Abe Nih Buat 3 Kerja Sebab Nak Bantu Mak & Adik
Bukan mudah untuk hidup di zaman kos sara hidup yang semakin tinggi. Lihat saja di luar sana, masih ramai graduan yang menganggur dan sukar mendapat pekerjaan yang mereka impikan. Seperti pemuda ini, mengakui dirinya tidak pandai dalam pelajaran, namun semangatnya tinggi untuk membantu dan membanggakan keluarganya. Perkongsiannya di Twitter ternyata menyentuh perasaan netizen yang sanggup melakukan 3 kerja dalam sehari untuk meringankan beban keluarga. Menurut pemuda tersebut, Muhamad Zhariff Zikry Zainur, 21, rutin kerjanya bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12 malam. “Saya kerja sebagai despatch di syarikat kurier City-Link Express di Kulai, Johor. Apabila sudah selesai menghantar barang-barang City-Link, saya terus ambil barang di syarikat Ninja Van untuk servis penghantaran. Pada waktu malam pula, saya kerja sebagai penghantar makanan KFC. “Anggaran gaji sebulan yang saya dapat hasil daripada tiga kerja ini dalam RM2,700 sebulan. Kebiasaannya saya...