Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Drama Spontan Asif Dan Yoe Parang Trending Lagi Kat Youtube

Imej
Trending lagi di YouTube, episod terbaru Drama Spontan daripada YouTuber Syahmi Sazli membuatkan ramai peminat karyanya terhibur. Setelah trending nombor satu bagi episode sebelum ini, kini sekali lagi video terbaru bertajuk Arwah Ayah Menghantui Ashley menarik perhatian netizen. Sejak dimuat naik semalam, Drama Spontan 13 ini sudahpun mencecah lebih 1.5 juta tontonan !! Menjenguk kelaman Instagram milik YouTuber ini, dia turut memuat naik mengenai episod terbaru ini kepada followers. Bagaimanapun, tidak hanya netizen malah artis terkenal turut terhibur dengan meninggalkan komen kat Instagram. Apa pendapat korang kalau Team Maafsebut jugak buat drama spontan ginih ? Korang dah tengok belum video terbaru makan-makan kat Yotube milik Maafsebut ? Kalau tak tengok lagi boleh tengok kat bawah. Best kott !! By the way, pastikan korang semua follow Facebook Maafsebut yea !!

Berapakah Pendapatan Sebulan Youtuber Tersohor Kelantan Ini ?

Imej
Sumber photo adalah dari google.com Siapa tak kenal YouTuber terkenal, Syahmi Sazli? Namanya melonjak naik apabila video-video yang dimuat naik melalui channel YouTube miliknya mendapat perhatian rakyat Malaysia. Terbaru, siri Drama Spontan yang diarahkan dengan kehadiran ‘pelakon baru’ Asif dan Yoe menjadikan video daripada Syahmi antara yang ditunggu-tunggu setiap minggu. Sarat dengan gelak dan tawa, tak hairanlah setiap drama yang diarahkan Syahmi mendapat jutaan tontonan hanya beberapa jam selepas ditayangkan. Hebat. Sambutan hangat daripada setiap video yang dibuat membuatkan ramai diantara kita tertanya-tanya berapakah pendapatan yang diperoleh Syahmi. Seorang YouTuber menggunakan nama Brojep mendedahkan anggaran ‘gaji’ Syahmi menggunakan laman web Socialblade yang boleh menganalisis jumlah subscribers, video dan anggaran pendapatan bulanan. Menurutnya, anggaran minimum Syahmi adalah RM26,800 dan mampu menjana sehingga RM400,000 maksimum sebulan. ...

Mangsa Buli Di Terengganu Menang Tuntutan RM616,634.20

Imej
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini, memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) membayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah itu yang menjadi mangsa buli, empat tahun lalu. Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan difailkan plaintif ketika kejadian berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, pada 2 April 2017. Zainal Azman memerintahkan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam), bekas pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh), Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar tuntutan itu. Dalam penghakimannya, Zainal Azman berkata, kejadian buli pada 26 April 2015 membabitkan plaintif yang ketika itu berusia 14 tahu...

Unisza Dan UMT Sah Bergabung

Imej
Pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersetuju menumpukan empat bidang sebagai fokus kepada universiti baharu yang akan ditubuhkan hasil penggabungan sepenuhnya kedua-dua universiti itu. Keempat-empat tujahan utama iaitu kelautan, pendidikan Islam dan sains sosial, perubatan serta perniagaan dan undang-undang merupakan kekuatan kedua-dua universiti itu telah dicadangkan untuk dikekalkan. Kerangka penggabungan itu akan dilaksanakan kerajaan menggunakan kepakaran pensyarah tempatan bertaraf antarabangsa. Tiada mana-mana kakitangan sama ada akademik atau bukan akademik  bakal berdepan risiko kehilangan pekerjaan, sebaliknya akan kekal berkhidmat termasuk mereka yang berstatus pekerja kontrak. Jom follow Facebook Maafsebut dan Instagram Maafsebut supaya anda tidak ketinggalan maklumat menarik dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang !! Sumber Teganukita.net

