Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Walaupun Belum Siap, Drawbridge Terengganu Dah Pun Popular Sebagai Lokasi Bergambar

Imej
Fuh, cantik betul gambar-gambar netizen di Jambatan Angkat ni. Belum pun siap sepenuhnya lagi, tapi nampaknya ramai dah bergambar dengan jambatan ikonik Terengganu ini. Terletak di Kuala Terengganu, Jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu - Kuala Nerus) sejauh 638 meter. Kenapa dipanggil Jambatan angkat? Ini kerana jambatan ini boleh diangkat di pertengahannya untuk memudahkan laluan kapal-kapal besar. Ia mengambil masa 20 minit untuk naik (dibuka untuk laluan kapal) dan kurang 20 minit untuk turun (dibuka kepada kereta dan motosikal). Jambatan angkat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelah utara yang menempatkan restoran di tingkat 14 manakala tingkat 13 pula menempatkan ruang solat dan bilik air. Di bahagian selatan pula ada galeri untuk orang ramai melihat keindahan bandar Kuala Terengganu terutamanya pada waktu malam. Apa yang menariknya di jambatan ini, ada beberapa kawasa...

‘Nafkah Couple’ Trend Terbaru Paling Merepek Budak Sekarang

Imej
Kalau masa bercinta kentut pun bau wangi. Sanggup lakukan apa saja demi kebahagaian kekasih. Malah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit demi kekasih yang belum tentu akan sampai ke jinjang pelamin. Selalunya nafkah hanya diberikan daripada suami kepada isteri sahaja. Tetapi sekarang ini tular pula satu trend dikalangan budak-budak sekarang iaitu nafkah couple. Konsepnya sama sahaja seperti nafkah suami isteri yang diberikan setiap bulan, namun bezanya nafkah kapel ini tak perlu berkahwin pun dapat wang bulanan. Lebih mengejutkan ada yang sanggup memberikan wang nafkah sehingga RM1,500 kepada kekasih. Seperti sudah dijangka, isu tular itu menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan netizen yang mengecam trend tersebut. Malah ada yang mengatakan trend tersebut dilihat sangat bodoh dan tidak matang. Tidak kurang juga ada yang berpendapat mereka yang bari nafkah couple setiap bulan itu lebih baik dahulukan nafkah kepada ibu bapa. Macam-macam budak s...

Tak Perlu Ke Siam Kalau Nak Gi Pasar Terapung Sebab Kat Kelantan Pun Ada

Imej
Sebut saja pasar terapung, pasti ramai tahu ia hanya ada di Bangkok dan Thailand sahaja. Tetapi anda sebenarnya tak perlu pergi jauh jika nak rasai sendiri pasar terapung kerana ianya ada di Kampung Pantai Suri, Kelantan. Konsep jualannya juga sama seperti pasar terapung di Thailand. Pasar terapung ini menghimpunkan pelbagai jualan termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu,nasi berlauk, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah. Ramai yang tidak tahu pasar terapung ini mula diwujudkan pada 2016. Disebut-sebut sebagai pasar terapung pertama di Malaysia, ia kini mula beroperasi setiap Sabtu bermula pukul 8 pagi hingga tengah hari. Usaha ini juga bertujuan untuk melestarikan budaya masyarakat Melayu yang terkenal sebagai kaum pedagang termasuk berniaga di atas perahu seperti yang amalkan ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Selain orang ramai boleh menikmati makanan laut segar dan murah peniaga juga dapat meningkatkan pendapatan keluarga k...

Terengganu Perjuang Hak Palestin

Imej
Kerajaan Terengganu mendokong usaha semua pihak dalam membangkitkan kesedaran dunia mengenai kebebasan dan hak rakyat Palestin. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kekejaman dilakukan rejim Zionis Israel melanggar undang-undang antarabangsa, selain tindakan mereka merampas kapal membawa bantuan ubatan dan makanan. “Palestin melancarkan roket biasa yang tidak membahayakan sesiapa, tetapi Israel bertindak balas secara besar-besaran sehingga meragut banyak nyawa awam, termasuk kanak-kanak dan wanita. “Dunia terutamanya Amerika Syarikat mengiktiraf Israel dan terus menekan rakyat Palestin apabila mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perpaduan Ummah & Isu Palestin di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu, di sini semalam. Turut serta ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Dewan Un...

