Sedar tak sedar kita semua dah masuk tahun 2018, dan selalunya kita akan prepare dengan pelbagai resolusi sempena tahun baru nih. After all, kajian yang dibuat oleh Statistic Brain Research Institute di Amerika mendapati kebanyakan dari kita akan mengalah untuk menyelesaikan segala azam baru yang kita buat. Hanya 9 peratus sahaja yang merasakan mereka berjaya menyelesaikan segala azam baru yang dibuat. Walaubagaimanapun, ini adalah fakta dimana mereka yang prepare pelbagai resolusi untuk azam adalah 10 kali berkemungkinan untuk menyempurnakan azam mereka berbanding mereka yang tidak buat apa-apa resolusi untuk tahun baru. Kalau anda semua nak tahu, membuat azam baru ini bukannya perkara baru. Ianya dah lama. Bermula dari zaman Babylon dan Empayar Rom lagi. Tapi mereka semua membuat azam baru untuk dewa-dewa merekalah. Contohnya nak menyelesaikan segala hutang & membuat perkara baik dengan harapan dewa-dewa mereka akan memberi banyak lagi rezeki nanti di tahun baru. Sekar...