Terengganu Lancar Video Pendek Cegah Jenayah Syariah Dalam Pawagam

Imej
Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) melancarkan tayangan video pendek kempen pencegahan kesalahan jenayah syariah dengan kerjasama Lotus Five Star (LFS) Cinema bertempat di LFS Cinema di PB Sentral. Video pendek berdurasi 51 saat itu  akan ditayangkan di kesemua 11 skrin panggung wayang tersebut sebelum tayangan filem bermula bertujuan mendidik, menasihati, berdakwah dan memberi peringatan untuk bersama-sama mencegah perbuatan jenayah syariah. LFS Cinema menyambut baik usaha ini dan pihak JHEAT yakin kerjasama seumpama itu mampu memberi impak positif dalam mendidik orang awam berkaitan kesalahan jenayah syariah terutama yang berkunjung ke pawagam LFS. Pastikan anda follow Facebook Maafsebut dan Instagram Maafsebut !!

Jom Kita Kenal Almarhum Sultan Ismail Petra

Imej
Sultan lsmail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (11 November 1949-28 September 2019) ialah merupakan Sultan Kelantan Darul Naim ke-28. Baginda mula menaiki takhta pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010, menggantikan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. Kehidupan dan pendidikan awal Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada hari Jumaat 11 November 1949 bersamaan dengan 19 Muharam 1369 Hijrah di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda adalah putera tunggal dan putera bongsu kepada Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mempunyai empat orang kekanda iaitu Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani. Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra memulakan pengajian di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu sebelum belajar dengan guru khas bahasa Inggeris. Baginda mendapat anugerah I...

Tren Baru DMU Untuk Pantai Timur Akan Mula Beroperasi Tahun Depan

Imej
KTMB akan memperkenalkan set tren baru dikenali sebagai Diesel Multiple Unit (DMU) bagi laluan Pantai Timur yang dijangka akan mula beroperasi pada suku pertama tahun hadapan. Pengurus Besar Perolehan KTMB Mohd Hider Yusoff berkata, kos keseluruhan 13 unit tren DMU itu membabitkan 52 gerabak berjumlah RM380 juta. Menurutnya, pihaknya sedang memandu uji tren DMU dari pelbagai aspek khususnya keselamatan dan tahap kesediaan set sebelum ia digunakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Jika dibandingkan dengan penggunaan gerabak konvensional, tren DMU ini mampu menjimatkan masa perjalanan kira-kira sejam selain kelajuannya juga boleh mencapai 100 kilometer (km) sejam berbanding tren konvensional antara 50 hingga 60 km sejam Yang menjadi persoalannya sekarang adakah keretapi baru DMU ini akan memasukkan KL Sentral sebagai salah satu hentiannya atau tidak atau sekadar ke Gemas sahaja. Manakalah keretapi KTMB yang lama tidak akan dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya akan di...

Seindah Taj Mahal, Masjid Sri Sendayan Hasil Dari Wakaf Pengasas RHB Bank

Imej
Sumber: Negeri Sembilan Sejahtera Seindah Taj Mahal, Masjid Sri Sendayan menjadi perhatian ramai dan tidak putus-putus menerima kujungan orang ramai yang bukan saja ingin beribadat malah untuk melihat keindahan seni bina masjid tersebut. Difahamkan, Masjid Sri Sendayan telah memulakan operasi secara rasmi pada solat Jumaat, 20 September lalu. Masjid itu mula dibina pada 2015 yang diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) selaku pemegang amanah. Dibina di atas tanah seluas 4.5 ekar, masjid yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan. Sumber photo: dedi az Sumber photo: dedi az Sumber photo: Sharifah Zuhaiza Difahamkan, ini merupakan masjid kedua yang diwakafkan oleh pengasas RHB itu selepas Masjid Hussain yang digelar sebagai Masjid Putih di Seremb...