Model Kereta Terbang Dikritik, Netizen Samakan Dengan Kipas USB

Imej
Menghampiri Wawasan 2020, pasti ramai yang tahu bahawa Malaysia bakal memiliki kereta terbang pertama. Prototaip kereta tersebut dijangka akan diperkenalkan tahun ini. Projek tersebut dijangka menelan kos pelaburan sekitar RM1 juta. Semalam, model skala kecil kereta terbang yang dibangunkan oleh Aerodyne Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang diberi nama ‘Vector’ itu turut dipamerkan di LIMA 2019, Langkawi, semalam. Gambar yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka mengkritik dan mempersoal reka bentuk kereta terbang tersebut. Ada segelintiri netizen mempersoalkan reka bentuk kereta terbang tersebut tidak mencerminkan perbelanjaan yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit.  Malah ada yang menyamakan reka bentuk kereta terbang itu seperti kipas USB. Namun ada netizen menjelaskan itu hanyalah model sekala kecil dan selalunya apabila model prototy...

LPT3 Perlu Disegerakan, Isu Politik Letak Tepi

Imej
Time lawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tempoh hari ke Kelanta, beliau mengisytiharkan khabar gembira untuk rakyat Kelantan dan jugak Terengganu. Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang tertangguh sejak beberapa tahun lepas akan diberi keutamaan. Pastinya berita gembira ini dinantikan oleh rakyat di Kelantan dan Terengganu kerana projek lebuhraya sepanjang 147KM dari Kampung Gemuroh di Kuala Terengganu ke Pengkalan Kubor di Kelantan bakal memberi kesan ekonomi besar kepada pembangunan negeri. Berdasarkan Kajian Kemungkinan Awalan projek LPT3 yang telah siap pada 2009, sebanyak 3 daerah di Terengganu terlibat iaitu Kuala Terengganu, Setiu dan Besut manakala di Kelantan melibatkan 6 jajahan iaitu Pasir Puteh, Bachok, Machang, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat. Sumber Sinar Harian

Kelantan Tiada Disko, Kelab Malam Sejak 1990

Imej
“Sudah 30 tahun rakyat Kelantan berada di bawah kepimpinan ulama dan tiada kelab malam di negeri itu. “Kalau ada pun di luar Kelantan itu tiada kaitan dengan rakyat negeri ini. Kalau ada yang pergi ke situ itu masalah peribadi dalam kes terpencil yang tidak boleh dikaitkan dengan seluruh rakyat Kelantan,” kata Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim. Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Azhar Harun dilapor berkata, rakyat Kelantan balik ke negeri itu untuk mengundi menyokong hudud sedangkan ketika berada di Kuala Lumpur mereka pergi ke kelab malam. Rohani yang juga Ketua Muslimat PAS Kota Bharu berkata, Pengerusi SPR terbabit sepatutnya memohon maaf kerana cuba menghina rakyat Kelantan dengan pandangan yang jelik. “Era Malaysia Baharu sekarang banyak perkara pelik berlaku yang menggambarkan kecelaruan minda mereka,” katanya. Sumber UPKN Kelantan

Laungan Azan Jumaat Disiar Secara Langsung, Ribuan Rakyat NZ Hadir

Imej
Hari ini genap seminggu tragedi tembakan di beberapa buah masjid di Christchurch. Sebagai tanda penghormatan terakhir, azan solat Jumaat disiarkan secara langsung di seluruh negara Jumaat di ini rakyat di minta berdiam selama dua minit. Azan berkumandang 1.30pm dan kira-kira 8.30 pagi waktu Malaysia. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arderna turut hadir ke Masjid Al Noor, ketika solat Jumaat sebagai tanda penghormatan. Turut mengenakan sehelai selendang menghormati acara pagi tadi, Jacinda Arderna meluahkan rasa simpati dan bersedih di atas apa yang berlaku. Dalam ucapan pendek, Jacinda Arderna dia menyeru rakyat New Zealand untuk bersatu walau dalam apa juga pun keadaan. Hari ini turut diisytiharkan sebagai #HeadscarfForHarmony sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada Muslim yang terlibat dalam tembakan di Christchurch. Di media sosial, rata-rata komuniti wanita New Zealand memuat naik gambar berhijab sebagai tanda sokongan. Disebalik tragedi, ada ...

