Bermula Hari Ini Pelanggan Perlu Sahkan Samada Mahu Moratorium Atau Tidak
Semalam saya mendapat sms dari pihak bank yang dimana saya membuat pinjaman menyuruh saya mengisi borang secara online memberi consent jika saya bersetuju dengan moratorium selama 6 bulan yang bermula April lepas sehingga Oktober 2020. Saya ada masa sehingga 28 Mei 2020 untuk menyatakan samada mahu meneruskan moratorium atau tidak mahu menerima moratorium. Sebenarnya isi ini sudah pun viral semalam kat social media oleh warga netizen yang kecoh kononnya Bank Negara Malaysia lebih mementingkan bank dari kemaslahatan umum. Isunya pasal caj kadar faedah sepanjang tempoh moratorium. Honestly ramai yang terkeliru. Kalau dilihat kenyataan BNK pada 25 March 2020 di https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=5019&lang=bm menyatakan Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinja...