Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Projek ECRL jajaran semula Kota Bharu - Dungun diluluskan

Imej
Kerajaan Persekutuan memberi kelulusan bagi Skim Keretapi untuk Seksyen A projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Langkah itu memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di penjajaran semula sepanjang 210.4 kilometer (km) dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu yang akan bermula tidak lama lagi. Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik projek dan aset ECRL, berkata pihaknya telah menerima surat daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bertarikh 14 Mei, 2020, yang menyatakan cadangan penjajaran semula terhadap Skim Keretapi untuk Seksyen A projek ECRL telah diluluskan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong baru-baru ini. Kelulusan itu termasuklah, antaranya, laluan penjajaran akhir, lokasi stesen penumpang/kargo, dan jumlah lot di bawah pengambilalihan tanah untuk laluan Kota Bharu-Dungun, katanya. Selain itu, jajaran sisihan sepanjang 14.4 km dijangka menghubungkan laluan utama ECRL di Kelantan dengan pelabuhan Tok Bali. Pengerusi M...

Sorry Aidilfitri Tahun Ini Tiada Sejuta Kenderaan Balik Beraya Ke Kelantan

Imej
Maaf yea belaka kerana tahun ini buat pertama kali dalam sejarah tiada kesesakan perantau nak balik Kelantan. Maka buat pertama kali jugak time raya nanti jalan-jalan di kelantan tak jem. Ini kerana kita semua tahun ini beraya dalam suasana negara dilanda wabak Covid-19. Untuk mengekang virus itu dari merebak, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dah masuk fasa ke 5. Walaupun kelonggaran telah diberi oleh kerajaan, namun pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan. Ini bermakna anak-anak Kelantan yang berada di perantauan tidak dapat pulang ke Kelantan untuk beraya seperti tahun sebelumnya. Maka terpaksalah suka atau tidak tahun ini terpaksalah beraya di rumah masing-masing. Tadi time press conference harian pun kerajaan ada bagitau Polis dan askar akan memantau rumah di kampung dan taman perumahan untuk memastikan orang ramai patuh akan perintah PKPB seperti yang berada di rumah ketika perayaan tidak lebih dari 20 orang & tiada yang engkar...

Penduduk Kat Kg Jembal Kota Bharu Sanggup Tak Mandi Untuk Jimat Air

Imej
Ketiadaan air menyebabkan 300 penduduk Kampung Jembal, Kota Bharu mencatu bekalan hingga ada yang tidak mandi, semata-mata mahu menjimatkan bekalan asas itu bagi keperluan penting. Situasi terbabit dialami penduduk sepanjang Ramadan ini yang menyukarkan mereka untuk menjalani kehidupan dengan baik. Penduduk mendakwa masalah bekalan air sudah berlarutan sejak lima tahun lalu, namun keadaan meruncing pada awal Ramadan apabila air kerap terputus hampir sepanjang masa. Penduduk, Abu Jannah Ismail, 63, berkata, dia sekeluarga sangat terkesan dengan ketiadaan bekalan asas itu memandangkan kediamannya didiami 15 beranak termasuk 11 cucu. "Bayangkan rumah saya ada 15 orang dan sudah tentu memerlukan air yang banyak. Ada kalanya saya meminta cucu mandi di tali air walaupun air di situ kurang bersih. "Pada masa sama, saya terpaksa memunggah air di rumah saudara sejauh 18 kilometer iaitu di Kampung Dewan Beta, dua ke tiga kali sehari. "Keadaan ini ...