Ada Gapo Dengan Kelantan

Imej
Ramai diluar sana melihat Kelantan dari sudut buruk & negatif. Tapi benarkah begitu ?? Baca sendiri kat bawah nukilan Dr Kamilin Jamilin kenapa beliau amat sukakan Kelantan walaupun beliau bukan orang Kelantan. Walaupun ada beberapa pihak yang cuba memburukkan imej Kelantan, secara peribadi saya sangat menyukai Kelantan dan orangnya.  Kalau ada yang tanya, saya suka tinggal di mana selepas tempat kelahiran sendiri?  Saya akan jawab KELANTAN !  Kelantan tempat saya membesar dan belajar selama 6 tahun. Saya sempat naik bas mini 30 sen dari Kubang Kerian ke Kota Bharu dulu masa saya kecil.  Ntah kenapa saya dan keluarga sangat tenang bila berada di negeri budu ini. Antara kebaikan Kelantan yang saya rasai dari dulu sampai sekarang: 1. Orang Kelantan sangat dahsyat dalam bab memuliakan tetamu Rata-rata rumah sahabat yang pernah saya datang dan tidur, saya betul-betul dapat rasakan keikhlasan mereka dalam melayan...

Tok Bali Supply Base Jana Hasil RM1 Billion

Imej
Kerajaan negeri menjangka perolehan hasil sehingga RM1 bilion pada tahun 2035 melalui pembangunan projek Tok Bali Supply Base (TBSB) di Pasir Puteh. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, kawasan seluas 45 ekar dibangunkan infrastruktur bagi keperluan ‘supply base’. Bagaimanapun katanya keseluruhan projek itu melibatkan kawasan seluas 250 ekar dibangunkan dalam empat fasa yang dijangka berakhir pada 2040. Sumber UPKN Kelantan

Kuala Terengganu & Jeli Antara 10 Kawasan Paling Gembira Di Malaysia

Imej
Kuala Terengganu dan Jeli dikenal pasti antara 10 kawasan paling gembira di Malaysia, melebihi 90 peratus menurut Kajian Indeks Kebahagiaan Kebangsaan 2018. Antara lain termasuklah pihak berkuasa tempatan di kawasan Petaling Jaya, Manjung, Batu Gajah, Bentong, Jasin, Segamat, Padang Terap dan Bandar Baharu. Perkara tersebut diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2019 (WHR 2019). Katanya, data itu berdasarkan program Rangkaian Penunjuk Luar Bandar Malaysia (MURNInets), dan berdasarkan beberapa faktor. "Ini termasuk persekitaran yang bersih dan komunikasi yang berkesan untuk menyelesaikan isu keselamatan dan gangguan. "Faktor lain ialah kerjasama erat antara jiran, masyarakat dan pengurusan sampah dan sisa pepejal yang cekap," katanya. Dalam perkembangan sama, untuk rekod, Malaysia adalah negara paling gembira ke-80 di dunia. Walau bagaimanapun, ini merupakan kejatuhan besar dari temp...

Sekeluarga Menyaman Kerajaan Terengganu RM30 Juta Kerana Merobohkan Rumah Pusaka Mereka

Imej
Sekeluarga memfailkan saman RM30 juta terhadap kerajaan negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu susulan rumah pusaka mereka di Kampung Tanjung, Taman Selera, Kuala Terengganu dirobohkan. Rumah kayu tradisional dua tingkat itu dibina pada 1941 dirobohkan pihak berkuasa pada 21 November tahun lalu. Wakil keluarga berkenaan, Wan Mohamad Anwar Wan Yusof, 52, mendakwa keluarganya mempunyai bukti kukuh bahawa rumah dan tanah terbabit milik mereka. “Terdapat wakil daripada kerajaan negeri yang menjadi saksi ketika surat ikatan jual beli dikeluarkan selepas arwah ayah saya membeli tanah ini daripada ibu saudaranya, Wan Mek Wan Yaacob pada 1971.Surat itu masih lagi ada dan sudah diserahkan kepada peguam kami dan untuk makluman, kami tidak pernah gagal membayar cukai tanah sejak 1977 lagi,” katanya ditemui di Kuala Terengganu, hari ini. Wan Mohamad Anwar berkata, tindakan saman itu diambil bagi mendapatkan keadilan kepada keluarganya terutama arwah ayah mereka, ...