Rohana 'Queen of Ekzos' Pasir Puteh

Imej
Mendengar sahaja bunyi deruan ekzos kenderaan, seorang wanita Rohana Mohd Yusoff, 48, sudah mampu membuat kesimpulan bahagian mana yang mengalami kerosakan. Kepakaran yang dimiliki oleh ibu kepada lima cahaya mata itu adalah hasil pengalaman selama 25 tahun menjadi pembantu kepada suaminya, Mohammad Zakaria, 58, sejak mereka membuka perniagaan ekzos sekitar tahun 1994 di kawasan Sri Aman dekat sini. Bukan itu sahaja wanita yang gemar memakai baju kurung sepanjang berada di premis miliknya, turut mahir membuka ekzos rosak sekaligus memudahkan tugas suami dan para pekerjanya. Rohana berkata, bagaimanapun dia tidak mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja kimpalan ekzos yang biasanya dilakukan oleh suami dan para pekerja. Menurutnya, meskipun apa yang dilakukan itu dilihat ‘ganas’ oleh para pelanggan tetapi dia tetap tenang melakukan kerja-kerja tersebut. Katanya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila ada seorang pelanggan tergamam melihat kemampuan ‘luar biasa’...

Ribuan Pelajar Bantah Indonesia Haramkan Seks Luar Nikah

Imej
Baru-baru ini kerajaan Indonesia mengejutkan ramai apabila bakal mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah. Di bawah undang-undang itu, pasangan belum berkahwin yang tinggal bersama boleh dipenjara enam bulan atau didenda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM3,000). Susulan undang-undang baharu itu, ribuan pelajar berhimpun membuat bantahan di seluruh Indonesia bagi menentang kod jenayah baru yang mengharamkan seks luar nikah dan seks gay. Bantahan tercetus ketika ahli Parlimen bertemu dengan Presiden Joko Widodo bagi membincangkan mengenai rang undang-undang itu. Jumaat lalu, Jokowi menundakan pengundian terhadap rang undang-undang itu yang sepatutnya diadakan Selasa ini. Beliau berkata, sebanyak 14 artikel memerlukan semakan lanjut sebelum dibahas pada penggal baru Parlimen bulan depan. Dalam pada itu, pengkritik berkata, rang undang-undang itu bukan sahaja melanggar kebebasan bersuara, malah mendiskriminasikan kumpulan minoriti agama, wanita...

2 Lelaki Dungun Didenda Kerana Bercium Di Dalam Kereta

Imej
Dua lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,000 di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam dengan bercium di dalam sebuah kereta, April lalu. Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 25 dan 20 tahun turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang masih bujang dibebaskan selepas menjelaskan denda berkenaan. Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohamad Hamidi Shafie selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di tempat awam di dalam sebuah kereta Proton Wira yang diletakkan di tepi Pantai Sura Tengah, di sini, jam 10.55 malam, 15 April lalu. Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Pen...

Kelantan Masih Tak Dapat Royalti Minyak ?

Imej
Kerajaan Kelantan menyifatkan negeri itu belum menerima royalti sebagaimana dijanjikan kerana halangan di Kementerian Kewangan. Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng punca antara faktor penyebab royalti minyak masih belum dibayar sehingga kini. Katanya, kerajaan negeri berpegang kepada keputusan yang dibuat Mesyuarat Majlis Kewangan Negara supaya royalti minyak dibayar kepada Kelantan. “Saya juga difahamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan arahan kepada kementerian tersebut supaya membayarnya. "Ini keputusan Majlis Kewangan Negara. Menteri Besar dan saya telah bertemu dengan Perdana Menteri sebelum ini dan kami diberi maklum arahan bayaran telah diberikan kepada kementerian itu,” ujarnya selepas majlis Solat Hajat dan Motivasi Perdana Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah Panchor di Putik malam tadi. Pada November 2018 Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Al...