Income Bulanan Youtuber Sugu Pavithra Yang Viral Boleh Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Imej
Sugu Pavithra kini menjadi antara barisan ‘YouTubers’ yang digemari oleh rakyat Malaysia. ‘Fenomena’ pasangan suami isteri itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan hadiah sebagai pembakar semangat buat mereka. Video masakan Sugu Pavithra sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Selain tutur katanya yang lembut, penggunaan Bahasa Melayu Pavithra yang jelas juga dipuji oleh orang ramai. Lebih menarik, video masakan Pavithra juga pernah menjadi rujukan kepada YouTuber dari Jepun, iChang dan atlet bina badan negara, Sazali Samad untuk memasak kari ayam. Sambutan hangat daripada setiap video yang dibuat membuatkan ramai diantara kita tertanya-tanya berapakah pendapatan yang diperoleh Sugu Pavithra. Baru-baru ini, YouTuber Juzairi Share mendedahkan anggaran bulanan yang diperolehi oleh pasangan itu dari video-video yang dimuatnaik oleh mereka di Youtube. Berkongsikan perkara itu di saluran Youtub...

Jangan Heret Negara Ke Kancah Politik Tidak Menentu Titah YDP Agong

Imej
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berpesan supaya semua Ahli Parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik ketika rakyat berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19. Baginda bertitah, wakil rakyat perlu sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik termasuk menjiwai masalah dan membela nasib rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa selain kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. "Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat masih berdepan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat pandemik COVID-19." "Sesungguhnya perpaduan dan keharmonian bermula dalam dewan yang mulia ini dan beta yakin rakyat akan terus erat bersatu padu dan sepakat dalam membangunkan negara jika rakyat tidak disogok dengan api permusuhan dan perpecahan," titah baginda. Al-Sultan Abdullah bertitah dem...

Jumlah Penduduk Malaysia Kini 33 Juta, Lelaki Melebihi Perempuan

Imej
Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.73 juta orang pada suku tahun pertama 2020, iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding suku tahun pertama 2019, menurut laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun pertama 2020. Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah itu merangkumi 29.62 juta orang atau 90.5 peratus warganegara, dan 3.12 juta orang atau 9.5 peratus bukan warganegara. Beliau berkata penduduk lelaki meningkat daripada 16.81 juta orang pada suku tahun pertama 2019 kepada 16.90 juta orang sementara penduduk perempuan pula meningkat daripada 15.72 juta orang kepada 15.84 juta orang bagi tempoh yang sama. Nisbah jantina kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Sumber Bernama

Bilakah Agaknya Projek Pembesaran Airport Kota Bharu Akan Bermula ?

Imej
Lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan adalah airport tersibuk di pantai timur semenanjung Malaysia dengan kapasitinya melebihi dari 1.4 juta per annum. Mengikut perancangan, sepatutnya projek pembesaran airport kat Kelantan ini bermula Julai 2018 dengan menelan kos melebihi RM400 juta dan kapasiti melebihi 4 juta penumpang per annum. Namun perubahan kerajaan selepas PRU14 menyaksikan pembinaan tertangguh kerana kerajaan pada waktu ini dibebani dengan hutang yang terlalu tinggi. Bukan sahaja projek pembesaran airport yang tertangguh, projek HSR dan projek ECRL turut ditangguhkan pada waktu itu. Tak silap saya tender untuk design projek pembesaran airport LTSIP ini keluar tahun lepas dan sepatutnya tahun inilah projek akan start. Namun kerajaan sekali lagi berubah dengan kerajaan PH tumbang digantikan dengan kerajaan PN dan ditambah pulak dengan wabak covid-19 yang melanda negara tak tahu bila lah projek pembesaran airport kat Kelantan ini akan bermula. Komponen...

Billionaire Asal Kelantan Terbang Dengan Jet Peribadi Ke Kelantan Semata-Mata Untuk Beli Akok

Imej
Pernah tengok tak ada orang balik Kelantan semata-mata nak beli kuih akok naik private jet? Beliau merupakan seorang silent billionaire. Tak suka dikenali orang dan tak suka bercakap kosong. Saya tak mahu bercerita lebih tentang siapa beliau. Akan tetapi saya nak ceritakan tentang 11 nasihat emas yang saya dapat sepanjang 30 minit penerbangan dari Kota Bharu ke Subang Airport Ahad lepas dengan menaiki jet peribadi milik beliau. Berikut merupakan 11 nasihat yang saya terima daripada usahawan hebat ini. 1. When you do business, don’t put all eggs in one basket Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah. Dalam erti kata lain, asing satu bisnes untuk satu syarikat. Jangan campur adukkan semua bisnes yang dijalankan di bawah satu syarikat sahaja. 2. Jangan anggap cabaran ekonomi semasa sebagai penghalang untuk menjalankan perniagaan Sebagai contoh, semasa musim COVID-19 sedang berlangsung ketika ini, sememangnya ada bisnes yang tidak boleh dijal...