Wanita Kelantan Disaran Memakai Hijab Putih Jumaat Ini

Imej
Hari Jumaat (22 Mac 2019) seluruh wanita di Negeri Kelantan sama ada Islam atau bukan Islam disarankan memakai hijab warna putih sebagai satu inisiatif untuk menunjukkan tanda solidariti kepada masyarakat Islam di New Zealand ekoran insiden tembakan rambang yang baru berlaku di dua masjid di Christchurch. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, YB Hajjah Mumtaz Md. Nawi menyarankan demikian pada Sidang Media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Kali Pertama Penggal Yang Ke-2 di Kota Darulnaim tengah hari kelmarin “Memakai hijab itu adalah sebagai lambang kedamaian dan sekali gus melindungi maruah seorang wanita yang amat dituntut oleh agama Islam, pemakaian hijab putih pada hari Jumaat ini sebagai sama-sama meraikan solidariti di sana,” katanya. Sumber UPKN Kelantan

Tragedi Christchurch: Wisma Putra Sahkan Kematian Haziq

Imej
Muhammad Haziq Mohd Tarmizi disahkan antara 50 mangsa yang maut dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu. Pengesahan dibuat oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan media pagi ini. Muhammad Haziq, 17 tahun, adalah anak Mohd Tarmizi Shuib, 46, seorang rakyat Malaysia yang turut cedera dalam serangan tersebut. Rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39. Sebelum ini, kematian Muhammad Haziq dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh. Namun Wisma Putra dalam kenyataan susulan berkata, ia hanya akan membuat pengesahan selepas pihak berkuasa New Zealand membuat kenyataan rasmi. Sumber Berita Awani

Keputusan Pusat Teruskan ECRL Selaras Saranan MB Terengganu

Imej
Langkah Kerajaan Pusat untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada skala yang sesuai dengan mengadakan rundingan semula dengan China adalah selaras dengan saranan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini. Terdahulu, Dr. Ahmad Samsuri dalam satu kenyataannya pernah menyuarakan hasrat kerajaan negeri yang mahukan ECRL diteruskan. Beliau turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya meneruskan projek dengan membuat proses baharu iaitu membuka tender kepada syarikat tempatan untuk mengadakan kerjasama dengan negara luar pada kos yang munasabah. Katanya lagi, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang amat berharap projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti ECRL dapat diteruskan. "Walaupun projek ini terhenti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, kita berharap ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS untuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakya...

Kerajaan Negeri Terengganu Mahu Kaji Dasar Perumahan Supaya Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Dapat Dibina Di Terengganu

Imej
Kerajaan negeri bersedia  mengkaji dasar pembangunan perumahan baharu bagi membolehkan lebih banyak Rumah Mampu Milik (RMM) di bina di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, kajian itu dijalankan setelah pihaknya mendapati dasar pembangunan perumahan sedia ada merugikan dan tidak memberikan pulangan kepada pelabur. “Keadaan ini menyebabkan tiada pelabur (swasta) yang sanggup untuk membina RMM dalam skala besar di Terengganu kerana dasar kita yang sedia ada agak tidak ‘mesra’ dan merugikan mereka. “Sebagai contoh, RMM jenis A bagi golongan B40 dijual pada harga RM68,000 hingga RM70,000 sedangkan kos pembinaan yang perlu ditanggung oleh pelabur ialah sekitar RM RM120,000 hingga RM140,000. “Keadaan itu sudah tentu merugikan pelabur terutama dalam kalangan pelabur swasta,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Bengkel Perumahan di sini, hari ini. Sehubun...

“Saya Sayang MAS, Tapi Kita Tak Mampu,” Nasib MAB Ditangan Kerajaan, Tutup Atau Akan Dijual

Imej
Tun Dr Mahathir hari ini mendedahkan bahawa ada pihak dari dalam dan luar negara ingin mengambil alih Malaysia Airlines Berhad (MAB) dengan membeli syarikat penerbangan tersebut. “Ada pihak-pihak tertentu yang ingin membeli MAS (MAB) jadi kita tidak tolak. Kita nak kaji sama ada perlu jual ataupun tidak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Bernama melaporkan syarikat tersebut mengalami kerugian walaupun telah diurus oleh pengurus luar. “Saya sayang MAS, saya mahu MAS  ini dijadikan satu syarikat penerbangan nasional tetapi nampak seolah-olah kita tidak mampu,” katanya. Beliau menambah, tindakan membuang lebih 6,000 pekerja tetap tidak memberi kesan kerugian yang dialami. “Kalau kita kurang pekerja tetapi kita maintain status yang lama barulah ada saving (penjimatan),” katanya. Khazanah Nasional sebelum ini telah memberi dana sebanyak RM6 bilion namun usaha itu masih gagal dan mengalami kemerosotan RM7.3 bilion tahun la...