Pelajar Kelantan Cipta Sistem Hidup Motosikal Guna Cap Jari

Imej
Peka dengan masalah kecurian motosikal, dua pelajar Kolej Vokasional (KV) Bachok tampil mencipta sistem menghidupkan motosikal menggunakan imbasan cap jari. Ciptaan yang dinamakan ‘Fingerprint Bike Starter’ dibangunkan Wan Amiruddin Wan Amran dan Adeeb Aideen Mat Yusof, masing-masing berusia 19 tahun bagi memenuhi projek tahun akhir Diploma Jurusan Teknologi Elektronik, kolej vokasional itu. Wan Amiruddin berkata, mereka mengambil masa selama enam bulan bagi mencipta sistem berkenaan termasuk membina prototaip dan menguji sistem itu pada motosikal. Katanya, sistem menghidupkan motosikal menggunakan cap jari itu boleh dipasang di motosikal dan kereta yang menggunakan butang elektronik. Bagi Adeeb Aideen pula, ciptaan ini menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti alat pengimbas jari ditempah daripada luar negara. Katanya, walaupun sistem itu baru dibangunkan mereka sudah...

Betul Ke Duit Ringgit Mengandungi Lemak Babi ?

Imej
Saya terbaca dalam Says.com pagi tadi yang mengatakan pensyarah dari USM, Dr Zhari Ismail dari USM School of Pharmaceutical Science mendakwa dia mendapat maklumat daripada orang dalam industri yang memberitahu bahawa mereka telah menggunakan lemak babi dalam proses pencetakan wang kertas mata wang negara. Menurut apa yang saya baca kat Says.com tu, Dr Zahri telah pun merujuk perkara itu kepada Bank Negara Malaysia dan mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Beliau juga mencadangkan supaya sampel wang kertas Malaysia dihantar untuk kajian di makmal kerana perkara yang sama telah dilakukan dengan dolar AS. Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata tuduhan seperti ini perlu disokong dengan bukti seperti mana dilaporkan oleh Harian Metro. Beliau telah meminta pihak berkuasa untuk mengumpul lebih banyak maklumat berhubung tuntutan yang mendakwa wang kertas negara dipercayai mengandungi kesan lemak daging babi. Pastikan anda fo...

Dulu Kat Pasir Tumboh, Kini Yong Tau Fu Paling Popular Di Kelantan Dibuka Kat Pengkalan Chepa

Imej
Dulu Kat Pasir Tumboh, Kini Yong Tau Fu Paling Popular Di Kelantan Dibuka Kat Pengkalan Chepa Dulu kalau saya mengidam nak makan yong tau fu berkuah, saya akan pegi makan kat Bonda Yong Tau Fu Pasir Tumboh. Tapi last time saya gi, kedai tu dah tutup. Saya tercari-cari kat manalah kedai ini berpindah lokasi. Rupa-rupanya Bonda Yong Tau Fu sudah berpindah ke Pengkalan Chepa sebelum stesen petronas taman uda. Molek sungguh lokasinya kerana makin dekatlah kalau saya mengidam nak makan yong tau fu berkuah. Apa yang menarik sangat kat sini sampai cukup popular dikalangan peminat yong tau fu ? Kalau korang nak tahu kat sini jea ada jual Yong Tau Fu berkuah. Setakat ini apa yang saya tahu takde lagi mana-mana kedai menjual yong tau fu sepertimana dijual kat kedai Bonda ini. Yang bestnya lagi sebab sos pencicah tu. Perghhh terangkat wehhh !! Berbeza sungguh kalau nak dibandingkan dengan kat tempat lain. Lepas tu makan kat sini murah jea. 1 mangkuk bes...