"Aku Berjaya Kantoikan Awek Aku Yang Curang Tapi...."

Imej
Kisah brader ini harus dijadikan tauladan kepada kita semua supaya jangan gopoh, jika tidak menyesal seumur hidup. Nama aku Din (bukan nama sebenar) & aku berusia dalam lingkungan 20an. Ramai orang kata aku hensem dan macho especially member-member aku yang kemudiannya aku belanje mereka makan kerana pujian iklas mereka itu. Kerana aku hensem dan macho, aku sukar mendapat awek.... menurut member aku. Aku dah try banyak kali mengorat online dan offline tapi semuanya tak berjaya. Tiap kali date untuk first time, mereka yang bakal menjadi awek tak jadi aku ini akan pandang aku atas bawah mungkin kerana kagum dengan kehenseman aku yang macho, kemudiannya itulah kali terakhir aku date dengan mereka. Siap kena block lagi no tel phone aku. Yang reply whatsapp aku ramai yang kata aku tak layak untuk mereka yang aku setuju sangat. One day nak dijadikan cerita, time tu aku tengah tunggu order pizza kat Domino, ada seorang wanita cantik giler order pizza kat kaunter...

5 Teori Konspirasi Coronovirus Yang Pelik Yang boleh Menyebabkan Korang Tergelak

Imej
Korang tidak perlu melihat lebih jauh daripada Facebook untuk mengetahui teori konspirasi yang memberi amaran kononnya sains dan data itu palsu. Berikut adalah lima teori konspirasi yang paling tidak berasas di luar sana. Garu kepala saya kenapalah mudah sangat ramai yang percaya. Yang kes gi bakar menara telekomunikasi kononnya menara telekomunikasi menyebarkan coronavirus tu memang takleh blah lawak. 1. Wuhan Lab Bioweapon Teori tersebut mendakwa bahawa sebuah makmal di Wuhan dengan protokol keselamatan yang lemah melepaskan coronavirus kononnya untuk melawan negara amerika syarikat. 2. Bill Gates Mahu Peranti Pengesan Dipasang Kepada Semua Orang Pengasas Microsoft telah lama lantang bersuara tentang potensi teknologi untuk membantu mengesan dan membendung wabak coronavirus. Teori palsu mendakwa bahawa Gates mahu vaksin COVID-19 mengandungi mikrocip yang mampu mengesan, memantau, dan mengawal penerima. 3. Menara Telekomunikasi 5G Menyebarkan Coronavirus S...

Rantau Panjang Yang Dulunya Meriah Kini Sunyi Sepi

Imej
Sepi dan lengang! Itu gambaran terkini di ‘syurga' membeli-belah di Rantau Panjang menjelang persiapan menyambut Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19). Tinjauan di pekan bebas cukai itu mendapati suasana ketika ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya dengan pekan tersebut sunyi sepi tanpa pengunjung khususnya umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri dua minggu lagi. Pengerusi Persatuan Peniaga Rantau Panjang, Ramli Abdullah berkata, walaupun kerajaan telah mengumumkan PKPB, aktiviti membeli-belah di pekan itu masih sunyi. "Jika adapun hanya masyarakat tempatan yang datang membeli barang untuk persiapan Aidilfitri sedangkan kebanyakan peniaga di sini berniaga pakaian dan kain. "Sekarang ini perniagaan di sini tidak 'hidup', jika kami buka kedai tiada sambutan dan membuang masa serta menambah kos operasi harian," katanya ketika ditemui di sini...