Kelantan Peruntuk RM50,000 Setahun Kepada Adun Pembangkang

Imej
Kerajaan Negeri meluluskan pemberian peruntukan berjumlah RM50,000 setiap tahun kepada setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bermula tahun hadapan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata peruntukan itu akan diberi kepada lapan ADUN pembangkang membabitkan jumlah RM400,000. “Ia adalah peruntukan pembangunan kecil berjumlah RM50,000. Memang tidak sama dengan wakil kerajaan kerana anak sendiri dengan anak angkat adalah tidak sama. “Kita berharap wang berkenaan digunakan dengan baik demi membantu rakyat Kelantan,” katanya pada sesi penggulungan Belanjawan 2019 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini. Mohd Amar berkata peruntukan itu akan diberi bermula Januari hadapan dan ia sudah dimasukkan dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan Isnin lepas. Sementara itu, Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkata peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada ADUN pembangkang...

Kelantan Putuskan Tiada Panggung Wayang di Negeri Itu

Imej
Kerajaan Kelantan tidak akan membuka semula panggung wayang di negeri itu kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri Izani Husin berkata sudah 30 tahun Kelantan tidak mempunyai panggung wayang namun ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat kerana ada pelbagai medium lain untuk mereka menonton filem. “Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pengusaha panggung wayang namun masih ada ruang terbuka yang boleh mengundang kepada gejala sosial. “Selepas berbincang, kerajaan memutuskan untuk tidak mengadakan panggung wayang di seluruh Kelantan,” katanya dalam sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, hari ini. Semalam Syahbuddin Hashim (BN-Galas) ketika membahaskan usul titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan panggung wayang di negeri itu kerana katanya rakyat terpaksa ke Terengganu semata-mata mahu m...

Bila Agaknya Express Wau Ke KL Akan Beroperasi

Imej
Ketiadaan perkhimatan tren Ekspres Wau (Tumpat - KL Sentral) sememangnya menyukarkan buat mereka yang mahu ke Kuala Lumpur dengan train. Sudah memasuki tahun kelima operasi tren itu dihentikan susuluan laluan keretapi ke pantai timur dan coach rosak teruk akibat banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur pada tahun 2014. Yang menjadi persoalannya, mengapakah Ekspress Wau masih tidak beroperasi sedangkan Ekspress Timuran (Tumpat - Johor Sentral) sudah lama beroperasi. Buat masa sekarang jika nak ke KL dengan KTMB, perlu naik Ekpress Wau dan turun di Gemas, kemudiannya menyambung perjalanan dengan ETS. Itu kalau keretapi mengikut jadual. Bagaimana pulak jika berlaku kelewatan ? Penumpang perlu mencuba alternatif lain untuk ke KL atau menunggu ETS pukul 3 petang. Situasi nak perlu transit ke Gemas ini menyukarkan especially yang bawak banyak barang atau travel dengan family. Jadi satu problem pulak nak angkut barang untuk bertukar train. Menurut Sin...

Siswa Kita Terpaksa Berpuasa Sebab Tiada Duit

Imej
Hidup sebagai pelajar universiti tidak selalunya indah. Banyak wang yang perlu dibelanjakan terutama sekali untuk bahan pembelajaran seperti buku dan kerja kursus. Baru-baru ini, akhbar Berita Harian mendedahkan kisah sebenar kehidupan siswa miskin yang terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari. Lebih menyedihkan ada yang berpuasa kerana terpaksa menahan lapar akibat kekangan wang. Kebanyakan pelajar ini terdiri daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Setiap hari mereka membelanjakan antara RM2 hingga RM2.50 untuk membeli makanan paling murah. Antara makanan yang popular di kalangan siswa ini ialah mi segera dan ‘nasi bujang’. Berpuasa atau tidur awal untuk lupakan rasa lapar Ada di antara mereka yang hanya minum air suam dan makan sekali sehari pada waktu malam untuk berjimat. Salah seorang pelajar, Muhammad Nurfathi Abdul Hamid, 23, memberitahu makan sekali sehari sudah menjadi kebiasaan. Adakalanya dia akan berpuasa kerana kekanga...

Like FB Maafsebut