Surau Belantara Kat Gua Musang Perlukan Dana Untuk Pasang Sistem Solar

Imej
Sumber photo: fb yayasan alkhalifah Surau Belantara yang terletak di perkampungan orang asli Kuala Suma Pos Bihai, di sini memerlukan sejumlah peruntukan untuk kemudahan sistem solar. Wakil Yayasan Al-Khalifah, Nor Azhar Mohamed berkata, penggunaan sistem solar di surau berkenaan perlu dilakukan berikutan kampung tersebut tidak memiliki punca elektrik. Surau ini telah dibina hasil sumbangan melalui Yayasan Al-Khalifah dan sudah boleh digunakan dan kerja-kerja penambah baik fasiliti akan dibuat secara berperingkat. Walaupun surau ini dibina di kampung orang asli yang kecil bilangan keluarga tetapi ia terletak di laluan utama untuk ke pos-pos lain. Jadi, ia dijadikan transit bagi mereka yang berurusan jauh ke pedalaman Pos Bihai dan Belatim seperti guru sekolah, kakitangan perubatan, NGO dan agensi kerajaan Sesiapa yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Al-Khalifah Foundation bernombor 564016118396. Sumber Sinar Harian Pa...

6 Tempat Makan Yang Korang Boleh Try Di Kota Bharu

Imej
Korang pernah tak dah takde idea nak gi makan kat mana. Dont worry sebab saya akan berkongsi dengan anda semua 6 tempat makan yang korang boleh gi try di Kota Bharu. 1. Abang Cendol Nak makan cendol sampai puas ? Saya cadangkan untuk korang gi cuba cendol kat gerai Abang Cendol samada di Salor atau pun di Lembah Sireh. Ada 2 jenis cendol yang menjadi favourite saya yang korang boleh cuba iaitu cendol nyior dan cendol durian. Sedap wehhh. 2. Cafe Hostel Pantai Nak makan makanan siam yang authentic tak ? Kalau nak saya suggest untuk korang gi try makan kat Cafe Hostel Pantai kat Jalan menghala ke PCB. Lorong nak masuk ke kedai dia nih selepas kem kijang. Kalau saya gi sini, saya suka order harimau menangis. Sedap kot cicah dengan sambal buatan sendiri. 3. Koptiam D'Klasik Nak santai dan nak makan ringan sambil berborak dengan member ? Saya cadangkan korang gi ke Kopitiam D'Klasik. Kopitiam milik anak melayu ini ada 2 cawangan iaitu di Kuba...

Tengku Mahkota Kelantan Dan Isteri Turun Padang Kutip Sampah Di Pantai

Imej
Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson mencemar duli bagi membersihkan sebuah pantai di negeri itu. Menerusi laman sosial Instagram, Cik Puan berkongsi beberapa keping foto dan sepotong video pasangan diraja itu untuk tatapan umum. “Hari ini kita pergi ke pantai di Kelantan untuk membersihkan kawasan. Today we went to the beach in Kelantan to do some clean up,” tulis Cik Puan sebagai kapsyen. Menerusi video berdurasi 16 saat itu, menunjukkan baginda berdua mengutip sampah-sarap di sekitar kawasan persisiran pantai sebelum mengumpulkan ke dalam tong. Rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap usaha murni yang dilakukan oleh pasangan diraja tersebut. “Assalamualaikum, Cik Puan memang terbaik. Please keep our beach clean. Harap-harap Kerajaan ada buat kempen kebersihan pantai,” ujar seorang netizen. “Assalamualaikum Cik Puan, I admire your spirit,” puji seorang netizen. “Assalamuaikum, semoga u...

Orang Kelantan Nih Hebat

Imej
Orang Kelantan nih hebat-hebat. Kenapa saya kata begitu ? Cubalah korang perhatikan sendiri betapa ramai orang Kelantan kita ini menjawat jawatan tinggi dalam jabatan dan agensi kerajaan, menempa nama sebagai businessmen yang berjaya, mampu membina kereta terbang dan sebagainya. Persoalannya, kalau dah ramai orang Kelantan yang hebat, kenapa Kelantan masih terbelakang ? Mana taknya kalau kebanyakan yang hebat-hebat itu berada diluar Kelantan. Peluang yang ada terbukak luas di tempat orang namun peluang itu tak berapa nak ada di negeri sendiri. Jadi, macam mana nak tarik orang hebat ini kembali ke Kelantan ? Macam semutlah, kalau ada gula, kat situlah semut akan pergi. Jadinya suasana yang kondusif perlu ada dan peluang perlu diwujudkan untuk memanggil orang hebat ini untuk pulang berbakti kepada Kelantan. Nak tahu tak apa yang saya nampak ? Saya nampak industri 4.0. Kenapa industri 4.0 ? Kerana tidak seperti sebelum ini, kalau nak bukak apa-apa jenis perniag...