Ustaz Ebit Lew Menangis Lagi, Kini Di Kelantan

Imej
Siapa tak kenal Ustaz Ebit Lew ? Boleh dikatakan semua orang kat Malaysia kenal siapa beliau. Seorang pendakwah bebas berbangsa Cina yang kerap muncul di TV dan tak penat membantu semua golongan yang memerlukan, ambik dari budak-budak yang berpeleseran hinggalah ke golongan miskin yang tidak berkemampuan. Beliau menjelajah ke seluruh negara membantu mereka yang tidak berkemampuan sekadar mana yang boleh dibantu walaupun kehadiran beliau kadang kala tidak berapa disukai. Namun beliau teruskan jugak kerana kerja amal yang dibuat bukan kerana populariti tetapi kerana Allah semata-mata. Terkini, Ustaz Ebit Lew meneruskan jelajah membantu orang susah ke Kelantan. Kelmarin dulu, beliau telah melawat 1 keluarga yang dah berpuluh tahun menetap di kawasan pelupusan sampah kat Pasir Mas. Menangis beliau tengok keadaan rumah yang serba dhaif ditambah pulak kat kawasan pelupusan sampah. Yelah, sape sanggup nak tinggal kat kawasan pelupusan sampah. Kunjungan beliau itu b...

List Movie Best Tahun 2020 Jika Pawagam Dibukak Semula Julai Ini

Imej
Bermula Julai ini, dijangka pawagam kat Malaysia bakal dibukak semula kepada orang ramai setelah berbulan ditutup semenjak PKP dilaksanakan 18 March yang lalu. Yang pasti kemungkinan wayang yang bakal dibukak nanti time dalam panggung tu ada penjarakkan sosial. Mungkin selang kerusi. Berikut adalah movie best yang bakal ditayangkan jika pawagam dibukak semula Julai ini 1. Tenet 2. Mulan 3. Wonder Woman 1984 4. A Quiet Place Part 2 5. The Conjuring 3 6. The King's Man 7. Death On The Nile 8. G.I Joe Snake Eyes 9. Black Widow 10. Godzilla Vs Kong 11. Soul 12. No Time To Die 13. Free Guy 14. Dune 15. Top Gun Maverick Hopefully pawagam betul-betul akan dibukak Julai nanti. Dah tak sabar nih nak tengok semua filem yang best ini nanti

Payoh Wehh Nak Boleh Kijo Di Kelate

Imej
Lepas ambo abih ngaji dulu-dulu, ambo dah pasang niat untuk bekerja di Kelantan. Ini kerana ambo plan untuk bekerja sebentar jah mungkin dalam 3 ke 4 tahun jah untuk mengumpul duit dan pengalaman kerana ambo niat toksey kijo dengan ore selama-lamanya tapi nak try berniaga sendiri. Time ambo cari kijo di Kelantan dulu-dulu, ambo rely kepada 4 sumber iaitu jobstreet.com, jobsmalaysia, suratkhabar dan graduan. Mostly banyak kat jobstreet.com dan jobsmalaysia. Hok beza dua nih jobstreet banyak untuk diploma, degree keatas, manakala jobsmalaysia banyak hok untuk ngaji tak tinggi contohnya sekat SPM jah. Kijo pertama ambo dapat melalui jobstreet. Tu pun lepas banyak bulan duk dumoh. Ado hok alik luar panggil untuk interview tapi ambo toksey sebab niat doh nak kijo kelate. Tapi main nga lama duk dumoh jadi tak sedak jugok kito. Alih-alih gi lah jugok interview alik luar. Time tu kiro ambo redha doh. Kalu takleh kijo alik kelate takpo lah janji ado kijo jah. Maso tu buleh interview alik...

