proses penyediaan telur masin. Setiap hari Che Hassan mampu memproses 2000 telur masin yang kemudiannya dibekalkan kepada peniaga sekitar Pasir Mas dan ...

Nostalgia Nasi Berlauk Air Dingin Tumpat

Imej
Initially saya naik confuse jugak dengan nama nasik nie. Nasi air dingin ?? Sejuk sangatkah sampai namanya sebegitu dingin ?? Alih-alih barulah saya faham Air Dingin tu nama tempat di Tumpat Kelantan bukannya nasik tu sejuk amat untuk dilahap. Aduh, jahil sungguh saya. Nama jea rakyat jati Kelantan tapi nama tempat pun tak kenal. Tak dilupa kepada pakcik sedara saya yang awal-awal pagi dah berkunjung kerumah membawa bersama nasik air dingin sebagai breakfast yang bagi saya boleh tahan lazatnya. Pasallah pakcik sedara sanggup drive sampai ke Tumpat semata-mata nak beli. Nak kata special tu takdelah sangat. Hanya ordinary nasik berlauk ikan yang tipikal rakyat marhein Kelantan selalu makan belah pagi. Yang membezakannya dengan yang lain adalah keenakan lauk ikan yang sedikit berlemak, tak pedas, tak berapa masam dan tak berapa manis. Senang kata semuanya perfect mixture. Pandai sungguh orang yang bertanggungjawab menyediakannya tiap-tiap hari memasak. Lauk lain pun ada ...

Like FB Maafsebut