Kerajaan Terengganu Bakal Cipta E-Hailing Seperti Grab Dan Uber

Imej
Kerajaan negeri bercadang untuk mencipta Aplikasi Teksi Terengganu bagi mengimbangi teknologi e-hailing yang popular masa kini dimana aplikasi berkenaan boleh digunakan oleh 1,000 pemandu teksi negeri itu untuk berdaya saing dengan e-hailing lain yang tumbuh bercambah bagaikan cendawan selepas hujan. Perancangan kerajaan itu bertujuan untuk bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dalam tempoh  empat tahun akan datang. Kerajaan negeri berhasrat untuk mengadakan program yang dinamakan  GO I.R bagi membudayakan pekerja khususnya dan masyarakat amnya berkait kepentingan IR4.0. Kerajaan negeri mengarahkan jabatan dan agensi kerajaan menggunakan teknologi maklumat dan aplikasi secara optimal bagi memastikan penyampaian maklumat kepada rakyat lebih meluas dan berkesan. Kerajaan negeri merancang membina 'database' pekerjaan yang holistik bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti ...

Nak Balik Kerja Di Kelantan, Alih-Alih Kena Tipu

Imej
Yang saya nak berkongsi cerita nih adalah cerita betul. Ada seorang hamba allah ini dia bekerja di KL. Dia sebenarnya kalau boleh nak balik bekerja di Kelantan. So dia selalu usha iklan jawatan kosong di Kelantan. Pada suatu hari dia ternampak iklan jawatan kosong di kelantan yang menawarkan jawatan executive dengan gaji RM2K. Dia berminat lalu terus email memohon jawatan tersebut. Tak lama kemudian dia mendapat panggilan dan suruh datang untuk interview. Beliau yang bekerja sanggup ambik cuti untuk pulang interview di Kelantan. Time interview dia terus ditawarkan pekerjaan. Dia yang sememangnya dah lama nak balik bekerja di Kelantan amatlah seronok. Walaupun gaji yg dia bekerja sekarang jauh lebih tinggi, namun memikirkan boleh balik bekerja di Kelantan, dia sanggup. Dia berhenti kerja dan pulang ke Kelantan. 1st day melaporkan diri dia amat excited. Namun excitednya tak lama kerana dia tak tahu apa sebenarnya kerjanya disitu. Tanya punya takde jawapan. Jawapan yg dia dap...

Sultan Muhammad V Kesal Dan Dukacita Atas Penyebaran Gambar Peribadi Baginda Dimedia Sosial

Imej
Photo The Strait Times SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa kesal dan dukacita atas penyebaran gambar-gambar peribadi baginda di laman sosial. Menurut baginda, segala kekhilafan baginda yang disebar luas itu telah mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan rakyat sehingga mencetuskan pertelagahan di media sosial. Kenyataan kesal Sultan Muhammad V itu dikeluarkan oleh Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan pada Jumaat. “KDYMM (Ke bawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Muhammad V turut menzahirkan kekesalan dan rasa yang amat dukacita di atas kekhilafan peribadi baginda yang telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat, sehingga mendatangkan pertelagahan di media sosial kerana didorong oleh khabar angin yang tidak sahih,” kata kenyataan itu. Dalam kenyataan berkenaan, Nik Mohd Shafriman turut menyatakan Istana Kelantan amat kesal dan membantah penyebaran gambar-gambar baginda di media sosial beserta entri yang tidak beradab ber...

Like FB Maafsebut