Harapan Saya Bila Kelantan Bukan Lagi Negeri Pembangkang

Imej
Pada PRU14 yang lepas iaitu pada tahun 2018 bila diumumkan Pakatan Harapan menang majoriti di parlimen dan boleh membentuk kerajaan persekutuan, saya rasa optimist dan penuh harapan untuk negeri Kelantan saya. Selama ni kan ramai duk kata serba serbi disekat time kerajaan lama, sebab tu Kelantan tak maju dan terus mundur. Sebab tu bila PH pegang tu saya rasa time tu molek untuk Kelantan kerana saya berpendapat kerajaan PH tak sama seperti kerajaan sebelum itu. Takdok doh sekat situ sini (pasal dianaktiri atau sekat sana sini hanya sekadar cakap-cakap orang, sahih ke tidak tak dapat dipastikan kerana tak disokong oleh fakta). Mesti Kelantan akan maju duk tengok hubungan antara pusat dan negeri pun molek, lepas tu royalti minyak pun dapat sekitar RM400 juta. Banyak tu RM400 juta. Pejam celik pejam celik, kita semua masuk ke tahun 2020. Lepas tu kita semua dikejutkan dengan tumbangnya kerajaan PH yang kemudiannya digantikan oleh kerajaan PN. Uniknya PN kali ini kerana Pas ada...

7 Pendatang Asing Lari Dari Pusat Kuarantin

Imej
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Covid-19 dilapor melarikan diri dari pusat kuarantin di Kuala Lumpur pada Isnin lalu. Menurut sumber The Star, individu berkenaan yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh tinggal di sekitar Selangor Mansion, Menara City One dan Kampung Baru. Dilaporkan mereka melarikan diri pada awal pagi Isnin. Kehilangan mereka disedari pada kira-kira jam 10.00 pagi oleh doktor yang membuat rondaan. Menurut laporan, mereka sepatutnya dikuarantin sehingga 7 Mei. Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim telah merujuk perkara itu kepada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), yang menyelia pusat kuarantin berkenaan. Bulan lalu, pegawai kesihatan menjalankan ujian saringan di flat PKNS di Kampung Baru,  berikutan kematian akibat wabak Covid-19 di kawasan berkenaan. Ia kemudian dilaporkan bahawa seramai 23 penduduk didapati positif. Sementara itu, Menara City One, Selangor Mansion dan kawasan sekit...

Kelantan Tak Benarkan Makan Colek Di Kedai Time PKPB

Imej
Walaupun esok bermulanya PKPB kat Kelantan, tapi oghe Kelate kito belako jangan tepik hoorayy nak gi lepak kat kedai lepas isyak sambil makan colek borak-borak dengan saem kerana kerajaan Kelantan hanya membenarkan waktu urusniaga membabitkan restoran, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan (berbumbung) dan reruai adalah bermula jam 3 hingga 6.30 petang sahaja. Colek nih kalau bulan ramadan gak memang sohor sungguh. Boleh kato semua kedai makan akan start jual colek. Colek nih bendo dio tu samo jah mano-mano pun iaitu colek ayam, colek perut, kerang, buah campur, colek ‘malah’, popia dan peparu tapi hok membezakan colek kedai hok nih dengan kedai hok nuh adalah pencicah colek. Kalau pencicah colek tu jadi kijoan, maka colek pun akan jadi sedap. Kalau pencicah colek tu hampeh, memey tak sedak lansung lah colek tu nanti. Kalau hok terliur terlajok lalu nak makan colek tu ambo perhatikan kat kawasan ambo sekitar area Kota Bharu belanar tubey jah oghe menj...

25 Orang Ditahan Khalwat Ketika PKP Di Kota Bharu

Imej
Apo nak jadilah !! Saya baca dalam berita Sinar Harian hari ini 25 orang Kelate telah ditahan kerana berkhalwat. Hok kena igak tu belako kat area Kota Bharu tak termasuk jajahan lain di Kelate kito. Hok kena igak tu 12 jate dan 13 tino & umur semuda 20 tahun hingga hok tua nak pencen 50 tahun. Serbuan dibuat JAHEIK selepas mendapat aduan dari orang awam. Hok dahsyatnyo ado so kes tu 5 ore berigak duk dalam 1 rumah. Lepas tu hok lain-lain tu kes pasangan kekasih hok nak melepas rindu. Demo nih belako diserbu kat hotel, rumah penginapan, apartment dan dale kereta pun ado. Lepas tu pasal hok tak puasa, setakat nih takdok lagi hok kena igak kat Kelantan sebab tok poso.

Like FB Maafsebut